Wednesday, 15 February 2012

MALAYSIA BUKAN TRANSIT PENJENAYAH LUAR



Oleh : KUEK SER KUANG KENG

MENTERI Dalam Negeri mempertahankan keputusan kerajaan untuk mengusir pulang wartawan Arab Saudi Hamza Kashgari dengan berkata tindakan itu bagi mengelakkan Malaysia daripada dijadikan sebagai destinasi bersembunyi bagi penjenayah yang dikehendaki di negaranya sendiri.

"Jangan ingat Malaysia negara yang selamat untuk mereka bernaung dan tinggal bagi mengelak mereka diburu. Kita tidak akan membenarkan mereka menjadikan Malaysia sebagai transit," kata Datuk Seri Hishammuddin Hussein kepada wartawan selepas menghadiri sebuah persidangan antarabangsa di Petaling Jaya, Selangor.

Beliau juga menafikan dakwaan bahawa terdapat injunksi mahkamah yang dikeluarkan untuk menghentikan pengusiran itu.

"Saya tidak terima apa-apa injunksi. Jika mahkamah memberi injunksi, kita akan patuh," kata Hishammuddin, yang diiringi oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.

"Juga tidak ada permintaan dari Interpol seperti yang didakwa sesetengah pihak, cuma ada permintaan dari kerajaan Arab Saudi," katanya.

Semalam Hamza, 23, yang ditahan pihak berkuasa negara ini, minggu lalu diusir pulang. Beliau dalam percubaan melarikan diri dari Arab Saudi setelah didakwa menghina Nabi Muhammad SAW dan Islam pada Twitternya.

Pengusiran pulang itu menyaksikan bantahan di kalangan NGO tempatan dan juga masyarakat sivil yang mendakwa tindakan kerajaan itu melanggar prinsip-prinsip hak asasi manusia kerana Hamza berkemungkinan menghadapi hukuman mati di negaranya.

"Saya harap isu ini tidak dipolitikkan," kata Hishamuddin lagi.

9 comments:

  1. Tidak tahulah apakah nasib Hamza setelah dihantar balik ke Saudi Arabia, ini pasti akan dijadikan satu pengajaran kepada semua untuk berwaspada bila menggunakan laman sosial untuk memberikan pendapat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hamza kena bersedia untuk hadapi hukuman.

      Delete
  2. This was done as the extradition order was given by Saudi Arabia.

    ReplyDelete
  3. Malaysia was just complying to it.

    ReplyDelete
  4. memang kita tidak mahu negara kita menjadi transit kepada penjenayah juga pengganas. membiarkan Hamza di Malaysia hanya akan memberi persepsi buruk bahawa Malaysia melindungi pesalah/penjenayah. biar perkara ini jadi pengajaran buat Hamza dan semua rakyat.

    ReplyDelete
  5. Sekiranya M'sia tempat persinggahan atau persembunyi pengganas pasti ini akan menyusahkan rakyat.

    ReplyDelete
  6. Maka pihak keselamatan perlu memastikan para penjenayah luar dapat ditangani.

    ReplyDelete
  7. bayangkan jika kerajaan Malaysia melindungi pesalah yang melarikan diri dari dihukum di negaranya sendiri, bukankah tindakan itu akan mengundang lebih banyak penjenayah untuk berlindung di negara ini??

    ReplyDelete
  8. Keselamatan negara perlu diutamakan.

    ReplyDelete