Oleh : ZUL RAWI
PENULIS sebelum ini pernah
mendedahkan mengenai ketelanjuran pakatan pembangkang yang menggunakan isu
‘pengundi hantu’ untuk menafikan kemenangan Barisan Nasional/UMNO dalam
pilihanraya umum yang lalu.
Ekoran terlalu ghairah untuk
mempengaruhi minda masyarakat kononnya wujud penipuan dalam proses pilihanraya,
mereka akhirnya tanpa disedari turut menuduh penyokong sendiri sebagai Bangla.
Alasan yang digunakan, muka mereka mirip pekerja Bangla, Nepal, Indon dan
sebagainya. Menarik bukan!
Terbaru ahli parlimen DAP,
Dr Ong Kian Ming yang mewakili kawasan Serdang terpaksa melutut membuat
permohonan maaf secara terbuka berhubung dakwaan ‘pengundi hantu’ yang dilemparkan
sebelum ini. Mangsa yang dikenali sebagai Chua Lai Fat, merupakan pengundi kali
pertama telah dijadikan sebagai modal kempen Kian Ming bagi menipu rakyat.
Lai Fat dituduh sebagai
pengundi hantu hanya kerana wajah Indianya, yang dilihat tidak selari dengan
nama Cina yang digunakan seperti yang tertera di kad pengenalannya. Sedangkan
secara faktanya beliau memang berketurunan India namun telah dijadikan sebagai
anak angkat sebuah keluarga Cina di Klang. Nama yang digunakan adalah merupakan
nama yang diberikan oleh keluarga angkatnya.
Dr Ong melalui akhbar Cina
baru-baru ini telah memohon maaf atas kesilapannya menuduh Lai Fat sebagai
pendatang asing yang mengundi pada PRU-13.
“Saya akhirnya dapat
mengenal pasti mengapa Chua mempunyai nama Cina. Saya mohon maaf sangat. Saya
juga mohon maaf kepada Chua dan ahli keluarganya,” kata wakil DAP itu yang
turut memanjangkan permohonan maaf kepada pengundi dan keluarga mangsa.
Mudah bukan! Setelah mereka
puas menggunakan isu tersebut untuk menipu rakyat dan memalukan mangsa dengan
pelbagai tuduhan fitnah, ia dianggap selesai dengan sepotong ayat maaf.
Isu ini bukanlah merupakan
isu yang baru. Malah setiap kali menjelang pilihan raya umum atau pilihan raya
kecil, pakatan pembangkang akan sering membangkitkan isu tersebut yang kononnya
akan mengundi untuk BN/Umno.
Malah Anwar Ibrahim sebelum
ini juga, berulang kali menuduh kononnya kemenangan pembangkang telah ‘diragut’
oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana menggunakan warga asing sebagai
pengundi.
Ketua pembangkang itu,
melalui kempen jelajah ‘Kemerahan Rakyat’ sering berkata, penipuan tersebut
terbukti dengan kehadiran warga ‘Bangla’ di pusat-pusat mengundi pada PRU-13.
Yang pelik dan anehnya, isu
pengundi hantu ini segera lenyap apabila pembangkang kekal memerintah Selangor,
Pulau Pinang dan Kelantan.
Kenapa dakwaan terbabit
seolah-olah berhenti apabila menang di 3 negeri? Jelas, segala dakwaan pengundi
hantu adalah merupakan helah politik dan sandiwara mereka yang langsung tidak
berpijak kepada fakta.
Impian untuk menjadi perdana
menteri, seperti menghantui diri Anwar yang sehingga kini masih enggan menerima
keputusan majoriti rakyat yang menolaknya.
Rakyat sewajarnya bangkit
beramai-ramai untuk menyatakan ketegasan supaya pakatan pembangkang khususnya
‘Bapa Sandiwara Negara’ Anwar Ibrahim akur untuk menerima dan menghormati
proses demokrasi seperti termaktub di dalam Perlembagaan Negara.
Cukup-cukuplah berpolitik,
rakyat mahukan pemimpin menumpukan kepada usaha memajukan negara. Janganlah
diheret pelbagai pihak untuk memenuhi nafsu politik sempit Anwar untuk menjadi
Perdana Menteri. Rakyat sudah memilih, maka tibalah masa wakil rakyat yang
menang untuk bekerja.
Sebenarnya tidak wujud
pengundi hantu, yang wujud hanyalah pemimpin hantu, Pemimpin hantu ini setiap
hari menghasut rakyat kononnya pilihan raya tidak adil biar pun satu demi satu
tuduhan dibuktikan palsu.
Penulis sebelum ini pernah mendedahkan mengenai ketelanjuran pakatan pembangkang yang menggunakan isu ‘pengundi hantu’ untuk menafikan kemenangan Barisan Nasional/Umno dalam pilihanraya umum yang lalu.
ReplyDeleteEkoran terlalu ghairah untuk mempengaruhi minda masyarakat kononnya wujud penipuan dalam proses pilihanraya, mereka akhirnya tanpa disedari turut menuduh penyokong sendiri sebagai Bangla. Alasan yang digunakan, muka mereka mirip pekerja Bangla, Nepal, Indon dan sebagainya. Menarik bukan!
ReplyDeleteTerbaru ahli parlimen DAP, Dr Ong Kian Ming yang mewakili kawasan Serdang terpaksa melutut membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung dakwaan ‘pengundi hantu’ yang dilemparkan sebelum ini. Mangsa yang dikenali sebagai Chua Lai Fat, merupakan pengundi kali pertama telah dijadikan sebagai modal kempen Kian Ming bagi menipu rakyat.
ReplyDeleteLai Fat dituduh sebagai pengundi hantu hanya kerana wajah Indianya, yang dilihat tidak selari dengan nama Cina yang digunakan seperti yang tertera di kad pengenalannya. Sedangkan secara faktanya beliau memang berketurunan India namun telah dijadikan sebagai anak angkat sebuah keluarga Cina di Klang. Nama yang digunakan adalah merupakan nama yang diberikan oleh keluarga angkatnya.
ReplyDeleteDr Ong melalui akhbar Cina baru-baru ini telah memohon maaf atas kesilapannya menuduh Lai Fat sebagai pendatang asing yang mengundi pada PRU-13. “Saya akhirnya dapat mengenal pasti mengapa Chua mempunyai nama Cina. Saya mohon maaf sangat. Saya juga mohon maaf kepada Chua dan ahli keluarganya,” kata wakil DAP itu yang turut memanjangkan permohonan maaf kepada pengundi dan keluarga mangsa.
ReplyDeleteMudah bukan!!! Setelah mereka puas menggunakan isu tersebut untuk menipu rakyat dan memalukan mangsa dengan pelbagai tuduhan fitnah, ia dianggap selesai dengan sepotong ayat maaf.
ReplyDeleteIsu ini bukanlah merupakan isu yang baru. Malah setiap kali menjelang pilihan raya umum atau pilihan raya kecil, pakatan pembangkang akan sering membangkitkan isu tersebut yang kononnya akan mengundi untuk BN/Umno.
ReplyDeleteMalah Anwar Ibrahim sebelum ini juga, berulang kali menuduh kononnya kemenangan pembangkang telah ‘diragut’ oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana menggunakan warga asing sebagai pengundi. Ketua pembangkang itu, melalui kempen jelajah ‘Kemerahan Rakyat’ sering berkata, penipuan tersebut terbukti dengan kehadiran warga ‘Bangla’ di pusat-pusat mengundi pada PRU-13.
ReplyDeleteYang pelik dan anehnya, isu pengundi hantu ini segera lenyap apabila pembangkang kekal memerintah Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan. Kenapa dakwaan terbabit seolah-olah berhenti apabila menang di 3 negeri? Jelas, segala dakwaan pengundi hantu adalah merupakan helah politik dan sandiwara mereka yang langsung tidak berpijak kepada fakta.
ReplyDeleteImpian untuk menjadi perdana menteri, seperti menghantui diri Anwar yang sehingga kini masih enggan menerima keputusan majoriti rakyat yang menolaknya. Rakyat sewajarnya bangkit beramai-ramai untuk menyatakan ketegasan supaya pakatan pembangkang khususnya ‘Bapa Sandiwara Negara’ Anwar Ibrahim akur untuk menerima dan menghormati proses demokrasi seperti termaktub di dalam Perlembagaan Negara.
ReplyDeleteCukup-cukuplah berpolitik, rakyat mahukan pemimpin menumpukan kepada usaha memajukan negara. Janganlah diheret pelbagai pihak untuk memenuhi nafsu politik sempit Anwar untuk menjadi Perdana Menteri. Rakyat sudah memilih, maka tibalah masa wakil rakyat yang menang untuk bekerja.
ReplyDeletePengundi Hantu hanya sandiwara Anwar Ibrahim, Rafizi Ramli dan pemimpin-pemimpin Pakatan Haram yang lain untuk menggulingkan kerajaan BN
ReplyDeleteAgenda merampas negara melalui himpunan haram sedang berlangsung. DAP, PKR dan PAS sudah nekad mahu memerintah Malaysia melalui apa cara sekalipun. Agenda disusun rapi oleh DAP, pelakon utamanya Anwar Ibrahim yang akan mengetuai siri himpunan kera dalam jagaan dengan pelakon pembantu Karpal Singh dan Haji Hadi yang berpura-pura tidak menyokong tindakan Anwar Ibrahim.
Pengundi Hantu hanya sandiwara Anwar Ibrahim, Rafizi Ramli dan pemimpin-pemimpin Pakatan Haram yang lain untuk menggulingkan kerajaan BN
ReplyDeleteSebelum pilihanraya Umum ke 13 bermula mereka telah menyerang Suruhanjaya Pilihanraya tanpa henti. Maka pelakon-pelakon tambahan telah diletakkan dibeberapa kawasan untuk berlakon bagi menganiaya SPR. Pada masa yang sama agen-agen pakatan haram telah menyusup ke dalam SPR bagi memastikan mereka dapat memanipulasikan SPR sepenuhnya.
Pengundi Hantu hanya sandiwara Anwar Ibrahim, Rafizi Ramli dan pemimpin-pemimpin Pakatan Haram yang lain untuk menggulingkan kerajaan BN
ReplyDeletePenyokong kuat Rafizi sendiri mengakui bahawa Rafizi memang bijak memutarbelikan fakta demi kepentingan pakatan haram.Bersandarkan fakta-fakta yang disediakan oleh pelakon-pelakon upahan mereka maka Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli telah mencabar Khairy Jamaluddin supaya menangkis kewujudan pengundi hantu di Parlimen Rembau semasa Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) baru-baru ini sedangkan mereka telah memasang perangkap untuk menganiaya Khairy.
Pengundi Hantu hanya sandiwara Anwar Ibrahim, Rafizi Ramli dan pemimpin-pemimpin Pakatan Haram yang lain untuk menggulingkan kerajaan BN
ReplyDeleteKononnya cabaran itu dibuat selepas pihaknya menerima aduan daripada lapan pengundi yang tampil dengan laporan polis yang dibuat kerana mereka dihalang daripada membuang undi apabila orang lain telah mengundi menggunakan nama mereka.
Pengundi Hantu hanya sandiwara Anwar Ibrahim, Rafizi Ramli dan pemimpin-pemimpin Pakatan Haram yang lain untuk menggulingkan kerajaan BN
ReplyDeleteKenapa Rafizi tidak mendapatkan keadilan bagi mangsa sebenar yang telah dianiaya dengan kejam oleh pakatan haram. Mangsa telah dipukul dan dinafikan hak beliau untuk mengundi dengan begitu kasar dan hina. Ini kejadian sebenar bukan lakonan wahai En Rafizi. Kami sudah muak dengan lakonan jijik puak pakatan haram yang cuba mencipta kekecohan dan huru-hara dalam keamanan pemerintahan Barisan Nasional.
Pengundi Hantu hanya sandiwara Anwar Ibrahim, Rafizi Ramli dan pemimpin-pemimpin Pakatan Haram yang lain untuk menggulingkan kerajaan BN
ReplyDeletePenulis ingin mengimbas kembali peristiwa yang cukup tragis dan menyayat hati ini. Apakah perasaan anda sekiranya ianya terjadi pada diri kita. Dengan biadap pakatan haram telah menyerang pengundi warganegara Malaysia tulen yang berwajah ala mamak. “Hey, sini ada satu lagi pengundi hantu. Ini Bangla,” suara dari satu kumpulan yang menerjah ke arah Tajudeen Anvar Batcha, 50, 5 Mei lalu apabila dia dikatakan pemilik MyKad palsu.
Pengundi Hantu hanya sandiwara Anwar Ibrahim, Rafizi Ramli dan pemimpin-pemimpin Pakatan Haram yang lain untuk menggulingkan kerajaan BN
ReplyDeleteTajudeen, kelahiran Taiping, Perak, berang apabila dituduh sebagai warga asing. Paling menyedihkan apabila dia turut dipukul dan ditendang kumpulan yang memakai baju kemeja-t berwarna kuning. “Saya bukan Bangla, Saya orang Malaysia. Saya ada MyKad sah dan saya ada hak mengundi,” balas Tajudeen namun tiada reaksi positif daripada kumpulan itu.
Pengundi Hantu hanya sandiwara Anwar Ibrahim, Rafizi Ramli dan pemimpin-pemimpin Pakatan Haram yang lain untuk menggulingkan kerajaan BN
ReplyDeleteDalam kejadian sama, seorang lagi berketurunan India-Muslim menerima nasib yang sama. Niaz Ahmad Mohd Zubir, 35, turut dikecam gara-gara wajahnya dikatakan seperti ‘Mat Bangla’. Kejadian yang berlaku sekitar 10 pagi di di Sekolah rendah Jenis Kebangsaan (C) San Yuk, Rawang apabila kumpulan yang sama turut menghalau Niaz daripada mengundi.
Pengundi Hantu hanya sandiwara Anwar Ibrahim, Rafizi Ramli dan pemimpin-pemimpin Pakatan Haram yang lain untuk menggulingkan kerajaan BN
ReplyDeleteAdiknya, Nisar Ahmad Mohd Zubir, 28, berkata, abangnya dikepung sebelum dapat meloloskan diri. “Ketika itu, abang saya sedang beratur untuk menyemak kawasan mengundi. Pada masa itulah, kumpulan yang memakai baju Selangorku datang dan mengherdik abang saya. “Mereka meminta MyKad, tetapi abang saya enggan memberikannya. Abang saya juga dipaksa meninggalkan kawasan itu, tetapi abang saya berjaya juga mengundi,” katanya.
Pengundi Hantu hanya sandiwara Anwar Ibrahim, Rafizi Ramli dan pemimpin-pemimpin Pakatan Haram yang lain untuk menggulingkan kerajaan BN
ReplyDeletePenulis sebenarnya tertanya-tanya mengapa mereka amat benci kepada mereka yang berwajah ala-ala mamak. Adakah naluri mereka yang begitu angkuh kerana berkulit cerah maka mereka memandang hina terhadap mereka yang berkulit gelap? Patutlah masyarakat India di Kampung Buah Pala adalah antara mereka yang pertama dianiaya apabila Guan Eng memerintah Pulau Pinang.
Seorang kakitangan Indah Water Konsortium (IWK), Raja Mohd Nazrul Azwqan Raja Zaini, 27, akan mengambil tindakan undang-undang terhadap sebuah laman web pro pembangkang kerana menyiarkan gambarnya dalam laman web itu dengan gelaran `pengundi hantu’.
ReplyDeleteRaja Mohd Nazrul berkata, beliau merasa sungguh kecewa kerana gambarnya termasuk di dalam tajuk `pengundi hantu yang berjaya ditangkap di beberapa lokasi’ disiarkan dalam laman web Wowberita bertarikh 5 Mei 2013 dalam suasana ketika rakyat Malaysia sedang sibuk membuang undi Pilihan Raya Umum Ke-13.
ReplyDeleteKatanya, akibat sebaran gambar di dalam dalam laman web itu, dia sering dipandang serong dan dihina oleh masyarakat kerana disangkakan rakyat Bangladesh.
ReplyDelete"Saya tidak akan berdiam diri dan akan menggambil tindakan undang-undang terhadap laman web pro pembangkang ini kerana melebel saya sebagai pengundi hantu hanya semata-mata kepentingan politik mereka,’’ katanya.
Menurut Raja Mohd Nazrul, beliau tampil membuat kenyataan ini kerana mahu membersihkan namanya gara-gara permainan politik kotor pembangkang.
ReplyDelete"Saya menyerahkan kes ini kepada Biro Undang-Undang Parti Gerakan dan BN Perak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap laman web terbabit yang saya anggap telah memusnahkan masa depan saya,’’ katanya.
Raja Mohd Nazrul seterusnya menceritakan, pada 5 Mei semasa dia bersama abangnya Raja Mohd Zairul Azhar Raja Zaini telah hadir untuk membuang undi di Sekolah Menengah Raja Chulan Ampang pada jam 11 pagi dan ketika sedang beratur, dua lelaki Cina, seorang memakai baju merah dan putih dengan tag tertulis Agen menghampirinya sambil meminta kad pengenalan tetapi beliau tidak melayan permintaan mereka.
ReplyDelete"Ketika menghampiri pintu giliran, tiba-tiba lelaki Cina yang memakai baju putih menarik baju saya dan saya berjaya menepisnya.
ReplyDelete"Apabila kami tidak melayan mereka, kedua lelaki berkenaan bersama jurugambar telah merakamkan gambar kami,’’ katanya.
Katanya, setelah selesai membuang undi dan ketika hendak pulang ke rumah dengan menunggang motosikal, mereka diekori oleh sekumpulan lelaki yang menaiki kenderaan jenis Toyota Vios warna Perak.
ReplyDeleteBeliau dan abangnnya kemudian menuju ke Pekan Razaki sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Gunung Rapat berhubung kejadian itu.
Sementara itu Ong Teng Boon berkata, pihaknya memberikan tempoh 48 jam dari hari ini kepada pihak laman web pro pembangkang itu supaya memohon maaf dan mengeluarkan gambar Raja Mohd Nazrul yang kini masih terdapat didalam laman web itu.
ReplyDeleteBeliau juga meminta mana-mana individu yang merasa teraniaya gara-gara politik kotor pembangkang, dapat tampil untuk bersama-sama mengambil tindakan yang sewajarnya.
ISU pengundi hantu dari Bangladesh masih hangat diperkatakan tidak kira
ReplyDeletedi warung kopi atau di laman media sosial, meskipun Pilihan Raya Umum
ke-13 (PRU-13) di Malaysia telah berakhir dua minggu lalu.
Malah isu tersebut dipergunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab
ReplyDeletetermasuk penyokong parti pembangkang dengan menyebarkan berita palsu di
dalam media sosial Facebook dan Twitter secara luas mendakwa kerajaan
Malaysia 'mengimport' kira-kira 40,000 rakyat negara itu untuk menjadi
pengundi di negara ini.
perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina turut menjadi mangsa 'politik
ReplyDeletekotor' pihak pembangkang apabila dengan mendakwa jika pemimpin itu
dipaksa letak jawatan sekalipun, beliau masih boleh berhijrah ke
Malaysia dan mudah mendapat kerakyatan Malaysia.
Tohmahan pembangkang itu telah mencetuskan kemarahan Pesuruhjaya Tinggi
ReplyDeleteBangladesh ke Malaysia, A.K.M. Atiqur Rahman yang menyifatkan tuduhan
pembangkang itu sebagai tidak berasas dan hanya dibuat oleh golongan
yang tidak berakal.
Beliau berkata, adalah mustahil untuk kerajaan Malaysia membawa masuk
ReplyDeleteseramai 40,000 rakyat Bangladesh yang didakwa menjadi pengundi hantu di
negara ini dalam tempoh yang singkat.
Purata kapasiti pesawat komersial hanya boleh membawa kira-kira 400
ReplyDeletepenumpang dan memerlukan 1,000 pesawat untuk membawa kesemua 40,000
rakyat Bangladesh itu seperti yang didakwa ke Malaysia."
pihak yang membuat tuduhan tersebut adalah 'gila' dan menggunakan hak
ReplyDeletebersuara mereka dengan cara yang salah serta tidak profesional,"
jelasnya.Jelas Atiqur, hanya beberapa ratus sahaja rakyat Malaysia
berketurunan Bangladesh mempunyai taraf kerakyatan di Malaysia kerana
mereka merupakan penduduk yang telah menetap di negara ini sejak sebelum
merdeka lagi.
Maka, tidak menjadi kesalahan jika mereka menjalankan hak sebagai rakyat
ReplyDeletenegara ini untuk keluar mengundi pada pilihan raya di negara ini.
Isu
ReplyDeletepengundi hantu dari Bangladesh sebenarnya telah dimulakan sejak beberapa
tahun lalu lagi oleh kumpulan media sosial yang dipercayai diupah untuk
menyebarkan fitnah.
Kumpulan yang tidak bertanggungjawab itu sanggup
ReplyDeletemembuat fitnah dengan menyebarkan video tentang penangkapan pengundi
hantu dari Bangladesh, kenyataan Hasina yang diubahsuai dan mendakwa
sebuah syarikat penerbangan Malaysia bersekongkol dengan kerajaan
Malaysia untuk membawa pengundi hantu dari negara tersebut.
Lebih
ReplyDeletememalukan, ramai pengguna laman sosial terutamanya orang Melayu, mudah
terpedaya dan secara sesuka hati menyebarkan berita palsu tersebut tanpa
memeriksa kesahihannya.
Apa yang menghairankan, sehingga hari ini, masih tiada kes melibatkan
ReplyDeletepengundi hantu dari Bangladesh difailkan di mahkamah untuk membuktikan
dakwaan kumpulan pembangkang itu.
Malah jika benar ada rakyat Bangladesh yang terlibat dalam proses
ReplyDeletepengundian PRU-13, mengapa mereka tidak dibawa ke balai polis dan
ditahan untuk siasatan lanjut?
Tindakan penyokong pembangkang menjadi
ReplyDelete'polis' pada hari pengundian menangkap dan memukul rakyat Bangladesh,
ternyata memakan diri apabila pembohongan mereka didedahkan oleh
segelintir rakyat tempatan berbangsa India dan keturunan India Muslim
yang seakan-akan serupa dengan rakyat Bangladesh dan dihalang mengundi
gara-gara isu pengundi hantu.