Oleh : ZULAIKHA ZULKIFLI
PERSATUAN Pengguna Islam
Malaysia (PPIM) menamakan rangkaian kedai kopi Starbucks sebagai calon untuk
Anugerah Organisasi Tiada Kemanusiaan (OXK) – yang didakwa bertujuan untuk
mempertahankan hak pengguna.
Ketua aktivis PPIM, Datuk
Nadzim Johan berkata, kedai kopi itu dicalonkan bagi anugerah berkenaan atas
dakwaannya bahawa sebahagian wang mereka diperuntukkan kepada Yahudi.
"Starbucks
memperuntukan sebahagian keuntungan kepada rejim Yahudi sebagai sokongan mereka
kepada perjuangan Yahudi. Yahudi juga bersubahat lakukan kezaliman.
"Mereka (Yahudi) membunuh
bukan sahaja orang Islam tetapi kanak-kanak juga. Sebab itu kita letak mereka
di bawah anugerah tiada kemanusiaan," katanya pada sidang media di ibu
negara semalam.
Nadzim juga berkata, mereka
menamakan organisasi tersebut berdasarkan aduan yang diterima sebelum ini.
Malaysiakini telah
menghubungi Starbucks Corporation melalui alamat emel yang diperolehi melalui
laman starbucks.com.my bagi mendapatkan reaksi berhubung dakwaan berkenaan
serta pencalonan untuk anugerah tersebut.
Tiada maklum balas diberikan
setakat ini.
Selain anugerah OXK, PPIM
semalam turut melancarkan Anugerah Organisasi Tidak Prihatin (OXP) bagi kempen
ke atas organisasi yang didakwa menindas serta mendiskriminasi pengguna.
Bagi calon anugerah OXP,
PPIM menamakan pasaraya Giant, pasaraya The Store, organisasi kewangan Bank
Rakyat, firma Malaysian Building Society Berhad (MBSB), penyedia perkhidmatan
televisyen berbayar Astro dan agensi tiket, Ticket Charge.
Bagaimanapun, organisasi
yang dinamakan PPIM sebagai calon untuk Anugerah Organisasi Tidak Prihatin
(OXP) melahirkan rasa "kurang senang" kerana dibariskan dalam senarai
tersebut.
The Store misalnya berkata
perkara dibangkitkan itu sebagai "kesilapan teknikal" cawangan
pasarayanya sementara Giant pula berkata belum maklum berhubung perkara
tersebut.
Malaysiakini masih cuba
mendapatkan reaksi daripada syarikat lain yang dinamakan PPIM.
No comments:
Post a Comment