Tuesday, 2 October 2012

BILAKAH KEZALIMAN TERHADAP DARINSUK BERAKHIR?





Oleh : GALUS AHTOI

PERBICARAAN tanah kes Darinsuk P. Apan yang melibatkan 7 buah kampung di Daerah Tongod akan kembali didengar di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada 4 Oktober 2012 hanya untuk menentukan siapa Hakim baru yang akan mendengar perbicaraan penuh kes ini yang sudah dibiarakan di mahkamah sejak Tahun 2002 lagi.

Darinsuk dan penduduk kampung berjuang mendapatkan kembali hak mereka ke atas Tanah Adat (NCR) yang telah 'diberikan' Geran CL kepada Syarikat Hap Seng Consolidated Bhd; yang kemudian menjual tanah tersebut kepada Syarikat Asiatic Sdn. Bhd (dan kini namanya diganti dengan Genting Highland Sdn. Bhd) oleh pihak Kerajaan/Jabatan Tanah dan Ukur Sabah.

Darinsuk dan para penduduk berkenaan berharap agar Mahkamah memilih Hakim yang benar-benar adil, saksama, bijaksana dan faham terhadap Tanah Adat (NCR) terutama mempunyai peri kemanusiaan menilai kehidupan Orang Asal.

Peguam Datuk Kong Hong Ming, Marry Lee dan Ram Singh akan bersama komuniti Orang Asal untuk memastikan kesinambungan Hak ke atas Tanah Adat (NCR). Kes Darinsuk amat penting untuk menentukan sama ada NCR masih hidup atau akan lupus (sepertimana yang dikatakan oleh Peguam Besar Negeri Sabah dan Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Sabah).

No comments:

Post a Comment