Oleh
: MOHAMED HANIPA MAIDIN
PENGERUSI Suruhanjaya
Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata mereka yang tidak
berpuas hati dengan keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) boleh memohon
semakan supaya pilihan raya diadakan semula dengan mengemukakan petisyen
selepas pewartaan keputusan oleh SPR, mengikut undang-undang.
"Selepas diwartakan
dalam tempoh 21 hari, mereka boleh buat petisyen, itu yang betul dan kalau
bukti-bukti itu jelas serta lengkap dan pihak hakim mengakui wujudnya perlakuan
rasuah, penipuan atau menyalahi undang-undang, maka mungkin Hakim Mahkamah
Tinggi berkenaan akan memutuskan bahawa keputusan pilihan raya itu tidak
sah," kata Aziz.
Sentimen yang sama juga
diluahkan oleh Presiden Umno Najib Tun Razak. Najib menyatakan Umno akan terima
apa sahaja keputusan mahkamah.
Inilah skrip basi SPR dan
Umno. Bagi kedua-dua tokoh ini penyelesaian kepada kepincangan sistem
pilihanraya adalah mahkamah. Hujah Najib dan SPR ini hakikatnya satu lagi
bentuk penipuan halus pihak berkuasa untuk mengelirukan mereka yang jahil
tentang petisyen pilihanraya.
Saya ingin nyatakan dengan
tegas petisyen piliharaya dan mahkamah bukan penyelesaian kepada kepincangan
pilihanraya. Alasannya cukup mudah. Mahkamah pilihanraya (election court)
beroperasi dalam ruang lingkup undang-undang pilihanraya yang digubal oleh
rejim BN yang korup dan penipu.
Jadi bagaimanakah
undang-undang yang digubal oleh rejim yang penipu dapat menyelesaikan
pilihanraya yang sarat dengan penipuan!
Ibarat yang mudah adalah
bagaimanakah kita boleh mengharap kambing selamat dari serigala jika yang jaga
kambing adalah serigala?
Dalam undang-undang
pilihanraya, alasan pembatalan sesuatu pilihanraya hanya boleh dibuat oleh
hakim pilihanraya melalui seksyen 32 Akta Kesalahan Pllihanraya 1954. Seksyen
32 menggariskan lima alasan [ 32 (a) hingga (e)] bagi pembatalan pilihanraya
oleh Mahkamah Pilihanraya.
Najib dan SPR arif dan tahu
berdasarkan seksyen 32 (a) hingga (e) Akta tersebut hampir mustahil untuk
membatalkan sesuatu pilihanraya. Bagi memudahkan faham mari kita lihat
bagaimana seksyen 32 (b) Akta tersebut digubal oleh rejim BN.
Berdasarkan seksyen 32 (b)
tersebut sesuatu pilihanraya hanya boleh dibatalkan jika mahkamah pilihanraya
berpuashati wujudnya perlanggaran undang-undang pilihanraya namun perlanggaran
itu mestilah dalam masa yang sama menjejaskan keputusan pilihanraya.
Sebagai peguam yang banyak
terlibat dalam petisyen pilihanraya saya ingin nyatakan membuktikan
perlanggaran undang-undang atau peraturan pilihanraya bukan suatu yang susah
kerana Umno dan SPR seringkali langgar undang-undang pilihanraya. Malahan
banyak kali kami peguam PAS dapat membuktikan hal tersebut.
Yang sukarnya hingga ke
tahap hampir mustahil adalah membuktikan perlanggaran undang-undang oleh Umno
dan SPR boleh menjejaskan keputusan pilihanraya.
Hakim–hakim di negara ini
sehingga sekarang memilih tafsiran kuno tentang maksud menjejaskan keputusan
pilihanraya. Di negara maju seperti di England para hakim di sana berpendapat
jika berlaku perlanggaran undang-undang secara substantif maka pilihanraya
adalah tidak sah tanpa mengira perlanggaran itu menjejaskan atau tidak
menjejaskan keputusan pilihanraya.
Tafsiran mahkamah di
Malaysia berdasarkan tafsiran matematik. Contohnya jika calon A yang kalah
dengan majoriti 1,000 undi dapat buktikan wujudnya perlanggaran undang-undang;
misalnya dakwat tidak kekal di jari pengundi, calon A kena buktikan 1001
pengundi yang dakwat dijari mereka tidak kekal dan kesemua 1001 pengundi itu
kena juga dibuktikan telah mengundi dua kali.
Jika tidak dibuktikan,
meskipun calon A boleh buktikan penggunaan dakwat yang tidak kekal adalah
bercanggah dengan undang-undang; namun pilihanraya yang langgar undang-undang
itu masih dikira sah dan tidak boleh dibatalkan.
Itulah yang hakim-hakim di
negara ini akan putuskan. Jika hakim putuskan begitu Najib dan SPR secepat
kilat akan berkata “lihatlah mahkamah telah pun memutuskan pilihanraya adalah
sah..jadi mengapa Pakatan Rakyat masih tidak puas hati?”
Bagi saya ini satu muslihat
licik Umno untuk menggunakan saluran mahkamah untuk menjustifikasi penipuan.
Sebab itu saya tegaskan
mahkamah atau petisyen bukan jalan penyelesaian kepada kepincangan sistem
pilihanraya. Mahkamah rakyat adalah penyelesaiannya.
Bagi rakyat jika SPR atau
undang-undang kata dakwat yang digunakan adalah kekal maka SPR kena pastikan
dakwat itu benar-benar kekal. Jika tidak kekal maka SPR tipu. Undang-undang
juga tipu.
Inilah perbezaan mahkamah
pilihanraya dan mahkamah rakyat. Di mahkamah pilihanraya hakim tidak boleh
batalkan pilihanraya meskipun SPR tipu kerana hakim terikat dengan
undang-undang yang digubal oleh rejim penipu.
Sebaliknya di mahkamah
rakyat keadilannya lebih tulen. Jika SPR dan undang-undang tipu maka
pilihanraya yang BN menang adalah pilihanraya tipu. Maka PM dan Menteri yang
dilantik juga dikira oleh rakyat dikira sebagai PM penipu dan menteri penipu! (Harakahdaily)
Dalam keputusan PRU 13 amat tidak mengembirakan Anwar kerana Anwar gagal ke Putrajaya dan memegang jawatan sebagai Perdana Menteri. Ketidakpuasan hati Anwar bergitu dijelmakan secara sistematik melalui dakwaannya kegagalan pembangkang menawan Putrajaya kerana PRU 13 tidak dijalankan secara telus selain BN membawa pengundi hantu,termasuk rakyat asing
ReplyDeleteOleh itu Anwar dan PR telah merancang untuk mengerakkan semula " gerakan reformasi " era 1998 (gerakan selepas Anwar di pecat oleh Dr Mahathir) dan pada malam 8/5 (lebih 50,000) penyokong PR berkumpul di Stadium Kelana Jaya untuk memulakan apa yang Anwar difinasikan sebagai " gerakan protes " untuk menuntut sistem pilihanraya telus".
ReplyDeleteKaedah Anwar dan para strategist PR ialah " membina mind games " dalam minda rakyat Malaysia . Beliau mahu minda rakyat menerima " permainan persepsi " mereka iaitu BN menang secara penipuan . Bagi mereka strategi " mind games " dan " permainan persepsi " dan di ikuti dengan " provokasi " akan mempergaruhi minda rakyat dan akhirnya rakyat akan mempercayai dan rakyat boleh melakukan " mass protes " kepada Kerajaan Najib.
ReplyDeleteInilah matlamat Anwar iaitu mengerakan " mass protest " seperti apa yang berlaku di Mesir, Libya dan Tunisia ( Arab Spring ). Bagi Anwar selagi rakyat bermindakan emosi selagi itu senang bagi nya untuk mempengaruhi rakyat.
ReplyDeleteOleh kerana itu Anwar dan Para strategist PR telah " attack " BN dan minda rakyat dengan momokan seperti peratusan undi popular PR (51 %) lebih tinggi dari BN( 47 %), jadi sepatutnya PR lah yang patut jadi kerajaan dan dakwaan kemenangan BN dalam PRU 13 secara " tipu muslihat ". Inilah persepsi yang Anwar bina untuk mengelirukan minda rakyat.
ReplyDeleteMereka akan mainkan momokan ini berkali-kali dan berulang-ulang dalam kaedah mengikut kapasiti mereka terutamanya dalam media sosial mereka . Ini kerana kaedah "mind games" , "persepsi" dan "provokasi" ( strategi 1M 2P) perlu kan kaedah "attacking" secara berulang-ulang dan "non stop" untuk pasti kan suasana dan persekitaran BN (Kerajaan Persekutuan ) dalam keadaan "defensif" dan terpaksa "menjawab" isu-isu yang di bawa dalam arus protes tersebut.
ReplyDeleteMatlamat strategi 1M 2P adalah untuk "mengerakan "mass protest" atas dasar untuk mengujudkan perasaan "anti BN". Apapun yang paling penting strategi IM 2P sudah bermula malam tadi di Stadium Kelana Jaya.
ReplyDeleteKita masih ingat "gerakan reformasi" di hujung 1990an, Anwar masih mengunakan strategi ini. Dr Mahathir pernah berhadapan dengan "gerakan reformasi" ala gerakan reformasi Indonesia dan Dr Mahathir berjaya memusnahkan "gerakan ini dengan bijaksana", walaupun Suharto gagal. Maknanya Dr Mahathir lebih bijak dari Anwar dan akhirnya gerakan itu dilenyapkan menjadi gerakan politik secara sah dengan penubuhan Parti Keadilan Rakyat Malaysia.
ReplyDeletePada masa kini, Anwar masih mahu mengunakan strategi 1M 2P lagi. Tetapi dengan menjadi "keputusan PRU 13" sebagai agenda ketidakpuasan hati nya sebagai agenda untuk mengerakan "mass protes " ala " Arab spring " .
ReplyDeleteAnwar mahu protes ini berlangsung secara berterusan sebagai satu "pressure "kepada Najib dan Kerajaan BN di Putrajaya dan cubaan untuk melemahkan Najib dan Kerajaan BN, kemudiannya akan hilang populariti nya, akhirnya strategi ini akan menumbangkan Najib dan BN. Itulah agenda Anwar dalam strategi 1M 2P.
ReplyDeleteDalam pembacaan teori strategi politik, strategi Anwar tidak sukar untuk di baca dan di halang. Ini kerana Anwar terpaksa mempastikan "gerakan ini very consistant" dan juga untuk "mempastikan the majority rakyat "menyokong gerakan Anwar ini.
ReplyDeleteKedua-dua perkara diatas jelas menjadi cabaran kepada Anwar dan para strategist PR. Yang penting Anwar masih terlupa yang "bersetuju" dengannya hanya lah Anwar dan para penyokongnya yang totok dengan perjuangan nya. Persoalannya adakah DAP setuju dengan gerakan ini. Guan Eng, Karpal dan Lim Kit Siang pastinya tidak setuju kerana mereka juga takut gerakan "mass protest" akan berjangkit ke negeri Pulau Pinang yang DAP perintah dan Guan Eng sendiri sudah pun melalui pengalaman ini semasa pemerintahan nya selepas PRU 12.
ReplyDeleteBegitu juga dengan PAS adakah mereka setuju dengan tindakan ini, sudah tentunya tidak kerana sudah selesa dengan kemenangan selesa PAS di Kelantan. Mungkin kehadiran mereka (DAP dan PAS) malam tadi hanya proses untuk mereka menghormati Anwar.
ReplyDeleteDalam sejarah politik demokrasi, pemimpin yang kecewa secara peribadi (emosi) dan bukan berdasarkan kepada fakta dan realiti (rasional) tidak akan berjaya contohnya pada tahun 1997 -1998 Anwar sendiri gagal dalam gerakannya).
ReplyDeleteOleh itu formula untuk berlawan strategi dengan Anwar ialah Najib perlu mengunakan pendekatan yang berlawanan dengan Anwar, sekiranya Anwar mengunakan strategi negatif (menjatuhkan kerajaan secara kekerasan), maka Najib perlu mengunakan pendekatan positif (jangan gunakan kekerasan dalam tindakan menghalang gerakan Anwar , kerana tindakan kerasan adalah perangkap Anwar dan tindakan negatif ini akan menjadi minyak yang akan membesarkan api kecil yang cuba untuk membesar), Najib perlu fokas kepada membina kesejahteraan rakyat dengan melaksanakan aku janji BN dan biar rakyat merasakan kesejahteraan tersebut dan akhirnya rakyat tidak akan memperdulikan gerakan Anwar.
ReplyDeleteStrategi ini boleh menghancurkan gerakan Anwar kerana rakyat lebih penting kepada kesejahteraan mereka dan bukan gerakan yang boleh merosakkan kesejahteraan mereka . Akhirnya dengan sendiri gerakan akan bertambah kecil dan makin lama ia akan hilang dengan sendiri, seperti apa yang di buat oleh Dr Mahathir dulu.
ReplyDeleteAnwar sudah lupa pada masa ini, Najib sudahpun menerima pengiktirafan dari Presiden Obama, Perdana Menteri Singapura, Perdana Menteri Australia, Britain dan juga New zealand, serta negara-negara seluruh dunia. Ini membuktikan semua pemimpin besar dunia ini mengakui BN menang PRU 13 secara adil dan sah mengikut lunas demokrasi.
ReplyDeleteRakan-rakan kepimpinan Pakatan Rakyat juga sudahpun mengiktiraf keputusan PRU 13 kerana itu Guan Eng dan Ahmad Yakob telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar di Pulau Pinang dan juga Kelantan. Ini membukti yang tidak iktiraf keputusan PRU 13 ialah Anwar yang masih teringin untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia dan untuk itu Anwar telah membawa penyokong totoknya dan rakyat minoriti yang terhasut untuk menjadi benteng untuknya .
ReplyDeletePembangkang didesak supaya mengemukakan petisyen
ReplyDeletekepada mahkamah, jika tidak berpuas hati dengan keputusan Pilihan Raya
Umum Ke-13 (PRU-13).
keputusan pilihan raya tersebut telah diwartakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan sekarang merupakan waktu yang sesuai bagi mereka membuktikan kebenaran di atas segala tohmahan yang dilemparkan kepada kerajaan melalui saluran rasmi.
ReplyDeletehal ini penting bagi menjamin dan menjaga nama baik sistem demokrasi negara.
ReplyDelete"Gunakan mahkamah dan sudah-sudahlah menyalak tak tentu pasal, kata itu dan ini kepada kerajaan dan akhirnya mereka hanya mewakili suara minoriti rakyat Malaysia,
walaupun pembangkang sering mendakwa berlaku penipuan di dalam PRU-13, mereka gagal menunjukkan bukti, malahan tidak membuat aduan rasmi kepada SPR.
ReplyDeleteSemalam, Ketua Hakim Negara, Tun Ariffin Zakaria juga meminta hakim di seluruh negara supaya mendengar dan menyelesaikan setiap petisyen yang dikemukakan oleh parti politik yang bertanding pada PRU-13 dalam tempoh enam bulan daripada tarikh difailkan.
ReplyDeletePresiden Kongres India Muslim Malaysia (Kimma), Datuk Syed Ibrahim Kader menyifatkan kegagalan pembangkang mengemukakan bantahan rasmi menunjukkan mereka hanya bersandiwara selama ini.
ReplyDeleteSudah 21 hari pilihan raya berlangsung, macam-macam kita dengar, isu pengundi hantu, black out, kalau ada bukti dah lama mereka bawa ke depan.
ReplyDeleteTindakan pembangkang seolah-olah nak ganggu keamanan negara, sengaja alih perhatian rakyat kata kerajaan tak jujur tapi mana buktinya.
ReplyDeleteSekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB) Perak pula mahu pembangkang bersikap jujur di atas kenyataan yang dilemparkan mengenai PRU-13 dengan mengeluarkan satu petisyen khas dan lengkap dengan hujah-hujah berdasarkan fakta.
ReplyDeletePengerusinya, Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi berkata, hanya melalui
ReplyDeletecara tersebut mampu mempertahankan integriti mereka sebagai pembangkang
yang bertanggungjawab.
Saya mewakili kesemua NGO di negara ini meminta pembangkang mengeluarkan petisyen bagi mencabar keputusan pilihan raya yang dimenangi oleh BN.
ReplyDelete"Jika mereka gagal dan terus berdegil, pembangkang harus memohon maaf kepada kerajaan dan juga rakyat Malaysia di atas kesalahan mereka," katanya
ReplyDelete