SUKA atau tidak, pemimpin
PAS Kelantan perlu menerima hakikat sudah sampai masanya untuk mereka
mempersiapkan diri menerima penghukuman rakyat dalam PRU 13 kelak berikutan
pelbagai kelemahan urus tadbir sejak 22 tahun negeri ini diperintah oleh PAS.
Kegagalan Kerajaan PAS
Kelantan memantau projek Pembangunan dan Pengindahan Tebing Sungai Kelantan
(PTSK) di lembah Sireh, Kota Bharu sebagai mana disahkan oleh Laporan Ketua
Audit Negara Tahun 2011, pastinya bakal menambah kemarahan rakyat negeri.
Bertahun-tahun sebelum ini,
sudah ramai penduduk setempat yang bangkit membantah projek berkenaan kerana
meragui keberkesanannya dalam menaik tarafkan kehidupan mereka selain isu
pengambilan tanah pada harga pampasan yang tidak munasabah.
Kini apabila Laporan Audit
sendiri pula mengesahkan projek pembangunan PTSK tersebut bukan sahaja masih
gagal disempurnakan, malah tanah negeri seluas 716.8 ekar yang bernilai
RM318.29 juta juga telah dipindah milik kepada syarikat Liziz standaco Sdn Bhd
tanpa melalui prosedur yang betul.
Ini sekaligus mengesahkan
desas desus sebelum ini berkaitan wujudnya salah laku, penyelewengan dan rasuah
dalam urusan tender dan kontrak projek tersebut yang melibatkan beberapa orang
pemimpin negeri dalam Kerajaan PAS Kelantan.
Sudahlah begitu, janji manis
Kerajaan PAS Kelantan konon rakyat negeri bakal menerima sebuah masjid baru
yang indah dan besar bernilai RM20 juta juga langsung tidak nampak bayangnya
walaupun tanah negeri sudah bertukar milik sejak bertahun lamanya.
Tambah menyemarakkan orang
ramai apabila Laporan Audit juga mengesahkan projek Ladang Rakyat yang
terbentang luas di Selatan Kelantan hingga kini hanya menguntungkan segelintir
pihak yang mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin PAS Kelantan.
Janji dividen RM200.00
sebulan serta peluang bekerja di Ladang rakyat sebagai peserta dengan gaji
RM700.00 sebulan hanya tinggal janji. Segelintir yang bernasib baik dapat
meraih habuan dividen dan gaji itupun disebabkan adanya hubungan kepartian
dengan PAS negeri sahaja.
Lebih 80,000 ekar tanah
kerajaan dan tanah milik rakyat termasuk tanah adat Orang Asli kini dikuasai
syarikat milik Cina Singapura serta Taiwan.
Berulang kali rakyat bangkit
membantah dan menyerahkan memorandum, Menteri Besar kelantan, Nik Aziz Nik Mat
hanya memekakan telinga kononnya semua bantahan itu hanya bermotifkan politik.
Walhal, hak rakyat ditindas
dan nasib rakyat terumbang ambing dek kerana kerakusan pemimpin PAS merampas
hasil negeri untuk kepentingan diri dan kroni.
Sebelum ladang dibuka,
segala pokok balak serta konsesi pembalakan hanya dirasai oleh tauke Cina
Singapura yang turut dikongsi bersama dengan beberapa pihak yang berkepentingan
dalam PAS dan kerajaan negeri. Inilah sebenarnya sasaran utama pemimpin PAS
negeri yakni hasil kayu balak dan komisyen.
Bila segala isi perut hutan
belukar habis diratah meninggalkan tanah-tanah bukit sahaja kemudian membawa
kepada pencemaran sumber air, barulah ladang dibuka namun hasil dari pembukaan
Ladang Rakyat itu pun tak terjangkau oleh majoriti rakyat negeri.
Kononnya tujuan pembangunan
Ladang Rakyat itu akan dapat menandingi kejayaan tanah rancangan FELDA,
ternyata hanyalah omong kosong pemimpin PAS sahaja.
Itupun pemimpin PAS masih
mahu tunjuk lagak konon mahu membela nasib peneroka FELDA sedangkan sejak
sekian lama peneroka FELDA memang sudah terbela hasil usaha Kerajaan Barisan
Nasional.
Patutnya pemimpin PAS perlu
berani membela nasib rakyat Kelantan terutama penduduk di Selatan Kelantan yang
sudah bertahun-tahun tertindas dek kerana kegagalan Ladang Rakyat yang
diluluskan oleh MB dan Exconya.
Pilihanraya Umum Ke 13 (PRU
13) kelak, usahlah PAS berharap untuk kekal di Kelantan, majoriti rakyat sudah
muak dan mual dengan sikap hipokrit dan kuat mentekederah harta benda negeri
oleh pemimpin PAS.
PRK DUN Galas tahun 2010
dulu hanyalah tanda awal bahawa kebangkitan rakyat Kelantan bermula dari
Selatan kemudian bergabung bersama kekuatan rakyat di pusat bandar untuk
sama-sama menumbangkan rejim pemerintahan diktator Nik Aziz Mulut Berus dan
gerombolan PAS Kelantan.
PAS pasti tersungkur
menyembah bumi sama seperti pokok balak yang jatuh menghempap tanah selepas
digergaji dan ditarah sesuka hati. (pisau.net)
No comments:
Post a Comment