SEORANG pendakwa kerajaan
Perancis yang terkenal menafikan laporan-laporan media yang tersebar di
kalangan beberapa portal berita online Malaysia berhubung perbicaraan yang
sedang berlangsung di Perancis, mengenai dakwaan rasuah oleh sebuah syarikat
Perancis berhubung pembelian dua kapal selam Scorpene buatan Perancis oleh
Malaysia pada tahun 2002.
Yves Charpenel berkata media
di Malaysia harus dapat membezakan antara khabar angin dan fakta dan antara
siasatan dan perbicaraan.
military malaysia navy french
built submarine scorpene class"Saya sedar mengenai semua kekecohan yang
dibangkitkan media tertentu (organisasi) di Malaysia berhubung perkara ini tapi
apa yang saya boleh kata ini adalah tidak lebih daripada satu perbicaraan oleh
media," katanya kepada Bernama di ibu negara, hari ini.
Charpenel, yang juga bekas
ketua pendakwaan di Perancis dan kini seorang pendakwa negeri dan anggota
eksekutif Persatuan Pihak Berkuasa Anti-Rasuah Antarabangsa (IAACA), berada di
sini untuk menghadiri persidangan dan mesyuarat agung tahunan IAACA yang
berakhir semalam.
Berikutan satu aduan Suaram,
sebuah badan bukan kerajaan (NGO) mengenai hak asasi manusia, yang difailkan
pada 2009 mengenai sebuah syarikat Perancis yang didakwa memberi rasuah kepada
sebuah firma Malaysia untuk urus niaga kapal selam itu, beliau mendedahkan
bahawa dua "hakim siasatan" bebas memulakan siasatan mereka awal
tahun ini.
Charpenel berkata di
Perancis, seperti negara-negara yang mengamalkan kedaulatan undang-undang,
semua siasatan dibuat sepenuhnya secara rahsia.
Beliau berkata adalah hak
bagi sesiapapun untuk memfailkan aduan dan berikutan sifat rahsia siasatan itu,
sesetengahnya beralih untuk mengadu kepada media.
Beliau menjelaskan bahawa
untuk kes-kes tertentu di Perancis, Kementerian Keadilan akan meminta seorang
hakim bebas, meminta "hakim siasatan" untuk menyiasat.
"Dia hanya seorang
penyiasat. Ini adalah sistem lama yang bermula sejak era Napolean. Jika hakim
siasatan mahu seseorang pergi ke Malaysia, dia perlu memohon dengan kerajaan anda
kerana kami ada apa yang dipanggil Perjanjian Bantuan Perundangan Bersama.
Kerajaan Malaysia boleh kata 'ya' atau 'tidak'. Ia perlu diputuskan oleh pihak
berkuasa Malaysia.
"Seorang hakim siasatan
Perancis tidak boleh membawa bagasinya, menaiki kapal terbang dan pergi ke
Malaysia dan meminta seseorang menjawab soalan-soalannya. Ini adalah mustahil,
ianya bertentangan dengan undang-undang Perancis dan ia juga bertentangan
dengan undang-undang antarabangsa," kata Charpenel.
Beliau menjelaskan di
Perancis, seperti di tempat-tempat lain, perjalanan undang-undang tidak boleh
ditentukan oleh media.
Seperti yang dikatakannya,
"Di Perancis, masa keadilan berbeza daripada masa media. Sudah tentu,
media perlu data-data, maklumat, berita. Ia adalah semula jadi tetapi siasatan
itu agak berbeza. Ia adalah sama, sama ada di Perancis atau di Malaysia.
"Dan ia menjadi rahsia.
Kami kini dalam langkah pertama, mungkin, kami dapat satu lagi langkah, mungkin
tidak, dan ia adalah terlalu awal untuk bercakap lagi.
Ditanya mengenai laporan
media bahawa peguam-peguam Perancis yang mewakili Suaram dalam saman itu akan
datang ke Malaysia untuk memberi taklimat kepada anak guamnya, Charpenel
berkata mana-mana peguam dari mana-mana negara, bebas untuk berbuat demikian
kerana dia dibayar oleh anak guamnya.
"Dia bebas bercakap
dengan media, itu adalah kebebasan atau hak asasi manusia. Tetapi dia bukan
seorang pendakwa. Dia juga bukan seorang hakim siasatan. Dia bukan seorang
pegawai."
Pada April tahun ini,
ahli-ahli politik pembangkang tempatan di sini malah telah meminta pegawai
Malaysia untuk memberi keterangan di Paris atau berdepan pemulauan dalam
Kesatuan Eropah.
"Perbicaraan adalah
satu perbicaraan dengan semua peraturan. Siasatan adalah adalah satu perkara
lain," kata Charpenel mengenai maklumat salah yang dijana oleh
portal-portal berita tertentu berhubung dakwaan bahawa satu perbicaraan
sudahpun berjalan.
Sabtu lepas, Menteri
Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Ketua Audit Negara
menjelaskan urus niaga Scorpene dijalankan mengikut prosedur perundangan. (Bernama)
No comments:
Post a Comment