Oleh : NIGEL AW
MP Pakatan Rakyat hari ini
menolak dakwaan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa undi untuk
pembangkang adalah umpama undi untuk jutawan George Soros.
MP Petaling Jaya Utara Tony
Pua juga berkata, Pakatan tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan Soros.
"Kami tidak ada
hubungan apa-apa dengan George Soros. Kami tidak kenal George Soros,"
katanya.
Tambahnya, Pakatan tidak
mempunyai agenda Yahudi dan turut menyokong perjuangan masyarakat Palestin ke
atas penindasan rejim Israel di negara tersebut, katanya. (MKINI)
No comments:
Post a Comment