Oleh : CLARA CHOOI DAN MD
IZWAN
KUALA LUMPUR : Pilihan Raya
Umum 2013 adalah petanda Tun Dr Mahathir Mohamad sudah tidak lagi berpengaruh
dalam kuasa politik, analisis di mana dan bagaimana beliau berkempen adalah
merupakan petanda jelas.
Bekas perdana menteri itu
berkempen tidak henti-henti namun calon Barisan Nasional (BN) disokong atau
berkongsi cita-cita dengan beliau - seperti ahli politik kontroversi Zulkifli
Noordin dan Ibrahim Ali, kedua-dua tewas.
Di Kedah, walaupun anaknya
Datuk Mukhriz telah ditabal sebagai Menteri Besar sebaik sahaja - ahli politik
tempatan dan pemerhati telah menyatakan PAS telah disingkir adalah kerana
tadbir urus yang lemah oleh parti komponen Pakatan Rakyat (PR) tersebut.
Mahathir tidak memenangi
Kedah untuk BN tetapi sebaliknya adalah kerana PAS yang akan kehilangan negeri
tersebut, kata seorang pemimpin politik veteran Umno di negeri Kedah kepada The
Malaysian Insider.
Usaha Dr Mahathir untuk
mewujudkan pertarungan di Gelang antara Melayu dan Cina juga mengalami
kegagalan teruk.
Ramai penganalisis dan ahli
politik BN berkata langkah beliau memainkan isu perkauman sepanjang kempen
Pilihan Raya 2013 juga menyebabkan sokongan kepadanya semakin menurun.
"Beliau masih mempunyai
penyokong khususnya di kalangan kaum Melayu, mereka tidak akan merendahkan
martabat pemimpin yang mereka rasa telah lama bersama mereka.
"Tetapi ya... mungkin
pada suatu ketika masanya sudah berakhir. Apa yang dia kata, bagaimana dia
berkata, mungkin sudah tidak menarik di kalangan generasi muda, di kawasan
bandar. Tapi kita jangan lupa, beliau bukan PM hari ini," kata setiausaha
Umno Sabah, Datuk Abdul Rahman Dahlan kepada The Malaysian Insider.
Namun, pemimpin lain tidak
memberi ruang kepada beliau dan berpendapat Dr Mahathir yang sudah mencecah 87
tahun sewajarnya bersara dan menjauhkan diri daripada politik semasa kerana
sudah lagi relevan.
Mereka berpendapat di zaman
politik media sosial, pengaruh Dr Mahathir menyusut dengan cepat kerana rakyat
Malaysia lebih suka jenama yang lebih liberal, sederhana dan politik inklusif
yang dibawa oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Sokongan kuat ke atas Dr
Mahathir di kalangan pengundi Melayu tradisional generasi tua dilihat tidak
mencukupi untuk membantu kemenangan BN pada pilihan raya selepas ini.
Mereka berkata pengundi
bandar yang berkembang pesat, kelas pertengahan dan muda tidak lama lagi akan
membentuk sebahagian pengundi yang lebih besar.
Berdasarkan corak pengundi
Pilihan Raya 2013, demografik pengundi ini adalah kunci utama yang perlu BN
menangi jika mahu mendapat mandat yang lebih kuat pada pilihan raya mendatang.
"Saya berharap dengan
melihat analisis pilihan raya, beliau akan sedar masanya sudah berakhir,"
kata ketua eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS), Wan
Saiful Wan Jan.
"Beliau meninggalkan
pentadbiran negara ini kepada generasi baru ahli politik yang diketuai oleh
Najib.
"Beliau sudah berada
pada zamannya dan telah melakukan banyak perkara menakjubkan tapi masanya dalam
politik sudah tamat. Sebelum beliau memusnahkan legasinya, sudah tiba masanya
beliau bersara dengan aman," katanya.
Pilihan Raya 2013
menyaksikan calon pilihan pro-Melayu Dr Mahathir seperti Presiden Perkasa Datuk
Ibrahim Ali dan naib presiden Datuk Zulkifli Noordin kedua-duanya gagal
mendapat kemenangan.
Bercakap kepada The
Malaysian Insider baru-baru ini, ketua bahagian Umno Shah Alam Datuk Ahmad
Nawawi M. Zin mengakui jika Dr Mahathir tidak berkempen di Shah Alam, BN
mungkin boleh mendapat lebih banyak undi.
"Secara keseluruhannya,
di bandar-bandar, saya rasa pengaruh Dr Mahathir tidak lagi relevan kerana isu
yang beliau membawa dan pendapat beliau tidak benar-benar sesuai dengan
generasi semasa, terutama dengan sokongan terhadap Perkasa.
"Mungkin BN perlu kaji
semula perkara ini," kata beliau.
Dikala lawan mereka Pakatan
Rakyat (PR) memastikan pemimpin mereka bekerja keras menjauhkan diri daripada
perkauman semasa berkempen, Dr Mahathir sebaliknya mengeluarkan ucapan-ucapan
berasaskan kaum sepanjang tempoh berkempen 15 hari lalu.
Beliau berkali-kali
menyerang musuh parlimennya Lim Kit Siang kerana meninggalkan kerusi Ipoh Timur
untuk bertanding di kerusi majoriti Cina Gelang Patah, memanggil pemimpin
veteran DAP itu sebagai "sangat perkauman" kerana cuba untuk
mempengaruhi masyarakat Cina untuk membenci Melayu.
"Saya akan bercakap
dengan lantang. Lim Kit Siang adalah rasis. Lim Kit Siang adalah rasis. Lim Kit
Siang adalah pelampau perkauman," kata beliau semasa berceramah di Shah
Alam tiga hari sebelum pengundian.
Bercakap kepada The
Malaysian Insider baru-baru ini, Tan Sri Rafidah Aziz, pemimpin Umno veteran
yang berkhidmat di bawah pentadbiran Dr Mahathir bersetuju penggunaan perkauman
untuk mendapat sokongan perlu ditolak.
"Hari untuk kita
menjadi juara satu-satu kaum sudah berakhir. Saya tidak pernah bersetuju. Kita
adalah rakyat Malaysia dahulu dan itu adalah perkara utama.
"Saya adalah rakyat
Malaysia yang ditakdirkan berbangsa Melayu... tapi ia adalah kebanggaan Melayu
yang kita bawa bersama semasa kita berada diluar sana," kata beliau.
Pengarah kaji selidik
Merdeka Center, Ibrahim Suffian walaubagaimanapun menegaskan pengaruh Dr
Mahathir di kawasan luar bandar di Malaysia masih besar meskipun ditolak di
kawasan bandar kelas pertengahan.
Tetapi dia bersetuju
pengaruh meluas seperti mana yang dijangkakan Umno dan Dr Mahathir kerana
banyak juga pengundi Melayu yang sudah berpindah menyokong pembangkang.
"Pengundi lebih arif.
Mereka menolak jenama cauvinisme kaum," tambah beliau.
Tetapi Ibrahim berkata Dr
Mahathir masih mempunyai pengaruh yang besar dalam Umno, parti utama dalam BN,
ia juga dipersetujui rakan penganalisis politik, Wan Saiful.
"Saya bersetuju ...
tetapi beliau lebih berpengaruh di kalangan ahli-ahli Umno dan apabila tiba
pilihan raya, apa yang kamu perlu lakukan ialah bukan sahaja menyokong parti
anda sendiri," katanya.
Wan Saiful menegaskan bahawa
Dr Mahathir harus berundur dari arena politik, ia bagi memastikan imej 'bapa
pemodenan" yang diberikan ke atas bekas perdana menteri itu tidak dicemari
oleh kesilapan yang beliau buat hari ini.
"Najib adalah PM hari
ini dan Dr Mahathir adalah semalam. Najib merasakan terdapat keperluan untuk
beliau bergerak ke arah yang berbeza dan ini adalah apa yang beliau sedang
lakukan," kata beliau.
Ibrahim juga mengingatkan
perubahan drastik dalam pengaliran maklumat di dalam landskap politik hari ini,
juga adalah salah satu faktor yang menjejaskan pengaruh Dr Mahathir pada
Pilihan Raya kali ini.
"Terdapat cabaran itu
kerana Dr Mahathir sebelum ini mentadbir negara semasa tiada media sosial dan
rakyat yang mudah dikawal serta lebih kecil.
"Hari ini, generasi
muda yang membesar ketika maklumat mengalir. Persekitaran telah berubah, dan
banyak juga pemimpin yang telah bertukar," katanya lagi. (TMI)
No comments:
Post a Comment