Sunday, 7 October 2012

PENDUDUK DISARAN BIJAK TENTUKAN MASA DEPAN





TANGKI.....Penduduk Kg Kekuro dan Layong Beaufor yang berterima kasih kepada kerajaan atas bantuan tangki 1 Malaysia merakamkan gambar kenangan bersama Azizah.

BEAUFORT: Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Azizah Mohd Dun mengingatkan penduduk di sini agar bijak menentukan masa depan mereka dengan memilih kerajaan yang yang mampu menjaga kepentingan rakyat.

Beliau berakata, sekiranya penduduk tersilap langkah memilih kerajaan akibatnya ditanggung oleh rakyat sendiri.

“Sebagai rakyat kita mesti bijak dan matang untuk menentukan kerajaan. Selama ini negara kita telah ditadbir oleh Barisan Nasional dan kita telah banyak menikmati pembangunan yang dilaksanakan kerajaan BN.

“Justeru itu kita mesti pertahankan kerajaan yang ada sekarang ini. Sekiranya kita silap kita akan kehilangan sesuatu yang bernilai yang telah kita nikmati selama ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pembahagian tangki 1 Malaysia kepada 56 penduduk Kg Kekuro dan Kg Layong di sini kelmarin.

Pada majlis itu juga Pengerusi Jawatankuasa Surau Kg Layong dan Kekuro menerima sumbangan 50 kerusi plastik untuk kegunaan jemaah.

Azizah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Klias meminta penduduk di sini bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan yang sentiasa menjaga kepentingan rakyat secara meneyeluruh.

“Kita mesti bersyukur dan berterima kasih kepada BN yang sentiasa menjaga kepentingan penduduk. Tunjukkanlah tanda terima kasih kita dengan terus memberi sokongan kepada BN sebagai memberi mandat kepada BN untuk meneruskan agenda pembangunan negara,” katanya.


No comments:

Post a Comment