Monday, 22 October 2012

'RAJA KATAK' BIJAK BOHONGI RAKYAT






PENGARUH.....John Teo bersama Isnin serta pemimpin Umno Bahagian Beaufort dan pemimpin masyakat dalam majlis itu. Pemimpin yang dilabelkan sebagai katak berusaha pengaruhi rakyat dengan menghentam balik kerajaan.

Oleh : KREW SABAHKINI.NET

WAKIL Rakyat Kuala Penyu, John Teo Mau Sing menjelaskan kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak sesekali menabur janji-janji kosong kepada rakyat yang tidak mampu untuk ditunaikan.

Katanya, kerajaan biasa menunaikan janji-janjinya sesuai dengan slogan ‘Janji Ditepati’.

“Kita tidak sesekali meniru budaya pembangkang yang sanggup menipu rakyat dengan janji terang bulan seperti menanam tebu di tepi bibir sedangkan mereka sendiri sedar bahawa janji mereka adalah mustahil untuk ditunaikan," katanya semasa berucap di majlis santai Pemimpin Bersama Rakyat di Kg Menumpang, di sini.

“Sifat mereka (pembangkang) yang hanya mengkhayalkan rakyat dengan dakyah yang banyak macam amat dikesali. Mereka hanya pandai menuding jari kepada kerajaan BN hari ini; sedangkan setiap isu yang mereka timbulkan merupakan kegagalan yang mereka tinggalkan sebelum berhijrah menyertai pembangkang,” katanya lagi.

Beliau berkata, oleh kerana itu, rakyat harus berhati-hati dengan pemimpin seperti ini kerana bila-bila sahaja mereka boleh menyalahkan sesiapa termasuk rakyat yang mereka sokongan kepada mereka semasa pilihan raya.

Tambahnya, pemimpin yang tidak bertanggungjawab ini dulu bukan main lagi memuji kerajaan tetapi bila tidak lagi dalam kerajaan, mereka akan memburuk-burukkan kerajaan kerana ingin memancing rakyat untuk terus menyokong mereka.

“Mereka sangat bijak 'menipu' rakyat dengan memberi alasan konon untuk memperjuangkan nasib rakyat sedangkan mereka sebenarnya mempunyai masalah sendiri yang tidak perlukan lagi,” katanya.

Majlis itu dihadiri Pemangku Ketua Bahagian Umno Beaufort, Isnin Aliasnih, Setiausaha Umno bahagian, Jali Nordin, ketua pergerakan pemuda bahagian, Hj. Mohd Ishak Ibrahim, Ketua Daerah Beaufort, Wong @ Rodhzan Samie serta pemimpin-pemimpin masyarakat setempat.

No comments:

Post a Comment