Thursday, 4 November 2010

SEMUA 12 PUSAT MENGUNDI DIBUKA MULAI 8 PAGI



TERAWAL....Pengundi terawal tiba di pusat membuang undi Sekolah Kebangsaan Segaliud, Sandakan, pagi ini untuk mengundi pada pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi.


KESEMUA 12 pusat mengundi bagi pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi mula dibuka jam 8 pagi dengan proses pengundian dilaporkan lancar.

Tinjauan Sabahkini.net mendapati orang ramai mula tiba di pusat mengundi seawal 7.30 pagi bagi menunggu dan berbaris di pusat mengundi masing-masing.

Keadaan cuaca juga cerah dan pasukan keselamatan di tempatkan di luar pekarangan tempat mengundi bagi memastikan tiada keadaan tidak diingini berlaku.

Daripada 12 pusat mengundi, 10 ditutup jam 5 petang manakala dua lagi masing-masing jam 3 petang di Kampung Tronglit, Pulau Timbang dan jam 4 petang di Kampung Segaliud, kira-kira 750km dari sini.


Dalam pada itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan keputusan penuh pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi diketahui jam 8 malam nanti, kata Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Yusof.

Beliau berkata demikian dalam taklimatnya kepada petugas SPR sempena penyerahan kertas undi dan peralatan mengundi di Dewan Masyarakat Sandakan, kelmarin.

Semua peti undi akan dibawa ke pusat penjumlahan undi di dewan ini sebaik tempoh mengundi yang bermula 8 pagi esok, ditutup 5 petang sebelum pengumuman rasmi dibuat SPR.

No comments:

Post a Comment