Oleh : Kudin
Di ZAMAN moden seperti ini,
mungkinkah manusia gua masih ada? Jawapannya ada. Buktinya, sekitar 30 juta
penduduk China masih tinggal di dalam gua, seperti dilaporkan oleh The Los
Angeles Times.
Menurut laporan itu,
berjuta-juta penduduk China memutuskan untuk menggali bawah tanah dan mula
tinggal dalam gua. Meski begitu, di dalamnya, terdapat banyak kemudahan seperti
rumah moden pada umumnya.
Tinggal di dalam gua menjadi
pilihan sebahagian masyarakat Cina kerana mereka tidak memerlukan bahan-bahan
untuk membinanya. Mereka hanya perlu menggali gunung atau bukit untuk membuat
rumah.
Kebanyakan rumah gua ini
terletak di daerah Shanxi, kawasan yang terdiri atas tanah kuning yang mudah
digali. Rumah gua yang disebut 'Yaodong' ini mempunyai pintu masuk berbentuk
setengah lingkaran yang ditutupi dengan kertas nasi atau karpet yang digantung.
Kebanyakan yaodong tidak
terlalu mewah, namun kemudahan moden seperti paip air, elektrik, dan telefon
sedia ada bagi penduduk yang tinggal di sana. Meski tak boleh membeli peralatan
rumah yang mewah, penduduk China yang tinggal di gua menikmati kealamian rumah
mereka.
Berdasarkan laporan pada
tahun 2007, sebahagian besar penghuni Yaodong adalah orang tua dan manula.
Kebanyakan anak muda pindah ke bandar besar dan membina rumah-rumah konkrit.
Namun beberapa dari mereka mengaku ingin kembali dan menghabiskan masa tua di
rumah gua tersebut.
"Ketika saya menjadi
tua, saya ingin kembali ke akar saya," kata Ren Shouhua, salah satu
'manusia gua' yang telah berpindah ke bandar, seperti dilaporkan oleh
Odditycentral.
"Hidup di sini selesa
dan mudah. Aku sudah tinggal di gua seumur hidupku, jadi aku tak boleh
membayangkan sesuatu yang berbeza," kata Ma Liangshui, 76 tahun, penghuni
gua. Liangshui tinggal dalam sebuah gua yang mempunyai satu bilik dengan tempat
tidur, lubang api untuk memasak, dan elektrik untuk menyalakan satu bola lampu.
Percaya atau tidak, rumah
gua ini banyak diminati. Orang-orang datang untuk menyewa rumah gua tersebut,
namun tak ada yang ingin pindah. Satu rumah gua boleh dibeli dengan harga USD
46,000. Sementara untuk orang yang hanya ingin singgah, rumah gua ini disewakan
dengan harga USD 30 per bulan.
No comments:
Post a Comment