Oleh : LO_PHUNK
SEMANGAT 1 Malaysia yang
dilaungkan oleh Najib Razak selepas menjadi Perdana Menteri tidak mampu
mengekang semangat dan suara rakyat yang kian memberontak akibat terhimpit
dengan masalah kenaikan harga minyak kenderaan; sekaligus melonjak harga barang
keperluan harian.
Walaupun berjaya merampas
kembali Kedah pada PRU 13 yang lepas namun, BN telah kehilangan 7 ahli parlimen
dan beberapa ADUN serta menyaksikan pencapaiannya jauh lebih teruk berbanding
Pak Lah.
Kini sudah ada desas-desus
mengatakan bahawa Najib juga didesak untuk meletak jawatan sebagai PM dan
digantikan dengan timbalannya iaitu Muhyhidin. Kabinet baru yang bakal dibentuk
juga menyaksikan terdapat muka-muka baru dalam pentadbiran PM yang baru.
Seandainya perkara ini
berlaku, bagaimana dengan Dasar 1 malaysia yang dilaung-laungkan oleh Najib?
Adakah dasar ini juga bakal berkubur sama seperti dasar 'Islam Hadhari' yang
dibuat oleh Pak Lah?
Jadi seandainya dasar baru
dilaksanakan oleh PM yang baru dengan menteri kabinet yang baru, apa bezanya
dengan menukar parti pemerintah?
Senarionya sama sahaja iaitu
menukar Ketua Pemerintah dengan dasar baru dan muka baru dalam kabinet PM yang
baru daripada Pakatan Rakyat? Kerajaan kekal berjalan seperti biasa; cuma
berbeza adalah Ketua Pemerintah.
Tetapi nasi sudah menjadi
bubur. BN sudah menang. BN akan menerajui tampuk pemerintahan sepenggal lagi
dan rakyat terpaksa menghadapi segala kemungkinan kenaikan harga barang yang
kini sudah dirasai.
No comments:
Post a Comment