Tuesday, 2 November 2010

MEDIA COUP BY BN?



Saudara Pengarang,

HARI ini dalam catatan sejarah hitam bagi KEBEBASAN berakhbar di negara ini apabila BN telah menubuhkan Pusat Media di Batu Sapi yang merangkumi kakitangan siaran TV dan akhbar bagi ketiga-tiga Bahasa iaitu Melayu, Cina dan Inggeris.

Penubuhan pusat itu bertujuan konon untuk mengawal penyaluran bahan berita kepada pengundi dengan berita yang tepat sahaja termasuk berita daripada pihak pembangkang.

Difahamkan bahawa kerajaan telah menggunakan peruntukkan di bawah Jabatan Ketua Menteri Sabah untuk membiayai segala kos pengurusan termasuk bayaran lain kerana pusat itu mahu menguasai semua saluran Media khas untuk PRK Batu Sapi tidak bebas digunakan oleh Media pembangkang.

Trend seumpama ini dengan menyekat KEBEBASAN berakhbar jelas menunjukkan bahawa kerajaan telah bersikap ‘kuku besi’ dan ‘diktaktor’ kerana tidak mengamalkan sikap keterbukaan mengikut lunas lunas DEMOKRASI yang tulen, sebaliknya mereka (BN) hanya bersandiwara di depan mata RAKYAT konon merekalah JUARA segala DEMOKRASI.

Apakah RAKYAT Sabah terus membiarkan keadaan seperti ini berterusan atau RAKYAT harus bertindak berani menolak sahaja BN dalam prk Batu Sapi sebagai pengajaran kepada kesombongan dan keegoan mereka. Hanya dengan bertindak sedemikian maka MARUAH rakyat Sabah akan dapat dikembalikan kerana RAKYAT tidak perlu tunduk kepada kemahuan mereka untuk menindas RAKYAT Sabah yang kita cintai.

KERAJAAN BN harus mengerti bahawa sekalipun pembangkang turut menumpang penggunaan teknologi Media terkini tetapi bukanya dibuat secara PERCUMA tetapi pembangkang juga turut melakukan pembayaran sepertimana yang dikehendaki mengikut TERMA dan SYARAT kerajaan.

Sekiranya kerajaan melakukan pengawalan penyaluran bahan berita khususnya dari pembangkang sudah tentulah berita pembangkang itu diubahsuai kearah yang negative yang boleh memesongkan pemahaman pembaca/pengkutnya. Bererti kerajaan BN boleh melakukan perkara ‘bias’ dan berniat jahat kepada pembangkang berhubung apa apa berita yang dikeluarkan. Apakah ini suatu amalan DEMOKRASI yang tulen, jujur, telus dan bebas berakhbar!

Salam Hormat,

MEDIA BLACKOUT


(NOTA: Penyelarasan Media mungkin untuk memudahkan urusan penyebaran berita, namun sehingga saat ini Sabahkini.net tidak pernah dikawal dan wartawan kami bebas membuat liputan tanpa sebarang karenah birokrasi.)

No comments:

Post a Comment