Sunday, 7 October 2012

KAJIAN MERDEKA CENTRE ADA AGENDA TERSEMBUNYI





KOTA KINABALU : Pungutan suara dan kaji selidik mempunyai kelebihan pada tahap tertentu tetapi sekiranya tidak dijalankan dengan betul maka ia boleh menjadi cacat dan tidak menghormati pihak-pihak tertentu, kata Timbalan Ketua Umno Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak.

Tanpa menyatakan banyak bahawa kajian Merdeka Centre adalah salah, beliau berkata jika sesuatu kaji selidik telah didorong oleh agenda, maka tidak banyak dapat dilakukan untuk menghalang mereka yang di belakangnya daripada memanipulasikan keputusan untuk menyesuaikan rancangan mereka.

"Malah kata-kata soalan (dalam kaji selidik) boleh mencetuskan respons tertentu dan membangkitkan seseorang daripada menyatakan perkara yang dia sendiri tidak berniat untuk menyatakan terlebih dahulu," katanya dalam kenyataan di sini Sabtu.

Salleh mengulas laporan online yang mendakwa tahap kepuasan pengundi Sabah terhadap Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman, yang memimpin pentadbiran kerajaan negeri hampir 10 tahun, telah merosot di bawah paras 50 peratus.

Kajian terbaru Merdeka Centre menunjukkan tahap kepuasan pengundi Sabah terhadap Musa telah merosot secara ketara dari 60 peratus pada November 2008 kepada 45 peratus pada September tahun ini. (Bernama)

5 comments:

  1. The State Government took pride in the AAA rating given to the state by Rating Agency Malaysia (RAM) for four consecutive years under Musa Aman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak dinafikan lagi akan perkara ini. Memang MerdekaCenter seperti dipergunakan oleh pihak tertentu.

      Delete
  2. The State saw a 15.7 per cent rise in the number of foreign tourists during the January to July period this year, with a total of 541,552 visitors, compared with 467,924 tourists seen in the same period last year.

    ReplyDelete
  3. Under the Sabah Development Corridor projects,the amount of cumulative investments in the private sector had reached RM114 billion since its launch in 2008.

    ReplyDelete
  4. Kajian Merdeka Centre tak boleh pakai sangat pun.

    ReplyDelete