Saudara Pengarang,
KITA dapat lihat Pasaraya
Besar dari Semenanjung Malaysia seperti Giant tumbuh bagaikan cendawan di musim
tengkujuh kerana lokasinya amat berdekatan, tidak sampai dua kilometer antara
satu sama lain; sehingga tidak ada ruang untuk rakyat Sabah berniaga runcit.
Setakat kajian saya,
terdapat 16 Cawangan Giant dan 5 Hipermarket yang telah meletakkan pasir dalam
periuk pekedai runcit sehingga membunuh peluang mereka untuk meneruskan
kehidupan setelah rezeki mereka dibolot oleh Giant dan Hipermarket.
Namun agak mendukacitakan
kerana Giant dan Hipermarket di Sabah tetapi mendiskriminasi rakyat Sabah yang
diambil bekerja terutama jawatan, peluang kenaikan pangkat dan kadar gaji.
Kadar gaji yang ditawarkan
Giant ialah Supervisor Biasa RM1,800 di Semenanjung tetapi di Sabah hanya RM1,000. Bagi jawatan Cashier
Biasa RM750 di Semenanjung, tetapi di Sabah hanya RM500. Bagi Pembantu
Supermarket pula dibayar RM780 di Semenanjung, manakala di Sabah hanya RM450
iaitu hampir kesemuanya di bawah Paras Gaji minima.
Mungkinkah kerana faktor
gaji murah maka Giant dan Hipermarket berlumba-lumba membuka cawangan di Sabah,
apatah lagi mendapat galakan daripada Kerajaan Tempatan yang memberikan mereka
lesen seberapa yang mereka mahu, tanpa sekatan atau halangan.
Sebagai kerajaan yang kononnya
membela kepentingan rakyat sendiri, kerajaan Sabah harus memikirkan kepentingan
rakyat tempatan dengan mengawal selia Skim Perjawatan atau tidak terus
menjadikan Sabah sebagai Gedung Rakyat Termiskin.
Salam Hormat,
MOHD DANIAL ADULLAH
No comments:
Post a Comment