Tuesday, 21 May 2013

PR PERINTAH JIKA ANWAR TIDAK GELABAH






Oleh : MUSLI OLI


KEPUTUSAN PRU 13 telah pun diketahui. Populariti BN yang diwakili PM Najib (berasaskan kempen slogan "I Love PM") diterjemahkan daripada undi yang diperolehi pada 47%; berbanding dengan undi populariti Pakatan Rakyat pada 53%.

Kemerostan populariti BN ini bagaimanapun tidak menguntungkan Pakatan Rakyat,  kerana dalam masa yang sama populariti PKR yang diwakili Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang juga merosot.

Amat ketara, PKR telah gagal memenangi  kerusi-kerusi parlimen sasaran seperti Tuaran dan Beaufort di Sabah. Secara keseluruhan PKR hanya menang satu kerusi melalui Darrel Leiking di parlimen Penampang. Di Sarawak, persembahan PKR juga teruk.

Jika dibanding dengan dengan PRU12, secara keseluruhan, pencapaian PKR merosot. Pada 2008, PKR menang 31 kerusi ketika Anwar tidak boleh bertanding, bukan sebagai ketua pembangkang dan Pakatan Rakyat belumpun ditubuhkan.

Saya menyertai PKR pada November 2011  kerana saya tertarik dengan kandungan Buku Jingga.  Antaranya royalti petroleum ditambah daripada 5% kepada 20%. Pemulihan kuasa otonomi dengan memberi lebih kuasa kepada kerajaan negeri seperti yang telah dipersetujui dalam Perkara 20.

Pemansuhan Cabotage Policy yang merupakan punca utama 'Vicious Cirle Of Poverty' di Sabah. Di samping komitmen-komitmen lain yang memberi faedah kepada Sabah jika PR menawan Putrajaya.

Atas sebab-sebab itulah saya sertai PKR secara aktif dengan harapan rakyat Sabah akan mendapat 'NEW DEAL' daripada kerajaan Persekutuan. Saya tidak menyertai politik untuk menjadi calon, wakil rakyat atau untuk menjadi menteri.

Saya berpolitik kerana memperjuangkan idea, bukan menyokong individu atau pemimpin tertentu dalam parti politik. Saya bukan seorang idealist; walaupun saya  seorang penulis politik.

Sesiapa yang pernah  mengikuti tulisan-tulisan saya melalui laman sosial dan blog ini tentu masih ingat saya kerap menulis; "saya bukan ikut Anwar". Tetapi menggunakan pengaruh  Anwar untuk mencapai cita-cita rakyat Sabah.

Kemenangnan tipis BN berbanding dengan PRU12, sebenarnya merupakan peluang terbuka kepada Anwar Ibrahim meyakinkan rakyat bahawa dia layak dan paling layak mengetuai kerajaan alternatif jika berlaku undi tidak percaya terhadap Najib dan BN. Selepas pengumuman kabinet baru Malaysia perasaan tidak puas hati di kalangan komponen BN amat ketara.

Presiden PRS dari Sarawak Datuk James Masing secara terbuka menyatakan rasa tidak puas hatinya. Parti-parti dari Sarawak terutama PRS dan SPDP menyumbang 10 kerusi tetapi tidak mendapat tempat sewajarnya dalam pemilihan anggota kabinet.

SUPP yang menang satu kerusi dapat menteri penuh. Begitu juga PBRS di Sabah yang hanya bertanding dan menang satu kerusi juga mendapat menteri penuh.

MCA, Gerakan dan MIC tentu sekali tidak berpuas hati dengan pemilihan kabinet Najib. Pemilihan pemimpin Hindraf telah mengecilkan peranan MIC dan PPP. Ramai MP dari UMNO yang lebih senior yang telah terlepas pandang juga tidak berpuas hati.

Dalam keadaan sebegini, beberapa kerusi boleh tinggalkan BN, tetapi di mana Anwar Ibrahim? Anwar terlalu sibuk dengan 'Road Show Black Out' membantah keputusan PRU.

52 comments:

  1. Sepanjang keterlibatan beliau dalam arena poltik sebagai pembangkang, sudah banyak kontroversi dan masalah-masalah yang timbul segala-galanya berpunca bagi mencapai agenda dan matlamat beliau untuk menjadi perdana menteri yang diidamkannya selama ini,

    ReplyDelete
  2. Sepanjang beiau menjadi Ketua Umum Pakatan Rakyat, negara menghadapi pelbagai ancaman dari pelbagai sudut yang nyata sudah tiba di tahap sehingga membahayakan keselamatan negara.

    ReplyDelete
  3. Sikap pembangkang ini yang menunjukkan kerakusan mengejar jawatan dan kuasa sehinggakan melanggar undang-undang dan sistem yang selama ini membentuk negara mendapat reaksi negatif dari golongan intelektual mahupun masyarakat.

    ReplyDelete
  4. Budaya himpunan dan rapat umum serta demonstrasi jalanan yang dibawa oleh Anwar Ibrahim kononya bertujuan untuk membawa suara rakyat yang menginginkan perubahan membawa padah kepada adab dan sopan santun rakyat negara ini.

    ReplyDelete
  5. Semestinya bijak dalam agenda untuk membodohkan dan menipu rakyat, Anwar nampaknya sekali lagi memungkiri setiap patah perkataan yang diucapkan beliau dengan membatalkan hasrat untuk bersara dalam bidang politik jika gagal memenuhi matlamat utama menawan Putrajaya dan menjadi perdana menteri pada PRU13 yang lalu.

    ReplyDelete
  6. Janji hingga tinggal janji dan Anwar masih kekal berdiri membuat onar dan kacau dengan sekali lagi menganjurkan perhimpunan haram BlackOut505 bagi membantah keputusan SPR berikutan pilihan raya yang lalu.

    ReplyDelete
  7. Rakyat sudah mula muak dan bosan dengan permainan Anwar Ibrahim yang gemar melakukan kerosakan dan keberantakan berbanding mengikut undang-undang yang sedia ada, beliau lebih cintakan keganasan berbanding keamanan. Dan ini adalah punca kenapa rakyat tidak mahu beliau menjadi perdana menteri Malaysia.

    ReplyDelete
  8. Oleh yang demikian, satu kaji selidik telah dijalankan oleh majalah The Edge yang mendapati lebih 81 peratus rakyat Malaysia mahu Anwar Ibrahim untuk menepati janji dan berundur dari arena politik negara. Majoriti telah bosan dengan gaya politik jalanan Anwar yang ternyata keji dan kotor sehinggakan menyebabkan ramai pihak terlibat dengan kancah politik sebegini.

    ReplyDelete
  9. Dengan cara yang begini, rakyat sudah mula sedar bahawa ianya akan menjatuhkan nama baik negara dan sekali gus membahayakan masa depan negara yang semakin laju mengorak menuju Wawasan 2020.

    ReplyDelete
  10. Sedar atau tidak, Anwar Ibrahim mula menerapkan perasaan dan semangat pemberontak kepada setiap pengikut beliau yang buta mata dan akal untuk berfikir dengan menyertai dan mengikut setiap kata dan perhimpunan yang dianjurkan.

    ReplyDelete
  11. Sebagai sebuah negara yang membangun maju, ketamadunan manusia seharusnya menjadi aras panduan setiap rakyat bagi membentuk sebuah negara yang lebih baik.

    ReplyDelete
  12. Dan rakyat Malaysia nampaknya sudah sedar dan tersentak bahawa perlunya untuk semua kembali bersatu dan bersama membangunkan dan memajukan negara dan bukannya merosakkan negara dengan politik jalanan Anwar Ibrahim.

    ReplyDelete
  13. Yang pasti Datuk Seri Najib adalah Perdana Menteri Malaysia bagi penggal kedua dan yang pastinya juga Anwar tidak berjaya menawan Putrajaya.

    Setelah amat kecewa tidak dapat menjadi Perdana Menteri ke tujuh Malaysia, Anwar Ibrahim kini merancang untuk mencetuskan keganasan dan huru hara dengan menghasut penyokong-penyokong pembangkang.

    ReplyDelete
  14. Yang pasti Datuk Seri Najib adalah Perdana Menteri Malaysia bagi penggal kedua dan yang pastinya juga Anwar tidak berjaya menawan Putrajaya.

    Perasaan marah Anwar nampaknya sukar dibendung melihat kepada air muka dan raut wajah beliau mengadakan sidang akhbar bersama pemimpin-pemimpin pembangkang lain sehari selepas kemenangan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke 13 lalu.

    ReplyDelete
  15. Yang pasti Datuk Seri Najib adalah Perdana Menteri Malaysia bagi penggal kedua dan yang pastinya juga Anwar tidak berjaya menawan Putrajaya.

    Seperti diduga Anwar mendakwa BN telah merampas kemenangan yang kononnya sepatutnya dimiliki pembangkang. Beliau mendakwa kononnya terdapat unsur-unsur penipuan dan penyelewengan yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi memenangkan BN.

    ReplyDelete
  16. Yang pasti Datuk Seri Najib adalah Perdana Menteri Malaysia bagi penggal kedua dan yang pastinya juga Anwar tidak berjaya menawan Putrajaya.

    Seperti biasa juga SPP menjadi sasaran pembangkang yang seringkali dituduh menjadi talibarut dan perkakas UMNO. Hakikatnya jika proses pengundian dikatakan begitu teruk dimanipulasi oleh SPR tidak mungkin pembangkang mampu meningkatkan jumlah kerusi parlimen daripada 82 pada PRU 2008 kepada 89 kali ini.

    ReplyDelete
  17. Yang pasti Datuk Seri Najib adalah Perdana Menteri Malaysia bagi penggal kedua dan yang pastinya juga Anwar tidak berjaya menawan Putrajaya.

    Pada masa yang sama pembangkang juga menambah jumlah kerusi dewan undangan negeri yang dimenangi kepada 230 berbanding 196 pada tahun PRU ke 12. Malah pembangkang mampu mengekalkan penguasaan ke atas negeri-negeri Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan. BN pula kehilangan tujuh kerusi parlimen kepada 133 berbanding 140 pada PRU 2008.

    ReplyDelete
  18. Yang pasti Datuk Seri Najib adalah Perdana Menteri Malaysia bagi penggal kedua dan yang pastinya juga Anwar tidak berjaya menawan Putrajaya.

    Bagaimana diasak, dicabar dan berhadapan dengan keadaan yang amat getir daripada pembangkang sekalipun, namun majoriti rakyat negara masih terus menaruh kepercayaan dan keyakinan terhadap BN untuk terus menerajui negara.

    ReplyDelete
  19. Yang pasti Datuk Seri Najib adalah Perdana Menteri Malaysia bagi penggal kedua dan yang pastinya juga Anwar tidak berjaya menawan Putrajaya.

    Kemenangan BN juga membuktikan rakyat menerima baik program transformasi yang dibawa oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sejak empat tahun lalu. Kemenangan BN juga menunjukkan rakyat juga menolak politik fitnah, adu domba, pecah belah dan janji palsu yang menjadi sebati dengan amalan pembangkang.

    ReplyDelete
  20. Yang pasti Datuk Seri Najib adalah Perdana Menteri Malaysia bagi penggal kedua dan yang pastinya juga Anwar tidak berjaya menawan Putrajaya.

    Kekalahan pembangkang adalah petunjuk jelas bahawa rakyat menolak Anwar sebgai pemimpin pembangkang seterusnya cita-cita beliau menjadi Perdana Menteri. Mana mungkin rakyat Malaysia yang majoritinya adalah beragama Islam serta kuat pegangan agama mahu dipimpin oleh seorang individu seperti Anwar yang rosak moral dan akhlaknya.

    ReplyDelete
  21. Yang pasti Datuk Seri Najib adalah Perdana Menteri Malaysia bagi penggal kedua dan yang pastinya juga Anwar tidak berjaya menawan Putrajaya.

    Mustahil Anwar boleh menjadi pemimpin nombor satu Malaysia apabila dirinya sendiri tidak terpimpin dan dibelit dengan pelbagai dakwaan rasuah, penyelewengan termasuk melakukan sekas songsang yang amat dibenci oleh agama.

    ReplyDelete
  22. Yang pasti Datuk Seri Najib adalah Perdana Menteri Malaysia bagi penggal kedua dan yang pastinya juga Anwar tidak berjaya menawan Putrajaya.

    Atas kekecewaan dan kemarahan kerana apa yang diimpi tidak tercapai, Anwar mahu mengadakan Himpunan Kemarahan Rakyat di Stadium Kelana Jaya pada malam ini. Yang marah hanya Anwar seorang kerana sekutunya Pas dengan rela dan penuh kesyukuran menerima kekalahan pembangkang dengan berlapang dada.

    ReplyDelete
  23. Yang pasti Datuk Seri Najib adalah Perdana Menteri Malaysia bagi penggal kedua dan yang pastinya juga Anwar tidak berjaya menawan Putrajaya.

    Ini satu sikap Pas yang harus dipuji walaupun semasa berkempen parti itu menentang BN sebagaimana amalan biasa dalam mana-mana pilihan raya di mana-mana negara. Tetapi ini berbeza dengan sikap Anwar yang perasan dirinya telah dinafikan menjadi Perdana Menteri dengan meletakkan kesalahan kepada BN dan SPR.

    ReplyDelete
  24. Yang pasti Datuk Seri Najib adalah Perdana Menteri Malaysia bagi penggal kedua dan yang pastinya juga Anwar tidak berjaya menawan Putrajaya.

    Malah pentadbiran Presiden Barack Obama dari Amerika Syarikat secara jelas telah mengiktiraf serta menyatakan sokongan padu kepada Datuk Seri Najib yang dilantik semula sebagai Perdana Menteri dan kerajaan Malaysia yang diterajui oleh BN.

    ReplyDelete
  25. Yang pasti Datuk Seri Najib adalah Perdana Menteri Malaysia bagi penggal kedua dan yang pastinya juga Anwar tidak berjaya menawan Putrajaya.

    Mungkin Anwar lupa bahawa beliau telah berjanji pada dirinya dan rakyat Malaysia bahawa beliau akan kembali kepada dunia akademik sebagai pensyarah universiti sekiranya gagal dalam cubaan untuk menjadi Perdana Menteri.

    ReplyDelete
  26. Yang pasti Datuk Seri Najib adalah Perdana Menteri Malaysia bagi penggal kedua dan yang pastinya juga Anwar tidak berjaya menawan Putrajaya.

    Beliau mungkin lupa tetapi rakyat dan media yang melaporkan kenyataannya tahun lalu mempunyai memori yang panjang. Adalah elok beliau menerima kekalahan pakatan pembangkang secara ‘gentleman’ serta hati terbuka.

    ReplyDelete
  27. Yang pasti Datuk Seri Najib adalah Perdana Menteri Malaysia bagi penggal kedua dan yang pastinya juga Anwar tidak berjaya menawan Putrajaya.

    Mengadakan demonstrasi dengan menggunakan Bersih sebagai landasan untuk mencetuskan keganasan dan ketidakstabilan politik pasca PRU13 hanya akan mengundang tindakan undang-undang yang keras daripada pihak keselamatan.

    ReplyDelete
  28. Yang pasti Datuk Seri Najib adalah Perdana Menteri Malaysia bagi penggal kedua dan yang pastinya juga Anwar tidak berjaya menawan Putrajaya.

    Seperti mana yang dinasihati oleh Perdana Menteri pada malam kemenangan BN, cukuplah selama empat tahun pembangkang berpolitik secara agresif dan menimbulkan pelbagai polemik da kontroversi sehingga masyarakat berpecah.

    ReplyDelete
  29. Yang pasti Datuk Seri Najib adalah Perdana Menteri Malaysia bagi penggal kedua dan yang pastinya juga Anwar tidak berjaya menawan Putrajaya.

    Marilah semua rakyat tidak mengira bangsa, agama dan oroientasi politik berganding bahu ke arah ‘national reconciliation’ atau perpaduan nasional. Masa untuk berpolitik pilihan raya sudah tamat pada 5 Mei lalu dan suara keramat rakyat sudahpun memberi kemenangan kepada BN.

    ReplyDelete
  30. Yang pasti Datuk Seri Najib adalah Perdana Menteri Malaysia bagi penggal kedua dan yang pastinya juga Anwar tidak berjaya menawan Putrajaya.

    Anwar dan pemimpin-pemimpin pembangkang boleh menolak keputusan PRU13 yang memihak kepada BN atau menjerit sepuas hati mereka untuk membantah tetapi hakikatnya keputusan muktamad telah diumumkan oleh SPR dan ianya perlu diterima oleh semua rakyat.

    ReplyDelete
  31. Kerajaan perlu tegas terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang secara terbuka menyebarkan fitnah berbau hasutan menerusi perhimpunan ala 'Arab Spring' berikutan kegagalan pakatan pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13

    ReplyDelete
  32. Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee menegaskan, Anwar terbukti menjadi dalang di sebalik perhimpunan haram di Kelana Jaya baru-baru ini bertujuan mengkucar-kacirkan kestabilan negara.

    ReplyDelete
  33. "Oleh sebab itu, saya mendesak kerajaan khususnya polis supaya berani mengambil tindakan terhadap Anwar, tidak perlu takut kepada pembangkang kerana jika dibiarkan, kemungkinan negara akan berada diambang kehancuran," tegasnya.

    ReplyDelete
  34. Beliau bimbang, Anwar dengan sokongan dan sogokkan pihak luar akan 'menjahanamkan' negara ini bagi membolehkan beliau menjadi Perdana Menteri walaupun sekadar bersifat boneka dan tidak mendapat restu rakyat.

    ReplyDelete
  35. "Cita-cita Anwar sebelum dia mati adalah untuk jadi PM, jadi sudah tentu sanggup melakukan apa sahaja walaupun negara hancur dan rakyat pelbagai kaum termasuk orang Melayu bermusuhan sesama sendiri," tegasnya.

    ReplyDelete
  36. Katanya, Anwar telah menanam persespsi buruk di kalangan rakyat negara ini supaya membenci kerajaan berikutan kejayaaan BN menyingkirkan pakatan pembangkang pada PRU ke-13.

    ReplyDelete
  37. Beliau menjelaskan, 'kegilaan politik' Anwar sudah berada ditahap berbahaya dan boleh menjurumuskan negara dan rakyat berada dalam situasi kacau bilau serta pertelingkahan antara kaum.

    ReplyDelete
  38. Syed Ali mendakwa, rakyat di peringkat akar umbi mula bertanya kenapa pihak berkuasa 'seolah-olah takut' untuk mengambil tindakan terhadap Anwar dan beberapa pemimpin pembangkang sedangkan terbukti mereka secara terbuka memberitahu akan meneruskan perhimpunan seumpama itu termasuk di Pulau Pinang.

    ReplyDelete
  39. "Persoalan sedemikianlah yang menyebabkan masyarakat berasa kecewa dengan ketegasan pihak berkuasa dan kerana terlalu kecewa, mereka mula menjauhkan diri daripada BN khususnya UMNO," ujarnya.

    ReplyDelete
  40. Kata beliau lagi, Anwar terpaksa memulakan keganasan politik dengan mengajak minoriti rakyat supaya menolak BN kerana khuatir beberapa isu besar yang membabitkan diri beliau terbongkar seperti dalam isu konspirasi penceroboahan di Lahad Datu.

    ReplyDelete
  41. Selain itu katanya, Anwar juga terpaksa menggunakan 'kemenangan merampas Putrajaya' sebagai penyelamat diri beliau bersabit isu liwat dan bantuan dana asing bagi membiayai pakatan pembangkang pada PRU ke-13.

    "Banyak pihak mempersoalkan punca atau sumber kewangan diperolehi pembangkang, kemungkinan ada penajanya yang ada hubungan dengan Yahudi, jadi apabila kalah, tentu sukar bagi Anwar memberikan penjelasan kepada pihak berkenaan," jelasnya.

    ReplyDelete
  42. Oleh sebab itu katanya, Anwar dalam keadaan tertekan terpaksa menggunakan perhimpunan haram ala 'Arab-Spring' mengajak rakyat menumbangkan kerajaan BN secara tidak demokratik dengan melemparkan fitnah kononnya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan BN melakukan penipuan semasa proses pengundian.

    ReplyDelete
  43. "Kita sepatutnya sangsi melihat hubungan Anwar dengan pihak luar, mungkin ini satu strategi sulit pihak tertentu untuk menghancurkan umat Islam di rantau ini dengan menjadikan Malaysia sebagai sasarannya," ujar beliau.

    Dalam hal ini Syed Ali berpendapat, untuk menghancurkan negara mereka terlebih dahulu perlu merampas kuasa politik yang dimiliki oleh orang Melayu dan terbukti telah berlaku pada PRU ke-13 baru-baru ini.

    ReplyDelete
  44. Sehubungan itu kata beliau, pihak berkuasa perlu tangkas dan serius menangani kes yang membabitkan Anwar dan pakatan pembangkang demi menjaga keharmonian dan kestabilan negara.

    Dalam perkembangan berkaitan, Syed Ali mahu seluruh pemimpin UMNO dan BN supaya mengambil iktibar daripada keputusan PRU ke-13 yang terbukti berlaku penolakan ketara pengundi Cina terhadap BN.

    ReplyDelete
  45. "Mungkin ada sesetengah pihak akan menyalahkan sesama sendiri, tetapi sekarang ini kita perlu kembali bersatu dan mencari punca kenapa perkara seumpama itu berlaku, agenda kita ialah mempertahankan masa depan rakyat dan negara," tambahnya.

    ReplyDelete
  46. Kata beliau lagi, ramai yang kecewa dan 'sakit hati' melihat analisis kecenderungan pengundi pada PRU ke-13 betapa minoriti orang Melayu sanggup diperkudakan oleh pakatan pembangkang manakala sebahagian besar pengundi Cina pula termakan dengan hasutan serta dakyah DAP.

    ReplyDelete
  47. "Fenomena ini perlu diperbaiki segera, kita mahu membina sebuah negara bangsa yang teguh dengan nilai-nilai murni berasaskan kepada kesepakatan dan perpaduan antara kaum," tegasnya.

    ReplyDelete
  48. Justeru kata beliau, rakyat perlu memberi sokongan penuh kepada kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri untuk terus mempertahankan batu asas perpaduan yang telah dibina selama ini.

    ReplyDelete
  49. Polis dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu bertindak tegas terhadap
    Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menganjurkan siri
    perhimpunan bagi membantah keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13)
    baru-baru ini.

    ReplyDelete
  50. Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk
    Zulkifli Noordin berkata ini kerana tindakan Anwar itu adalah penghinaan
    kepada rakyat Malaysia yang memilih Barisan Nasional (BN) untuk terus
    berkuasa.

    ReplyDelete
  51. SPR perlu menyaman Anwar dan polis perlu mengambil tindakan mengikut
    undang-undang sedia ada terhadap Anwar kerana terus mempertikai
    keputusan PRU13.

    ReplyDelete
  52. Cara yang dia (Anwar) buat sekarang adalah menghina dan mengkhianati rakyat Malaysia,"

    ReplyDelete