KUALA LUMPUR : Tiga pemimpin
pembangkang yang didakwa terlibat dalam insiden pencerobohan bersenjata di
Lahad Datu, Sabah tidak akan didedahkan untuk mengelakkan prasangka atau
prejudis apabila kes itu dibawa ke mahkamah, kata Menteri Dalam Negeri Datuk
Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Katanya, semua dokumen dan
maklumat terperinci yang telah diperoleh akan diserahkan kepada Pejabat Peguam
Negara untuk mengambil tindakan terhadap individu terbabit.
"Semua dokumen dan
maklumat terperinci telah diperoleh dan penelitian dari segi undang-undang
untuk kuatkan hujah di mahkamah sedang diteliti... kami iaitu Polis DiRaja
Malaysia dan Kementerian Pertahanan akan adakan mesyuarat dengan pihak peguam
negara untuk serahkan dokumen tersebut untuk tindakan selanjutnya.
"Saya tidak berhajat
untuk menamakan individu terlibat iaitu dua dari semenanjung dan seorang dari
Sabah sebab saya tidak mahu berlakunya satu keadaan prasangka atau prejudis
bila kes ini dibawa ke mahkamah," katanya pada sidang media selepas
melakukan lawatan kerja pertama ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini, Isnin.
Turut hadir, Timbalan
Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Ketua Setiausaha
Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi dan Ketua Polis
Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Beliau mengulas kenyataan
Bekas Ketua Menteri Sabah Yong Teck Lee semalam, yang mendesak agar tiga
pemimpin pembangkang yang didakwa terlibat dalam insiden pencerobohan di Lahad
Datu, didedahkan.
Sebelum ini, Ahmad Zahid
ketika menjadi Menteri Pertahanan berkata kementeriannya telah mengenal pasti
tiga pemimpin pembangkang yang menjadi dalang kepada insiden pencerobohan
kumpulan bersenjata di Lahad Datu, Sabah.
Ahmad Zahid juga sebelum ini
dipetik sebagai berkata, masa yang terbaik untuk mendedahkan dalang tersebut adalah
selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU13) kerana jika pendedahan dibuat sebelum
PRU13, ia seolah-olah mempunyai tujuan politik. (Bernama)
Anwar semakin pening kepala apabila Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi semalam berkata semua dokumen dan maklumat terperinci yang telah diperoleh akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk mengambil tindakan terhadap individu terbabit.
ReplyDeleteKami menantikan perkembangan selanjutnya.
DeletePepatah Melayu ada menyatakan ‘Siapa makan cili, dia yang rasa pedas’. Pepatah ini sangat bertepatan dengan Anwar kerana beliau sudah dapat merasakan dirinya akan sekali lagi dihumban ke dalam penjara walaupun Zahid hanya memberitahu tiga pemimpin pembangkang yang didakwa terlibat dalam insiden pencerobohan bersenjata di Lahad Datu, Sabah tidak akan didedahkan untuk mengelakkan prasangka atau prejudis apabila kes itu dibawa ke mahkamah.
ReplyDeleteApa yang lebih menarik, maklumat terperinci itu bukan sahaja datang dari pihak polis, malah pihak tentera juga terlibat dalam mengumpulkan segala bukti-bukti yang ada.
ReplyDeleteSemoga bukti yang diserahkan adalah benar dan bukannya manipulasi untuk menjatuhkan pihak lain.
DeleteRakyat menantikan kebenaran kes lahat datu.
DeleteBerdasarkan laporan tersebut, polis dan tentera akan meneliti dari segi undang-undang untuk kuatkan hujah di mahkamah. Polis, tentera dan peguam negara akan duduk bermesyuarat untuk serahkan dokumen tersebut untuk tindakan selanjutnya.
ReplyDeleteBagus juga dalang pencerobohan dapat dikenakan hukuman.
DeleteJangan lepaskan mana-mana peluang yang boleh membawa golongan yang salah ke mahkamah.
DeleteRakyat Malaysia nampaknya sudah tidak sabar lagi untuk mengetahui siapakah dua orang dari semenanjung dan seorang dari Sabah yang telah menjadi pengkhianat kepada negara.
ReplyDeleteSemoga yang ditangkap adalah orang yang betul.
DeleteBukan sahaja rakyat, tetapi pemimpin pembangkang iaitu bekas Ketua Menteri Sabah, Yong Teck Lee semalam turut mendesak agar tiga pemimpin pembangkang yang didakwa terlibat dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu, didedahkan.
ReplyDeleteMemandang pilihan raya umum telah berakhir dengan jayanya, adalah amat tepat dan masa yang terbaik untuk mendedahkan dalang tersebut kerana jika pendedahan dibuat sebelum PRU13, ia seolah-olah mempunyai tujuan politik.
ReplyDeleteSelepas dibebaskan dari penjara, Anwar sepatutnya menjadi seorang Muslim yang baik dan berguna untuk masyarakat Islam di negara ini dan berhenti daripada menjadi seorang pengkhianat yang melampaui batas.
ReplyDeleteRamai juga sokong anwar di PRU13.
DeleteAnwar sepatutnya bermuhasabah diri dengan apa yang telah beliau lakukan selama ini dan bukannya menjadi pengkhianat bertindak menghasut rakyat serta menyalahkan pihak lain di atas kejahilan diri sendiri. Anwar harus kembali ke pangkal jalan, bermuhasabah diri dan memperbaiki diri untuk menjadi seorang Muslim yang baik dan bermanfaat kepada ummah.
ReplyDeleteAnwar perlu sedar, sudah ramai rakan-rakannya yang ikhlas dalam perjuangan, yang dulunya sanggup berkorban apa saja untuk beliau, kini seorang demi seorang telah meninggalkan beliau. Apakah rakan-rakan yang meninggalkan Anwar itu salah semuanya dan Anwar saja yang betul?
ReplyDeleteSudah tentu ada sebab musabab yang menyebabkan mereka meninggalkan perjuangan Anwar walaupun sudah ada yang berpuluh tahun bersama dengan beliau. Anwar perlu sedar hakikat ini dan rakyat juga perlu melihat perkara ini dengan fikiran yang terbuka dan belajar menerima hakikat.
ReplyDeleteKalau tidak didedah maka makin banyaklah spekulasi timbul nanti.
ReplyDeleteSemoga bukti yang kukuh dan sah dikemukakan.
DeleteAkhirnya ... ANWAR BERBOHONG ISU LAHAD DATU
ReplyDeleteKetua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan, hubungannya dengan mana-mana pemimpin termasuk bekas gabenor Mindanao, Nur Misuari adalah atas peranannya untuk membawa keamanan serantau.
Anwar mendedahkan, Dr Mahathir Mohamad sendiri mengarahkannya yang ketika itu sebagai Timbalan Perdana Menteri ke Manila untuk membantu menyegerakan proses damai antara kerajaan Filipina dengan Barisan Pembebasan Nasional Moro (MNLF).
“Saya sebagai Timbalan Perdana Menteri bawa rombongan dengan peniaga-peniaga untuk bantu, dengan persetujuan Presiden Filipina. Jadi, saya berkawan. Dr Mahathir, Perdana Menteri ketika itu jemput Nur Misuari ke Kuala Lumpur atas jemputan rasmi bagi taklimat EPU (Unit Perancangan Ekonomi).
“(Kita) bagi sokongan kepada masyarakat di selatan Filipina ketika itu untuk cari jalan damai, berbaik dengan Manila dan sebagainya,” kata Anwar pada ‘Himpunan Pakatan Harapan Rakyat – Demi Keselamatan, Keamanan & Kedaulatan Sabah’ di Kota Kinabalu semalam.
Justeru, Anwar menyelar tindakan Umno BN yang cuba mengaitkannya dengan pencerobohan di Lahad Datu, berbanding fakta sebenar peranannya mengusahakan jalan perdamaian.
“Yang masuk Perhimpunan Agung Umno itu keluarga Sultan Sulu. Dia tak pergi mesyuarat KEADILAN,” seloroh Anwar disambut tepukan dan ketawa hadirin.
Rakyat di ajak untuk meneliti, menganalisa dan membuat kesimpulan setiap bait perkataan ucapan Anwar Ibrahim di Kota Kinabalu pada 25 Mac 2013, yang dipetik dari media rasmi PKR ini.
ReplyDeleteAdakah rakyat sudah nampak betapa PEMBOHONGAN dan TERPERANGKAPnya Anwar Ibrahim dalam insiden dan tragedi berdarah di Lahad Datu yang telah mengorbankan nyawa anggota pasukan keselamatan negara.
Anwar mendedahkan, Dr Mahathir Mohamad sendiri mengarahkannya yang ketika itu sebagai Timbalan Perdana Menteri ke Manila untuk membantu menyegerakan proses damai antara kerajaan Filipina dengan Barisan Pembebasan Nasional Moro (MNLF). “Saya sebagai Timbalan Perdana Menteri bawa rombongan dengan peniaga-peniaga untuk bantu, dengan persetujuan Presiden Filipina. Jadi, saya berkawan. Dr Mahathir, Perdana Menteri ketika itu jemput Nur Misuari ke Kuala Lumpur atas jemputan rasmi bagi taklimat EPU (Unit Perancangan Ekonomi). - SUARA KEADILAN, 27 MAC 2013.
Rakyat perlu bertanya kepada Anwar Ibrahim, mengapa perlu beliau membangkitkan cerita sewaktu menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri.
ReplyDeleteAdakah insiden dan tragedi berdarah di Lahad Datu ini berlaku pada tahun 1998 atau pada tahun 2013 ?
Isu pokok di sini adalah penglibatan pembangkang dalam insiden dan tragedi berdarah di Lahad Datu pada tahun 2013.
Mengapa Anwar Ibrahim tidak menjawab isu pertemuan beliau dengan Nur Misuari sebanyak dua kali pada tahun 2012 ?
16 Julai 2012 - Anwar Ibrahim bertemu dengan Nur Misuari di Jakarta. Pertemuan berlangsung di hotel Crowne Plaza Jakarta.
ReplyDelete4 Ogos 2012 - Pertemuan kedua Anwar Ibrahim dengan Nur Misuari di Manila bagi memuktamadkan dan menandatangi perjanjian. Anwar Ibrahim menaiki pesawat MH 704 ke Manila.
Di hadapan rakyat Sabah di Kota Kinabalu, Anwar Ibrahim juga TIDAK BERANI dan GAGAL CEMERLANG untuk menjawab dan menafikan laporan-laporan yang dikeluarkan oleh media ini.
ReplyDeleteIni adalah persoalan paling pokok, dakwaan media penglibatan Anwar Ibrahim dan pembangkang sehingga tercetusnya tragedi berdarah di Lahad Datu. Anwar Ibrahim lari dari menjawab pertuduhan ini. Mengapa ?
Anwar juga masih terus-menerus lari dari menjawab isu pokok dan mula menuding jari dan meletakkan kesalahan terhadap UMNO.
Justeru, Anwar menyelar tindakan Umno BN yang cuba mengaitkannya dengan pencerobohan di Lahad Datu, berbanding fakta sebenar peranannya mengusahakan jalan perdamaian. “Yang masuk Perhimpunan Agung Umno itu keluarga Sultan Sulu. Dia tak pergi mesyuarat KEADILAN,” seloroh Anwar disambut tepukan dan ketawa hadirin. - SUARA KEADILAN, 27 MAC 2013.
TERPERANGKAP ...
ReplyDeleteAnwar Ibrahim sememangnya sudah TERPERANGKAP dengan mainan politik jijiknya. Bukti-bukti semakin nyata Anwar Ibrahim sememangnya terbabit dalam insiden dan tragedi berdarah di Lahad Datu.
Rakyat seharusnya sudah mengenali dan melihat siapa sebenarnya Anwar Ibrahim.
Rakyat berhak ketahui kebenaran.
ReplyDeleteKenapa pula segala sindiket dikaitkan Anwar.
ReplyDeleteIsu ini menyebabkan kematian, harus menjalankan siasatan yang wajar.
ReplyDeleteMantan Wakil Presiden bagi Republik Indonesia (RI), Jusuf Kalla melahirkan rasa kecewanya apabila Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim enggan menerima kekalahannya di dalam pilihraya umum-ke13 yang lalu. Tambah mengecewakan Jusuf yang juga merupakan sahabat karib Ketua Umum PKR itu, bilamana Anwar enggan melakukan perdamaian dengan Barisan Nasional (BN) selaku parti yang mendapat majoriti dan mandat rakyat.
ReplyDeletePerkara tersebut disuarakan oleh bekas Menteri Hukum dan Hak Asasi Manusia Indonesia, Hamid Awaluddin melalui kenyataan yang dikeluarkan pada Sabtu lalu melalui agensi berita Antaranews (RI).
ReplyDelete"Ya Tentu saja pak Jusuf Kalla kecewa tapi saya berusaha untuk cuba agar suasana seperti biasa kembali," katanya.
Menurut Hamid lagi, sebagai sahabat karib Anwar sebelum ini pernah berjanji dengan Jusuf untuk menerima dan mengawal pakatan pembangkang sekiranya kalah di dalam pilihan raya umum nanti.
ReplyDelete“Tetapi, hingga kini, demo demi demo protes dilancarkan di berbagai tempat. Anwar bersama pengikutnya mengesyaki (kononnya) adanya kecurangan, sesuatu yang harus dibuktikan secara undang-undang. "Namun, Anwar belum bergerak menempuh jalur itu," tambahnya lagi.
Hamid turut menegaskan semenjak dari awal lagi Anwar telah menanam persepsi ke dalam minda masyarakat bahawa pakatan akan menang dalam pilihanraya ini. Malah pelbagai slogan diguna pakai seperti #inikalilah, #ubah, #selamatkanmalaysia dan banyak lagi, bagi menanam persepsi ke dalam minda masyarakat.
ReplyDeleteSelain dari itu, Anwar turut menggunakan pelbagai isu khususnya yang membabitkan SPR seperti pengundi hantu dan sebagainya. Doktrin yang dilaungkan saban hari itu, semenjak beberapa tahun yang lalu akhirnya telah berjaya diresapkan ke hati masyarakat khususnya anak-anak muda.
ReplyDeleteMaka tidak hairanlah, apabila Anwar tidak berjaya membentuk kerajaan, isu tersebut dibangkitkan bagi menarik sokongan dan simpati rakyat untuk menolak keputusan pilihan raya ini. Lihat sahaja gerakan yang cuba disuburkan oleh anak muda dokongan Anwar seperti Adam Adli yang akhirnya meminta rakyat agar turun ke jalanraya untuk satu tujuan iaitu, menumbangkan kerajaan yang dipilih rakyat.
Hampir saban malam, Anwar melakukan program jelajah ke setiap pelosok tanah air untuk meminta agar rakyat bangkit menumbangkan kerajaan. Antara ayat yang sering digunakan ialah menolak keputusan pilihan raya dan kemenangan yang telah dicuri oleh kerajaan BN/Umno.
ReplyDeleteSedangkan secara rasionalnya, sekiranya benar kerajaan ingin melakukan penipuan, adalah mustahil pakatan berjaya membentuk kerajaan dengan majoriti 2 pertiga 3 di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan. Dengan kekuatan negeri paling kaya di Malaysia, kekalahan BN/Umno di Selangor boleh di umpamakan menyerahkan gedung duit kepada pembangkang.
ReplyDeleteSetiap perkara yang terjadi didalam Malaysia yang melibatkan Anwar Ibrahim,tidak kira isu apa pun yang boleh melibatkan kerajaan Malaysia, pasti Anwar Ibrahim akan meminta bantuan dari luar Negara. Termasuklah isu "Lahad Datu" yang masih dibawah kawalan pihak berkuasa negara.
ReplyDeleteUntuk tidak melihat isu tersebut keluar dari mulut Anwar Ibrahim,tidak menolak kemungkinan bahawa Anwar Ibrahim mempunyai hubungan sulit dengan pihak kesultanan sulu agar meminta kenyataan untuk melibatkan Amerika dikeluarkan oleh seorang waris Kesultanan Sulu, Santanina Rasul yang kononya akan mempertimbangkan penglibatan Amerika didalam kes tersebut.
ReplyDeleteTapi saban hari pemimpin PR pula cuba memprovokasi khalayak supaya bangkit mempertikaikan tindakan pihak berkuasa mendahulukan rundingan dengan kumpulan penceroboh itu, di masa yang sama PR cuba memperlekehkan keupayaan pasukan keselamatan negara dalam berdepan dengan isu sebegini.
ReplyDeleteTindakan yang tidak matang sedemikian tidak membantu mengendurkan suasana sebaliknya hasutan dan provokasi PR itu hanya menyebabkan jalan perundingan yang dirintis boleh hancur berkecai.
Umum tahu, PR gemar melihat kekecohan dan kalau boleh berlakunya pertumpahan darah di Lahad Datu di mana semua penceroboh yang mengaku sebagai tentera Kesultanan Sulu itu mati dibunuh. Bila itu berlaku mereka mengharapkan akan memperoleh keuntungan politik kepartian.
ReplyDeletePemimpin PR yang bertanggungjawab menabur janji kepada Sultan Sulu dan pengikutnya, PR pula yang mahu melihat pertumpahan darah berlaku.
Anwar semakin pening
ReplyDeletekepala apabila Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi semalam
berkata semua dokumen dan maklumat terperinci yang telah diperoleh akan
diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk mengambil tindakan
terhadap individu terbabit.
Pepatah Melayu ada
ReplyDeletemenyatakan ‘Siapa makan cili, dia yang rasa pedas’. Pepatah ini sangat
bertepatan dengan Anwar kerana beliau sudah dapat merasakan dirinya akan
sekali lagi dihumban ke dalam penjara walaupun Zahid hanya memberitahu
tiga pemimpin pembangkang yang didakwa terlibat dalam insiden
pencerobohan bersenjata di Lahad Datu, Sabah tidak akan didedahkan untuk
mengelakkan prasangka atau prejudis apabila kes itu dibawa ke mahkamah.
Apa yang lebih menarik,
ReplyDeletemaklumat terperinci itu bukan sahaja datang dari pihak polis, malah
pihak tentera juga terlibat dalam mengumpulkan segala bukti-bukti yang
ada. Berdasarkan laporan tersebut, polis dan tentera akan meneliti dari
segi undang-undang untuk kuatkan hujah di mahkamah. Polis, tentera dan
peguam negara akan duduk bermesyuarat untuk serahkan dokumen tersebut
untuk tindakan selanjutnya.
Rakyat Malaysia nampaknya
ReplyDeletesudah tidak sabar lagi untuk mengetahui siapakah dua orang dari
semenanjung dan seorang dari Sabah yang telah menjadi pengkhianat kepada
negara.
Bukan sahaja rakyat, tetapi pemimpin pembangkang iaitu bekas
ReplyDeleteKetua Menteri Sabah, Yong Teck Lee semalam turut mendesak agar tiga
pemimpin pembangkang yang didakwa terlibat dalam insiden pencerobohan di
Lahad Datu, didedahkan
Memandang pilihan raya
ReplyDeleteumum telah berakhir dengan jayanya, adalah amat tepat dan masa yang
terbaik untuk mendedahkan dalang tersebut kerana jika pendedahan dibuat
sebelum PRU13, ia seolah-olah mempunyai tujuan politik.
Selepas dibebaskan dari
ReplyDeletepenjara, Anwar sepatutnya menjadi seorang Muslim yang baik dan berguna
untuk masyarakat Islam di negara ini dan berhenti daripada menjadi
seorang pengkhianat yang melampaui batas.
Anwar sepatutnya
ReplyDeletebermuhasabah diri dengan apa yang telah beliau lakukan selama ini dan
bukannya menjadi pengkhianat bertindak menghasut rakyat serta
menyalahkan pihak lain di atas kejahilan diri sendiri.
Anwar harus
ReplyDeletekembali ke pangkal jalan, bermuhasabah diri dan memperbaiki diri untuk
menjadi seorang Muslim yang baik dan bermanfaat kepada ummah.
Anwar perlu sedar, sudah
ReplyDeleteramai rakan-rakannya yang ikhlas dalam perjuangan, yang dulunya sanggup
berkorban apa saja untuk beliau, kini seorang demi seorang telah
meninggalkan beliau. Apakah rakan-rakan yang meninggalkan Anwar itu
salah semuanya dan Anwar saja yang betul?
Sudah tentu ada sebab
ReplyDeletemusabab yang menyebabkan mereka meninggalkan perjuangan Anwar walaupun
sudah ada yang berpuluh tahun bersama dengan beliau.
Anwar perlu sedar
ReplyDeletehakikat ini dan rakyat juga perlu melihat perkara ini dengan fikiran
yang terbuka dan belajar menerima hakikat.