Saudara Pengarang,
SAYA ingin sampai satu berita yang saya percaya bahawa tidak ramai yang tahu. Saya berasa kehairanan mengapa banyak NGO dan ahli-ahli politik yang sibuk melakukan gerakerja mendaftarkan rakyat untuk mengundi.
Untuk makluman anda semua, saya baru sahaja mendaftar mengundi dan berharap saya dapat menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat dalam menentukan kerajaan mana yang sepatutnya memerintah.
Tapi saya telah dimaklumkan daripada staf yang mendaftarkan saya bahawa biar pun saya telah mendaftar, saya perlu tunggu selama 6 bulan lagi baru layak untuk mengundi. Ini disebabkan mereka ingin mengemaskinikan maklumat dan sebagainya.
Saya sangat terkejut akan kenyataan staf tersebut sambil tidak terkata-kata. Kalau begitu, tidak ada gunanya untuk saya mendaftar jikalau saya tidak dapat mengundi disebabkan ramalan Pilihan Raya mungkin akan berlangsung dalam beberapa bulan sahaja lagi.
Mengapa pihak Pendaftar Pengundi tidak memaklumkan perkara 'Tunggu 6 Bulan' kepada orang ramai? Adakah ini disengajakan?
Di Sabah khususnya pasti akan berlaku pengundi haram/hantu iaitu yang tidak mempunyai IC akan diberikan untuk mengundi berdasarkan data pemilih yang disuruh tunggu enam bulan lagi.
Persoalannya, mengapa mereka yang baru sahaja mendapat IC terus boleh mengundi sedangkan rakyat tulen Sabah perlu menunggu selama enam bulan? Saya berharap pihak Sabahkini.net dapat mencari jawapan berhubung isu dengan dengan pihak yang sepatutnya.
Salam Hormat,
TRULYSABAHAN
No comments:
Post a Comment