PENGISYTIHARAN…..Lajim
bersama-sama pengikutnya, termasuk Ahmad berdiri teguh menyokong perjuangan
Lajim meletakan jawatan sebagai AMT UMNO Malaysia dan Ketua Bahagian UMNO
Beaufort.
Oleh : KREW SABAHKINI.NET
SALAH seorang Ahli
Jawatankuasa Umno Bahagian Beaufort, Ahmad Said yang meninggalkan parti untuk
menyertai Pakatan Perubahan Sabah (PPS) baru-baru ini menyatakan hasrat ingin
kembali ke parti itu.
Keinginannya itu telah
dimaklumkan kepada bahagian menerusi Ahli Jawatankuasa untuk dipertimbangkan Pemangku
Ketua Bahagian, Isnin Aliasneh.
Peniaga berasal dari
Menumbok itu berhasrat untuk menyokong semula perjuangan BN, justeru dia akan
kembali dalam Umno Bahagian.
Namun setakat ini belum ada
maklum balas daripada Pemangku Ketua Bahagian Beaufort. Tetapi majoriti Ahli
Jawatankuasa Bahagian dikatakan menyatakan sokongan mengenai hasrat Ahmad yang
mendapat dorongan daripada abangnya seorang usahawan dan seorang peniaga
tempatan yang bergelar Datuk.
Ahmad Said adalah di antara
15 orang Ajk Bahagian yang mengambil keputusan keluar Umno dan menyokong
pembangkang melalui Pakatan Perubahan Sabah yang ditubuhkan oleh Datuk Lajim
Ukin.
Tiada kenyataan rasmi
daripada Ahmad, namun sumber Umno bahagian Beaufort menyifatkan ia satu
perkembangan baik dalam usaha parti menarik semula pemimpin parti pulang ke
pangkal jalan perjuangan yang didokong oleh rakyat Beaufort selama ini.
"Sekarang hanya perlu
lampu hijau daripada pemangku ketua bahagian bagi mengesahkan kepulangan Ahmad
ke dalam pangkuan Umno," jelas sumber itu.
No comments:
Post a Comment