Oleh: MAIL MATHEW
PENGERUSI Persatuan Kontraktor Bumiputera Pedalaman Sabah (PKBPS), Garius Pukin menyarankan para usahawan kontraktor Bumiputra di sini agar lebih bersedia menyambut limpahan projek yang bakal bermula tahun depan untuk dimanfaatkan para usahawan di Keningau sepertimana terkandung di dalam Bajet 2011 yang telah diumumkan Perdana Menteri baru-baru ini.
Tegasnya, kawasan pedalaman tidak terkecuali daripada menikmati limpahan itu kerana selain peruntukkan RM500 juta untuk projek penyelenggaraan infrastruktur awam (PIA) dan penyelenggaraan infrastruktur asas (PIAS), peruntukan menaiktaraf
Garius berkata, beliau turut mengalu-alukan langkah kerajaan yang telah menimbang semula lesen Pukonsa kelas ‘F’ diberi peluang untuk mendapatkan tender bagi sesuatu projek Persekutuan di samping lesen PKK supaya proses pelaksanaan sesuatu projek pembangunan di peringkat kawasan dapat berjalan dengan cepat dan berkesan.
Bagaimanapun tegas Garius, dalam masa yang sama beliau menyarankan para usahawan kontraktor Bumiputra supaya menjadikan syarikat mereka sifarkan pekerja asing sebaliknya lebih cenderung kepada pengambilan pekerja warga tempatan.
Ketika menyentuh pengumuman Pegawai Pembangunan Negeri (PPNS), Haji Matusin Sunsang yang mahu melaksanakan proses pengundian berkomputer berkuatkuasa tahun hadapan dalam usaha mengurangkan tekanan orang awam terhadap ketidak telusan sekirannya menggunakan kaedah lama (manual) Garius berkata:
“Kita tidak ada halangan untuk menerima kaedah itu kerana kita mahu ketelusan dalam sesuatu proses dan adalah menjadi tanggung jawab pihak tertentu sama ada PPNS, Pejabat daerah berkenaan yang menjadi pusat pendaftaran sesuatu cabutan adalah haknya berbuat sedemikian. Kami para kontraktor tidak boleh campur tangan urusan mereka,” tegas Garisu.
“Kalau boleh bagi kerja-kerja yang kurang penglibatan teknikal, wajib juga JKKK dipertimbangkan sebagai pelaksana untuk mempercepatkan proses pelaksanaan supaya tidak berlaku rungutan pengguna,” tambah Garius.
Dalam pada itu, Garius turut menyarankan agar Pejabat Pembangunan Negeri Sabah (PPNS) dan Pejabat-pejabat daerah yang telah dipertanggung jawabkan untuk menjalankan pendaftaran semua pemegang lesen Pukonsa kelas ‘F’ dan PKK supaya melakukan penapisan dengan teliti termasuk mendapat kepastian sebab mereka tidak bersetuju penggunaan pengundian berkomputer.
“Kita khuatir kumpulan yang tidak bersetuju penggunaan berkomputer akan menjejaskan proses pentadbiran PPNS sekaligus membantut pelaksanaan yang telah diputuskan sepertimana berlaku insiden segelintir kontraktor di Kemabong yang membantah keputusan PPNS yang seolah-olah mereka tidak menghormati langsung sistem kerajaan yang menjalankan pengundian secara berkomputer,“ tambah Garius yang mahu semua kontraktor Bumiputra bersikap sederhana dan profesional.
No comments:
Post a Comment