Oleh : HARRY SUNG
SIASATAN terbuka Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Asli Jati Engineering Sdn.Bhd milik Naib Presiden 1 KDM Malaysia, Dato’ Peter Anthony bukan sahaja bakal mengheret Presidennya, Datuk John Ambrose; malah turut menggerhanakan peluang Timbalan Presiden, Datuk Rubin Balang untuk mempertahankan kerusi DUN Kemabung.
Tidak dapat tidak, semua Majlis Pimpinan Tertinggi KDM Malaysia akan terpalit kerana bukan rahsia lagi Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menggunakan KDM Malaysia sebagai ‘Alat Politik’ untuk menghancurkan UMNO Sabah melalui beberapa program ‘Kurang Ajar’ dan ‘Menceroboh’ kawasan orang tanpa izin.
Projek paling ketara untuk dana KDM Malaysia ialah KKLW/BALB/173/2011-Projek Sistem Bekalan Air Tenom, Sabah (Fasa 2), Tenom yang diperolehi pada 26 September 2011 bernilai RM 28,888,888.00
Projek ini juga telah dilaporkan kepada SPRM dan kini dalam peringkat siasatan kerana didakwa sebagai projek Top-Up kerana kos sebenar untuk menjalankan projek tersebut hanya RM15 juta, sebagaimana yang diperakui Sub-Kontraktor.
Dengan kedudukan Peter bagaikan telur di ‘Hujung Tanduk’, dipercayai Lembaga Hasil Dalam Negeri akan melakukan serbuan pada bila-bila masa secara bersepadu bersama beberapa jabatan, sebagaimana yang pernah dialami oleh rakannya, Datuk Christopher Chiu.
Dalam keadaan Peter dihujani oleh pelbagai persoalan, Shafie telah mencuci tangan setelah tidak lagi meluluskan kontrak runding harga kepada Asli Jati Engineering atau mana-mana syarikat Peter kerana bimbang turut disiasat SPRM.
Walaupun sumbangan KDM Malaysia amat besar kepada rakyat Sabah, terutama sebagai pengimbangtara kumpulan KDM yang bagaikan enau dalam belukar, namun bak kata pepatah, kehadiran Peter kini umpama nila setitik rosak susu sebelanga.
Untuk rekod, KDM Malaysia telah bermula seawal Julai 2010 menggunakan nama UMNO Task Force. Pada mulanya mendapat restu Presiden UMNO sehinggalah berlaku pelbagai masalah dalaman sehingga disarankan berdaftar sebagai NGO pada 8 September 2011.
Peter Anthony seems to be in deep trouble now, hope that this issue will be resolved soon.
ReplyDeletenampaknya KDM Malaysia tak akan bertahan lama jika pelbagai masalah dalaman terus membelenggu pertubuhan tersebut.
ReplyDeletekita tunggu dan lihat apa tindakan seterusnya...adakah dibubarkan atau diteruskan..
DeleteHarap2 perkara ini dapat ditanggani segera sebelum bertambah teruk dan dijadikan bahan utk kepentingan diri sendiri.
Deletemgkin KDMM takkan bertahan lama, lagipun sebelum ini pun ramai tak setuju dgn penubuhan KDMM.
DeleteSemoga masalah internal dapat ditanggani dengan baik.
DeleteHarap masalah ini akan selesai dengan baik.
Deletesemoga siasatan yang dibuat oleh SPRM ni akan menyelesaikan kes ini dengan segera.
ReplyDeleteToo bad KDM's image was affected due to Peter Anthony. What will happen next?
ReplyDeletememang sedikit sebanyak imej KDMM tercalar...diharapkan siasatan SPRM akan dapat membersihkan semula nama KDMM..
DeleteBikin malu saja kan. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. huhuu
DeleteOne Peter can spoil the entire KDMM image, is that possible? Hope they are able to maintain good image and continue their hard work.
DeleteBiarlah SPRM menyiasat kes ini secara mendalam terlebih dahulu.
ReplyDeleteKIta serahkan sahaja kepada SPRM untuk menyiasat perkara ini.
DeleteJika didapati bersalah, mereka yang terlibat perlulah menerima hukuman.
ReplyDeletebiar SPRM melakukan siasatan..
ReplyDeleteSprm, jalankan tugas anda. Siasat hal ini segera dan kalau betul, pastikan hukuman yang dikenakan setimpal.
ReplyDeleteSebelum itu, janganlah kita beranggapan -ve selagi belum ada hitam putih dari hasil siasatan sprm.
ReplyDeleteApapun, harap hal ini dapat perhatian serius dan ditanggani dalam kadar segera. Selebihnya kita tunggu saja hasil siasatan.
ReplyDeleteSPRM must investigate this matter immediately.
ReplyDeletethose who are found guilty must be taken serious action. Don't let them off the hook easily.
ReplyDeletePastikan kebenaran dalam kes ini akan didedahkan selepas ini untuk membersihkan nama UMS.
ReplyDeleteSPRM masih lagi siasat kes ini, kita nntikan sahaja keputusan siasatan.
ReplyDeleteTidak perlu risau dengan semua itu. Jika kita dipihak yang benar dan betul tidak perlu takut dengan siasatan yang dibuat oleh pihak berkuasa.
ReplyDeleteTeruskan siasatan SPRM. Jika didapati tidak bersalah maka yang membuat fitnah itu perlulah diambil tindakkan.
ReplyDeletePelbagai khabar angin mula kedengaran demi kepentingan politik mereka sendiri. Maka kita perlulah pandai menilai sendiri akan dakwaan yang dibuat oleh sesetengah pihak. Kerana tidak semua yang dikatakan adalah benar.
ReplyDeletePihak pembangkang tentu saja ambil peluang ini untuk mengeruhkan keadaan dengan menokok-tambah cerita.
DeleteLets SPRM do his job to do necessary investigation.
ReplyDeleteMasalah internal harus diselesaikan. Perkara ini tidak harus berlanjutan.
ReplyDeleteProjek ini juga telah dilaporkan kepada SPRM dan kini dalam peringkat siasatan kerana didakwa sebagai projek Top-Up kerana kos sebenar untuk menjalankan projek tersebut hanya RM15 juta, sebagaimana yang diperakui Sub-Kontraktor.
ReplyDeleteBuatlah siasatan agar tiada pihak mengambil kesempatan.
Harap siasatan tu disiasat secara terperinci dan segera dalam siasatan agar dapat diketahui semuanya
Deletekesimpulannya, belumpun didapati bersalah, tapi sudah ada pihak yang cuba meyakinkan orang ramai bahawa beliau bersalah..
ReplyDeletebiarkan pihak SPRM menjalankan siasatan sehingga kebenaran diketahui.
Deletemungkin memang betullah ada pihak yang cuba mensabotaj beliau dengan menimbulkan pelbagai spekulasi..
ReplyDeleteSelagi belum ada kata putus dari SPRM,jangan buat sebarang spekulasi.
ReplyDeleteJangan menghukum sebelum dibicarakan.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete'You Know who am I?' & Show off pistol, lol............. WTX is this!!! A Leader should lead by good example.
ReplyDelete