PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) pada selasa membatalkan perancangan untuk mengadakan kem latihan pusat Piala Thomas dan Uber di Kota Kinabalu, Sabah berikutan masalah logistik.
Setiausahanya, Ng Chin Chai berkata sebaliknya kem persedian pasukan negara bagi menghadapi kelayakan Piala Thomas dan Uber di Macau bulan depan akan dijalankan di gelangang rasmi BAM, di Stadium Juara, Bukit Kiara.
"Tidak ada latihan dan pemain yang akan ke Sabah dan BAM menetapkan pemain akan berlatih di sini (Stadium Juara) sebelum ke Macau," katanya ketika dihubungi Bernama.
Beliau berkata rancangan awal seperti yang diputuskan oleh Pasukan Prestasi Tinggi (HPT) untuk berlatih di Sabah terpaksa dibatalkan ekoran masalah logistik.
"Jika kita berlatih di Sabah, pemain dan pegawai terpaksa berpatah balik ke Kuala Lumpur untuk ke Macau kerana tiada penerbangan terus ke Macau dari Sabah.
"BAM juga sudah meneliti sekiranya ini terjadi ia akan memberi masalah kepada pemain negara disebabkan kekurangan masa berehat sebelum pusingan kelayakan nanti," katanya. (BERNAMA)
The arrangement sounds logic as there are no direct flights from Macau to Sabah, therefore our players have to have their training in West Malaysia. Nevertheless, I wish all our Sabahan players the best in this championship game.
ReplyDeletekemudahan logistic ke Sabah harus diperlengkapkan.
ReplyDeleteharap mereka akan berjaya.
ReplyDeleteBuat pilihan yang membawa kebaikan bersama. Memang patut BAM buat keputusan begitu.
ReplyDeleteHopefully our badminton squad will bring prestige as well as honnour to our nation
ReplyDeleteisu penerbangan juga menjadi salah satu sebabnya mereka tak jadi untuk mengadakan latihan di Kota Kinabalu. di masa akan datang diharap Sabah mempunyai banyak laluan penerbangan ke pelbagai destinasi.
ReplyDeleteMaka kemudahan sukan di Sabah perlu dinaik taraf supaya memenuhi kehendak yang dinginkan.
ReplyDeleteinilah kesannya bila keurang aktiviti penerbangan di negeri ini yang seterusnya menjejaskan potensi negeri ini..
ReplyDeletesebelum lebih banyak acara samada berprestig atau tidak di batalkan di negeri ini, baik kerajaan negeri dan persekutuan sama2 menyelesaikan masalah pengangkutan udara di negeri ini..
ReplyDelete