KOTA KINABALU: Pengerusi
Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS), Datuk Lajim Ukin akan memfailkan
petisyen kerana beliau percaya berlaku perkara mencurigakan semasa proses
pilihan raya dan pengundian di kawasan Parlimen Beaufort pada 5 Mei lalu.
Beliau mendakwa antara unsur
yang meragukan, membabitkan ketibaan lewat peti undi di pusat pengumpulan
termasuk rasuah 'politik wang' dan kehadiran 'pengundi hantu' di beberapa
tempat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Penyu.
Menurutnya, terdapat dua
peti undi masing-masing daripada Pusat Daerah Mengundi Melikai, Melampai dan
Sitompok lewat tiba di pusat pengumpulan undi yaang disediakan.
Tambahna, 'politik wang'
juga berleluasa dan beliau mempunyai bukti kukuh iaitu gambar foto, termasuk
rakaman video membabitkan beberapa individu sedang memberi duit kepada pengundi
pada saat-saat akhir.
"Malah, saya mempunyai
maklumat mengenai pemberian wang kepada semua Ketua kampung dan Jawatankuasa
Kemajuan dan Keselamatan Kampung di kawasan ini, termasuk diarah bersumpah
untuk mengundi Barisan Nasional pada hari pengundian.
"Selain itu,
penyalahgunaan seluruh jentera kerajaan untuk bertujuan berkempen bagi bagi
pihak Barisan Nasional turut berlaku dan sepatutnya di larang oleh SPR bagi
memberi keadilan kepada semua parti yang bertanding.
"Kehadiran 'pengundi
hantu' juga berleluasa, malah malam kelmarin, kami dapati lima buah bas
berwarna kuning dipercayai membawa 'pengundi hantu' sedang dalam perjalanan
pulang dari sini sambil dikawal polis dan imigresen.
"Kami berjaya
merakamkannya dan ia akan dijadikan asas serta bukti kukuh dalam petisyen yang
akan dikemukakan kelak selepas pewartaan keputusan pilihan raya oleh SPR,"
katanya dalam satu kenyataan, di sini, pada khaamis.
Lajim berkata, pihaknya juga
telah membuat laporan polis mengenai dakwat kekal yang mudah ditanggalkan
walaupun sebelum ini SPR menegaskan bahawa dakwat kekal itu akan bertahan
sehingga 7 hari.
"Dakwat itu mudah
dihilangkan dalam tempoh beberapa jam sahaja, malah jika dibasuh ia akan senang
ditanggalkan.. nampaknya SPR masih bertegas walau pun sudah banyak pihak
mengemukakan masalah itu sebelum ini.
"Justeru, tidak syak
lagi segala penipuan dan penyelewengan yang berlaku ini menjadi punca kepada
kekalahan saya di Parlimen Beaufort, termasuk kemenangan tipis saya di kerusi DUN
Klias pada PRU-13 ini,"tegasnya.
Keputusan PRU-13 bagi
Parlimen Beaufort, baru-baru ini memberi kejutan apabila Lajim, yang merupakan
penyandang kerusi itu dan bertanding atas tiket PKR, tewas kepada calon BN,
Datuk Azizah Mohd Dun dengan majoriti 673 undi.
Bagaimanapun, Lajim yang
turut bertanding di DUN Klias, berjaya merampas kerusi berkenaan daripada BN
dengan majoriti tipis sebanyak 179 undi setelah menewaskan Isnin Aliasnihyang
menjadi calon BN di kawasan itu. (DE)
No comments:
Post a Comment