Oleh : NIGEL AW
JABATAN Kerja Raya (JKR)
membina Jambatan Batang Strap di Sri Aman Sarawak bernilai RM20.43 juta tetapi
melupakan jalan jalan di seberang sungai yang menghubungkannya, menurut Laporan
Ketua Audit Negara 2011.
Hasilnya, jambatan konkrit
sepanjang 182.4 meter itu hanya menghubungkan pekan berdekatan di Pantu dengan
belukar di seberangnya.
"Lawatan audit pada 17
Disember 2011 ke tapak projek di Pantu, Sri Aman mendapati projek jambatan
konkrit bernilai RM20.43 juta ini tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya bagi
merangsang pertumbuhan ekonomi tempatan setelah disiapkan disebabkan jalan di
seberang sungai sepanjang 10 kilometer untuk menghubung rumah panjang dan
sekolah belum dibina," laporan itu dipetik.
Tanpa jalan itu, kira-kira
3,000 penduduk di 23 rumah panjang serta empat sekolah di situ tidak mempunyai
akses kepada jambatan untuk menyeberang ke Pekan Pantu.
Pada 7 Mac, jabatan itu
dalam maklum balasnya berkata, pihaknya akan mencadangkan pembinaan jalan itu
yang dianggarkan sebanyak RM50 juta dalam rolling plan bawah rancangan Malaysia
Kesepuluh.
No comments:
Post a Comment