Oleh : AIDILA RAZAK
PENGHUNI di rumah jagaan
warga tua di Sabah terpaksa tidur bertemankan nyamuk, mandi dengan air sejuk,
tidak diberi makan selepas jam 5 petang, dan diberi makan bahan yang tidak
sesuai atau tidak dapat dikunyah.
Malah, tiada rekod bahawa
ubat-ubatan diberikan kepada penghuni di salah satu rumah jagaan yang diaudit,
menurut Laporan Ketua Audit Negara 2011.
"Pemeriksaan audit
mendapati seramai 81 daripada 150 penghuni menghidap penyakit seperti tekanan
darah tinggi, kenicng manis, hiperkolesterolemia, gout dan lain-lain.
"Pemberian ubat di RWT
(Rumah Warga Tua) Air Panas kepada penghuni yang menghidap penyakit tidak dapat
disahkan kerana tiada rekod disediakan," laporan itu dipetik.
Laporan itu juga menyebut,
pegawai rumah jagaan yang ditemubual memberitahu pegawai audit bahawa beliau
tidak menyedari keperluan untuk merekodkan pemberian ubat.
Penghuni di RWT Sri Harapan
di Sandakan dan RWT Sri Pritchard di Papar pula tidak diberi makan selepas jam
5 petang, walaupun garis panduan jabatan kebajikan menetapkan makan disajikan
antara jam 9 hingga 9.30 malam.
Panduan jabatan tersebut
menetapkan supaya sajian disajikan mengikut waktu – sarapan (7 pagi), minum
pagi (10 pagi), makan tengahari (12.30 petang), minum petang (3.30 petang),
makan malam (6.30 petang) dan minum malam (9 malam).
Minum pagi tidak disediakan
di RWT Air Panas dan RWT Sri Harapan, manakala makan malam dan makan lewat
malam hanya disediakan dalam perbezaan masa satu jam di Sri Harapan.
Pegawai dietetik dari
Hospital Queen Elizabeth yang diminta pandangan dalam audit tersebut juga
mendapati makan yang diberikan kepada penghunti tidak sesuai bagi orang tua dan
orang sakit.
Ia mendapati, makanan yang
diberikan sama ada terlalu keras atau terlalu besar, yang memberi masalah
kepada penghuni yang tak bergigi, memakai gigi palsu atau yang menghadapi
masalah pernafasan.
Makanan yang berkalori
tinggi dan berlemak turut disajikan kepada individu yang mengalami masalah
jantung dan obesiti.
Rel pemegang, kelambu dan
pemanas air tidak disediakan. Malah, tingkap di sesetengah ruang tidur di Sri
Harapan tidak boleh ditutup. Kelambu pula tidak disediakan di RWT tersebut dan
juga di Sri Pritchard.
No comments:
Post a Comment