HAL INI terjadi terutamanya
di wilayah utara India, di daerah Baghpat, hanya sekitar dua jam dari kota
metropolitan New Delhi. Munni, wanita pertengahan 40-an yang mengisahkan
penderitaannya menjadi seorang isteri kepada seorang suami sekaligus pemuas
nafsu adik-adik suaminya.
“Suami saya dan orang tuanya
memberitahu, saya harus membahagikan diri saya (melayan) dengan adik-adiknya,”
kata Munni.
Dua adik suaminya adalah
bujang terlajak yang tidak memiliki isteri. Antara lain disebabkan jumlah
wanita yang kurang di perkampungan tersebut. Munni ketika ini mempunyai tiga
orang anak, hasil hubungannya dengan suami dan dua adiknya.
“Kedua-duanya (adik
suaminya) menyetubuhi saya bila mana mereka mahu, tidak kira siang atau malam.
Jika saya menolak, mereka akan memukul saya dengan apa saja. Kadang-kala mereka
mengusir saya untuk tidur di luar, saya juga pernah disiram minyak tanah dan
dibakar,” tutur Munni.
Setelah tiga bulan
menderita, Munni berjaya melarikan diri, setelah berpura-pura hendak pergi ke
hospital. Tetapi, wanita yang telah memiliki tiga anak lelaki itu tidak membuat
sebarang laporan polis.
Munni hanyalah satu dari
puluhan wanita di Baghpat yang mengalami nasib yang sama. Kes-kes penyiksaan
dan penyimpangan ini kebanyakan tidak dilaporkan kepada polis. Wanita-wanita
ini jarang dapat keluar rumah bersendirian, mereka dilarang keluar rumah tanpa
ditemani kaum lelaki sehingga sukar untuk berhubung dengan dunia luar.
Berbeza dengan wanita moden
dan berdikari yang bekerja di kota besar seperti New Delhi, di desa tempat
Munni tinggal, kaum wanita dikurung di dalam rumah. Mereka hanya berfungsi
untuk melahirkan anak dan bertugas membuat kerja-kerja rumah.
Sementara kaum lelaki pula
bekerja sebagai petani atau hanya menganggur dan duduk-duduk seharian di rumah
dan di bawah pokok. Minum teh dan merokok, serta saling membandingkan isteri
yang jumlahnya terhad.
Penduduk kampung mengatakan
tradisi berkongsi isteri ini memiliki banyak kelebihan. Salah satunya adalah
menghindari perpecahan akibat perebutan pusaka dan aset di antara para pewaris
keluarga. Selain itu, ia juga membebaskan wanita miskin dengan mengahwininya,
mendapatkan nafkah dari banyak lelaki.
Menurut Bhagyashri Dengle,
pengarah eksekutif Children”s Charity Plan India, mengatakan budaya ini terjadi
akibat menurunnya jumlah wanita dibandingkan lelaki. Kebanyakan warga di India
menggugurkan bayi perempuan kerana dianggap tidak berguna pada masa depan.
Menurut kajian populasi di
India pada tahun 2011, hanya terdapat 858 wanita untuk 1000 lelaki di Baghpat. Jumlah
ini terus menurun. Hal ini juga terjadi di daerah Haryana, Punjab, Rajashtan
dan Gujarat.
“Di setiap kampung, terdapat
lima atau enam lelaki bujang yang tidak dapat menemui isteri. Dalam satu
keluarga, terdapat tiga atau empat lelaki yang belum berkahwin,” lanjut Dengle.
Salah satu cara untuk
mengatasinya adalah membeli pengantin dari daerah lain dengan harga 15000
rupee. Tetapi, ianya juga hanya membawa penderitaan kepada kaum wanita, kerana
kebanyakan mereka harus berkahwin dengan lelaki yang berusia jauh lebih tua.
No comments:
Post a Comment