Oleh : ABDUL RAHIM SABRI (MKINI)
PERSATUAN Anak Peneroka Felda (ANAK) menyifatkan 'tidak mudah' bagi BN untuk mengekal 317 kawasan Felda sebagai 'deposit tetap' mereka dalam pilihan raya umum akan datang, memandangkan berlakunya perubahan landskap politik di kalangan peneroka.
Presiden ANAK, Mazlan Aliman berkata ia berlaku susulan perjuangan NGO itu membela hak peneroka termasuk siri-siri saman dan kewujudan cawangan PAS dan PKR yang mewujudkan persaingan politik di tanah rancangan itu.
Bahkan, kata Mazlan, berdasarkan pengalaman beliau berceramah kehadiran peneroka Felda 'berlipat kali ganda' jumlahnya berbanding beberapa tahun sebelum ini.
"Saya beranggapan tidak mudah bagi BN untuk mempertahankan Felda sebagai talian hayat mereka pada pilihan raya umum akan datang," katanya.
Katanya, hal ini berlaku di tanah rancangan itu khususnya di empat buah negeri yang mempunyai banyak tanah rancangan Felda khususnya di Pahang, Johor, Negeri Sembilan dan Terengganu.
Sebanyak 54 kawasan parlimen dan 92 DUN mempunyai tanah rancangan Felda yang menurut Mazlan 90 peratus adalah penyokong Umno dan BN. Jumlah peneroka lebih kurang 112,635 ribu orang.
Mazlan berkata perubahan sokongan peneroka bermula selepas kemenangan peneroka Felda Kemahang 3 di Kelantan yang menang di mahkamah berhubung tuntutan kadar perahan gred.
Kemudiannya, ia 'melarat' ke Felda lain antaranya, di Felda Mu'aqqil dan Gugusan Air Tawar di Johor; Sungai Koyan, Gugusan Jengka, Bera di Pahang; Serting dan Jempol di Negeri Sembilan serta Kerteh di Terengganu atas pelbagai isu, tambah Mazlan.
"Barang diingat yang membawa kes ke mahkamah, bukan orang PAS dan PKR sahaja, (malah) ia keseluruhannya masyarakat Felda terdiri daripada orang Umno yang bersama dengan kita.
"Maknanya mereka pun hari ini melihat, perjuangan kita betul dan perjuangan parti mereka (yang) tidak berjuang untuk mempertahankan hak mereka," katanya sambil menganggarkan jumlah peneroka yang mengambil tindakan mahkamah melebihi 2,000 orang.
Sambil menyifatkannya sebagai satu fenomena menarik, Mazlan berkata dalam sesetengah kes, jumlah ahli Umno lebih besar daripada ahli dari Pakatan Rakyat khususnya di Felda Mu'aqqil dan Felda Serting.
"Ini (satu) fenomena bagi Umno, dia rasa cemas dengan perkara ini. Ini satu tahap yang sangat menariklah, politik di tanah rancangan Felda ini," katanya dalam wawancara dengan Malaysiakini baru-baru ini.
Ditanya berhubung peratusan perubahan sokongan pengundi Felda dalam pilihan raya umum akan datang, Mazlan yang juga ahli jawatankuasa PAS pusat bagaimanapun enggan meletakkan harapan terlalu tinggi.
Katanya, berlakunya 'perhijrahan sokongan' terhadap pembangkang di kawasan Felda pada tahun 1990 dan 1999 susulan berlakunya pepecahan dalam Umno yang mewujudkan Team A dan Team B serta pemecatan Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyebabkan PAS menang di Jengka dan Chini.
Bagaimanapun, sokongan pengundi di Felda merosot pada 2004 dan 2008 merosot serta tidak mampu mempertahankannya seperti yang diperolehi dalam pilihan raya sebelumnya.
"Dalam pilihan raya umum ke 13, kita tidak letak sasaran yang terlalu tinggi, kalau kita letak 5 hingga 15 peratus kenaikan sokongan, saya dapat rasakan, kawasan Felda ini akan menyumbang kepada kejatuhan (kepada) parti pemerintah.
"Dalam konteks negeri Pahang, Terengganu, Johor dan Negeri Sembilan. Ini ketara benar. Ini suasana yang berlaku," katanya sambil menambah ada kawasan di Pahang sokongan berada di paras 40 hingga 45 peratus.
Diharapkan hak dan kebajikan para peneroka akan dibela oleh kerajaan dan juga NGO.
ReplyDeleteTunggulah dan lihat bila PRU-13 mancam mana pengundi di Felda akan membuat keputusan mereka. Sama ada mereka akan bersama dengan BN ataupun beralih kepada PR bakal didedahkan.
ReplyDeleteHopefully these settlers will be looked after by the goverment.
ReplyDeleteevents will unfold itself during the GE-13
ReplyDeletekerajaan byk membantu peneroka FELDA, peneroka Felda jgn mudah terpedaya dgn pembangkang.
ReplyDeleterakyat FELDA akan beralih sokongan mereka jika isu2 mengenai hak dan kepentingan mereka di FELDA tidak terjaga. pemimpin kena sensitif dengan perkara ini.
ReplyDeletesemua tu akan terjawab pada PRU13
ReplyDeleteKita tunggu saja benar atau tidak rakyat Felda menyokong Pakatan atau tidak pada PRU13 akan datang.
ReplyDeletekemewahan yang dikecapai oleh warga felda terutamanya para peneroka hari ini bukannya datang dari pemimpin2 politik pembangkang..
ReplyDeleteAda banyak Felda. Ini tidak mewakili keseluruhan suara warga peneroka Felda.
ReplyDelete