Tuesday, 2 October 2012

5 KESILAPAN LELAKI KETIKA BERASMARA




       
KITA semua tentunya amat menginginkan hubungan seks bersama pasangan menjadi sesuatu yang terbaik, menyeronokkan dan memberikan kepuasan batin kepada kita dan pasangan kita.

Hubungan seks yang baik berlandaskan kepada berbagai faktor. Antara salah satu faktor yang penting harus di titikberatkan dan di beri perhatian adalah posisi atau cara kita melakukan seks iaitu perkara-perkara yang tidak sepatutnya kita lakukan terhadap pasangan kita.

Sehubungan itu, sebagai sedikit panduan buat kita semua, kali ini saya akan senaraikan beberapa kesilapan yang biasa kita sebagai lelaki lakukan ketika melakukan hubungan seks dengan pasangan.

1) Agresif/Pentingkan Diri.

Memperlakukan pasangan mengikut kehendak berahi sendiri. Seks yang menyeronokkan lahir dari keintiman keinginan dan rasa ghairah yang selari antara satu sama lain. Anda mesti mengawal emosi dan keberahian anda mengikut rentak bagaimana hubungan seks anda berjalan. Beri ruang kepada pasangan meningkatkan ghairah dan berahinya mengikut perasaan atau moodnya ketika itu.

2) Memaksa pasangan

Melakukan seks dengan posisi yang beragam memang baik. Tetapi anda perlu juga memastikan adakah pasangan anda selesa dengan apa yang ingin anda lakukan. Memberi keselesaan kepada pasangan amat penting kerana jika si dia tidak selesa dengan posisinya, ia akan memberi kesan kepada perasaannya juga.

3)Terlalu Budiman.

Lelaki budiman memang disukai wanita. Tetapi dalam hubungan seks, sikap budiman kadang-kadang boleh membuat wanita bosan. Tidak dinafikan ada lelaki yang terlalu berhati-hati ketika melakukan seks, seperti teragak-agak untuk menindih tubuh pasangan. Mungkin ramai yang tidak sedar bahawa wanita sebenarnya suka menerima berat badan lelaki menindih badan mereka. Ia membuat mereka rasa diperlukan, rasa selamat dan dilindungi, rasa disayangi atau pun sekadar mereka memang suka merasakan tenaga dan kuasa seorang lelaki.

4) Kaku

Sikap anda seperti patung/robot yang hanya tahu melakukan apa yang perlu sahaja. Ketika melakukan seks, gerakan badan anda ibarat irama yang menggerakkan perjalanan seks tersebut. Bergerak dan berikan tindak balas mengikut rentak dan tahap keberahian pasangan anda. Misalnya ketika pasangan anda sedang 'menunggang', anda juga perlu mengikut gerak tunggangannya samada maju ke depan, reverse ke belakang atau pusing ke kiri dan kanan.

5) Tiada variasi.

Setiap kali melakukan seks anda hanya melakukan apa yang biasa dilakukan sahaja. Cubalah lakukan seks dengan cara atau gaya yang berbeza sekali sekala. Variasi amat penting kerana jika selalu melakukan perkara yang sama, siapa pun akan jemu dan bosan. Variasi juga tidak terbatas kepada cara, gaya atau posisi seks sahaja. Ia juga termasuklah masa, keadaan dan tempat anda melakukan seks tersebut. Misalnya kalau anda biasa melakukan seks di bilik tidur, apa salahnya sesekali lakukan di tempat yang berbeza seperti di dapur, di kamar mandi atau pun di kawasan tertutup di halaman rumah anda.

Beberapa kesilapan di atas biasanya tanpa kita sedari. Walaupun sesetengah dari kita menganggap ia perkara yang remeh, namun sebenarnya ia akan memberi kesan jangka panjang kepada kestabilan dan keintiman hubungan seks kita dengan pasangan.

Jadi, eloklah kita cuba mengelakkan diri dari melakukan kesilapan-kesilapan tersebut agar setiap kali kita melakukan hubungan seks dengan pasangan, ia menjadi sesuatu yang terbaik, menyeronokkan dan membahagiakan. (MyTabloid)

No comments:

Post a Comment