Thursday 2 May 2013

TENTANG GHAFUR TETAPI BUKAN ANTI BN






ANTI BN......Mohd menjelaskan bahawa beliau hanya menentang Ghafur Salleh, bukan Anti BN.

Oleh: SHAIMON S JUMADI                   Foto : SAFFIES JUMADI

KALABAKAN : "Saya bertanding atas tiket bebas lantaran itu saya dipecat daripada menjadi keahlian UMNO bukan bererti saya anti dasar-dasar kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana saya masih setia kepada UMNO/BN dan pucuk pimpinan UMNO Malaysia.

"Saya bertanding bebas bagi kawasan Parlimen Kalabakan hanya menentang kepimpinan Datuk Ghafur Salleh kerana beliau sudah terlalu lama menjadi Ahli Parlimen Kalabakan, tetapi gagal membawa pembangunan untuk rakyat di kawasan Kalabakan.

Calon Bebas Parlimen Kalabakan, Hj Mohd Maluke berkata demikian  dalam sesi wawancara dengan Sabahkini.Net di sini kelmarin.

Isu kerosakan jalan raya Kalabakan tidak dibaiki sehingga menimbulkan masalah kepada rakyat; tanah NCR begitu mudah diserahkan kepada Kerajaan Melaka; masalah tanah kepunyaan bangsa Iban dirampas dan diberikan kepada konglomerat tanpa sebarang pampasan.

Ghafur juga kata Mohd, tidak mempedulikan masalah banjir di Pasir Putih setiap bulan kerana jika hujan turun tidak sampai dua jam, rumah di kawasan berkenaan sering dilanda banjir kilat kerana tidak ada sistem tebatan banjir.

Tambahan pula setakat ini, kata Mohd, tidak ada pihak berkuasa tempatan di Kalabakan sedangkan daerah terpencil seperti Beluran mempunyai Majlis Daerah sendiri.

“Saya hairan kenapa pucuk pimpinan tertinggi BN/UMNO masih lagi memilih Ghafur sebagai calon BN bagi kawasan Parlimen. Tiada lagikah pemimpin pelapis di kalangan ahli UMNO Kalabakan yang berpotensi?,” tegasnya.

Kata Mohd, beliau pernah menjadi ahli jawatankuasa Bahagian UMNO Kalabakan dan kemudian menyertai PKR Merotai pada tahun 1999 hingga 2004 lagi, banyak kepincangan yang berlaku di UMNO Bahagian Kalabakan.

Mohd turut mendedahkan berlaku ugutan oleh para penyokong Ghafur yang menggertak dan mengugut para pengundi Bugis bahawa jika mereka tidak mengundi BN, kad pengenalan (IC Projek) mereka akan digunting. (?)

No comments:

Post a Comment