Monday, 8 November 2010

HENTIKAN LAPORAN TENTANG PRK BATU SAPI



Saudara Pengarang,

SABAHKINI.NET adalah laman web yang membongkar kebenaran dan mempertahankan kejujuran, tidak seperti web atau blog lain di Malaysia yang semakin kehilangan rentak; terutama apabila berita mereka sudah terbalik dan tidak menyuarakan suara daripada relung hati rakyat.

Oleh kerana pilihanraya kecil parlimen Batu Sapi sudah berlalu, maka para pemimpin parti, baik pembangkang yang kalah atau BN yang menang harus kembali bekerja keras untuk membangunkan Batu Sapi.

Sekiranya anda tidak berkhidmat dalam tempoh dua tahun lebih atau setahun (pilihanraya dijadualkan tahun hadapan), maka calon yang menang akan ditolak rakyat pada pilihanraya umum akan datang.

Sehubungan itu, saya merayu agar menghentikan semua artikel berhubung pilihanraya kecil berkenaan di web popular Sabahkini.net kerana rakyat mahukan Sabahkini.net meneruskan peranannya membongkar korupsi, salahgunakuasa oleg kerajaan BN dan pegawai kanan kerajaan termasuk Menteri Kabinet.

Salam Hormat,

TOMMY

(NOTA PENGARANG: Bak kata pepatah, rumah siap tetapi pahat masih berbunyi. Menyiarkan sedutan episod demi episod keluhan rakyat baik daripada pembangkang atau pemerintah adalah adalah wajar untuk memberikan gambaran bahawa tidak ada sesiapapun yang dapat membasuh dosa mereka kepada pengundi dan berita yang disiarkan menggambarkan realiti sebenar rakyat di Batu Sapi.)

No comments:

Post a Comment