Oleh : AIDILA RAZAK
BEKAS Anggota Majlis
Tertinggi Umno, Datuk Seri Lajim Ukin mendakwa pemimpin parti negeri tidak
pernah mengetahui mengenai RM40 juta yang didakwa disumbangkan kepada Umno
Sabah.
"Saya tidak tahu. Saya
tidak pernah tahu perkara ini. Saya tidak tahu kami ada begitu banyak wang.
"Saya hanya tahu
apabila ia diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri," katanya
ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.
Sedangkan, beliau merupakan Anggota
Majlis Tertinggi Umno dan Anggota Jawatankuasa Perhubungan Umno Sabah selama
hampir 18 tahun.
Bekas Timbalan Menteri
Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu berpaling tadah dan menjadi MP mesra
Pakatan sejak Julai lalu.
MP itu juga mendakwa,
walaupun pemimpin Umno tidak mengetahui mengenai sumbangan berkenaan, wujud
anggapan bahawa Ketua Menteri yang juga ketua Umno Sabah, Datuk Seri Musa Aman
memperolehi sejumlah sumbangan.
No comments:
Post a Comment