ROSAK....Parit
yang rosak teruk di hadapan Maybank terbiar begitu lama sehingga banyak
kenderaan rosak tetapi MDLD hanya tutup mata. Peniaga terpaksa menyimen longkang tetapi dihalang.
Saudara Pengarang,
TAHNIAH kepada dua calon BN,
Datuk Datu Nasrun Datu Mansur dan Datuk Haji Mohd Yusof Apdal kerana telah
memenangi PRU-13 dengan majoriti besar sekalipun mutu perkhidmatan mereka
setaraf dengan kelas kambing.
Sepanjang perkhidmatannya
sebagai ADUN Lahad Datu dan Pembantu Menteri kepada Menteri Di Jabatan Ketua
Menteri, Datuk Nasrun seperti tidak pernah 'Wujud' dalam pemikiran para
pengundi Cina di Lahad Datu kerana tidak pernah mengambil tahu hal ehwal para
peniaga yang tersepit di celah karenah birokrasi Majlis Daerah Lahad Datu.
Majlis Daerah Lahad Datu
juga hanya tinggal nama apabila tidak mesra pelanggan dan peniaga yang bukan
sahaja tersepit oleh masalah penjaja haram, PATI, pembinaan bangunan tanpa
peraturan, kesesakan lalu lintas yang melampau, pencerobohan Taman Palma untuk
membina gerai, jalan berlubang, mendirikan gerai swasta dan pelbagai masalah
samping; sinonim Bungao atau Tawi-Tawi; bukan lagi Lahad Datu yang amat
terkenal suatu ketika dahulu sebagai Majlis Daerah terbaik di Sabah.
Kini kegagalan Nasrun
sebagai ADUN dan Pembantu Menteri bakal diwarisi oleh ADUN Baru, Yusof Apdal
yang sejak menang pilihanraya pada 5 Mei 2013 belum lagi pernah menemui
pengundi atau mengadakan lawatan ke Pekan Lahad Datu, 'Bandar Sampah @ Bandar
PATI'; sekalipun semasa berkempen menabur pelbagai janji.
Sebagai peniaga kami amat
kesal kerana semua sistem perparitan di dalam Bandar Lahad Datu terutama di
kawasan Dataran Palma tersumbat dan berbau busuk serta semua pembetung
mengalirkan najis di permukaan jalan.
Lebih menyedihkan, jalan
utama ke Malayan Banking tidak dapat dilalui sejak tiga bulan lalu kerana besi
penutup lubang hilang atau rosak terus kerana mutu pembinaan yang rendah
sehingga kereta kami rosak teruk.
Memandangkan tidak ada sebarang
tindakan diambil, maka ada di antara kami terpaksa menuang simen untuk menutup
lubang parit berkenaan tetapi di halang oleh MDLD setelah hampir siap. Anehnya
mereka tidak melakukan sesuatu untuk mengatasi masalah ini.
Jika ADUN lama yang kini
menjadi Ahli Parlimen Silam terpaksa berhijrah ke Kuala Lumpur dan ADUN Baru
yang belum mendirikan sebarang tiang rumah di Lahad Datu, maka nasib kami
penduduk Lahad Datu terpaksa mengalihkan sokongan kepada DAP dan yakin PKR
mampu membantu kami mengatasi masalah ini pada masa akan datang.
Sewajarnya Pengerusi dan
Pegawai Eksekutif MDLD sudah lama dipecat ekoran status Lahad Datu yang telah
dijenamakan sebagai 'Bandar DiRaja Kiram!'
Salam Hormat;
WONG P.K.
No comments:
Post a Comment