Oleh: MAIL MATHEW
“THIS the start, not the finish of your journey. Yes, this is my first defeat. But our party values number six as it means ‘resillience’ you fall and you get up again,” kata Presiden SAPP, Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee sebaik sahaja mengetahui keputusan Pilihanraya Kecil (PRK) Batu Sapi, kelmarin.
Dalam sidang akhbarnya di salah sebuah markas operasi SAPP di Bandar Indah, Sandakan Yong menegaskan bahawa misi perjuangannya, ‘Sabah for Sabahans’ kan diteruskan sehingga Kuala Lumpur mengembalikan kuasa autonomi kepada rakyat Sabah.
Yong dalam nada tegas dan serius berkata bahawa matlamatnya untuk memperjuangkan hak rakyat Sabah bukan sekadar bermula dan berakhir di PRK Batu Sapi, meskipun menemui kegagalan merebut kerusi tersebut, tetapi ia merupakan sebagai titik permulaan untuk ‘memanaskan jentera’ bagi misi tersebut.
Namun kehadiran Yong di PRK Batu Sapi seakan-akan menyampaikan suatu mesej kepada pemimpin BN Sabah dan Kuala Lumpur bahawa beliau kini memulakan misi perjuangannya ke arah membela dan menuntut hak asasi Rakyat Sabah yang selama ini telah tertindas dan semakin terhakis.
Meskipun Yong sekadar meraih sejumlah 2,031 undi, tidak bermakna misi perjuangannya yang berkonsepkan ‘Sabah Untuk Rakyat Sabah dan Autonomi’ dikuburkan begitu sahaja, tanpa batu nisan selepas beliau memperolehi undi yang kurang memberangsangkan.
Namun semangat juang yang senantiasa berkobar-kobar yang telah sebati pada dirinya, Yong akan terus berjuang demi menegakkan keadilan untuk Rakyat, keseimbangan hak asasi dan maruah bangsa; maka beliau tidak gentar untuk terus memperjuangkannya pada bila-bila masa.
Kalah atau menang dalam sesuatu pilihanraya merupakan ‘lumrah’ atau ‘asam garam’, malah sebahagian adat resam dalam sesuatu pemilihan. Namun keputusan para pengundi khususnya di Parlimen Batu Sapi, Yong tetap akur dan menerimanya dengan hati terbuka sebagai lambang demokrasi walaupun keputusan rakyat itu banyak didorong pelbagai ‘keunikan dan kecurigaan’ .
Yong yang tetap tersenyum lebar dan kelihatan berwajah riang setiap kali bersua muka dengan sesiapa sahaja baik kepada penyokong lawan mahupun penyokong atas pagar, telah menyedari hakikat sebenar di peringkat awal lagi bahawa perjuangan beliau yang bukan sahaja menghadapi tentangan sengit daripada sebarisan pembangkang di PRK Batu Sapi; malah pihak yang tidak berparti yang pernah digilapnya menjadi sebagai seorang pemimpin terkenal hari ini turut memain peranan penting dalam usaha menjatuhkannya dan seterunya mematikan kariernya sebagai pemimpin pejuang rakyat di Sabah.
Beliau sedar bahawa pelbagai strategi telah digunakan untuk mengaibkan nama dan perjuangannya malah termasuk penggunaan wang yang banyak asalkan perjuangannya terus lumpuh dan terus dimalukan di mata rakyat, namun Yong menyerahkannya bulat-bulat kepada pengundi Batu Sapi untuk membuat ketentuan.
Pendek kata, apapun yang berlaku pada PRK Batu Sapi, sebagai ujian ‘testing ground’ kepada kekuatan jentera pilihanraya SAPP yang sebelum ini dianggap mantap dan berkesan, namun kemungkinan akan berlaku sedikit perubahan supaya ia kelihatan lebih mantap untuk menghadapi PRU13 yang mungkin akan diadakan dalam masa terdekat, berdasarkan keputusan PRK Batu Sapi dan DUN Galas di Kelantan.
No comments:
Post a Comment