Thursday 12 August 2010

PERKIP SANDAKAN JANA RAMADAN DENGAN OKU



MESRA…Nursharidah memberikan sesuatu kepada salah seorang kanak istimewa OKU.

Oleh : SHAIMON S JUMADI

GOLONGAN Istimewa, khususnya Orang Kelainan Upaya (OKU) tidak pernah terpinggir malahan mereka terus mendapat pembelaan dan perhatian daripada mana-mana, pihak bukan sahaja daripada kerajaan bahkan badan NGO dan orang perseorangan.

Beginilah peranan yang telah dimainkan oleh isteri-isteri Polis melalui PERKIP daripada Ibu Pejabat Polis (IPD) Sandakan yang simpati dan prihatin terhadap nasib golongan itu dan sempena sambutan Hari PERKIP Malaysia yang ke 42 tahun, satu majlis lawatan amal telah dilakukan oleh ahli-ahli PERKIP.

Mereka mengunjungi Taman Didikan Kanak-Kanak Kelainan Upaya (OKU) di sini petang kelmarin.

Lawatan yang diketuai oleh Nursharida Abdul Rahman yang mewakili pemangku Pengerusi PERKIP tidak datang tangan kosong, malah membawa sumbangan berupa hamper kepada 12 orang penghuni OKU.

Nursharidah yang ditemui oleh wartawan Sabahkini.net menjelaskan, tujuan lawatan amal tersebut ia merupakan acara aktiviti tahunan PERKIP untuk membantu mana-mana golongan yang memerlukan, khususnya bagi golongan OKU.

Dalam kesempatan ini dua orang ahli PERKIP iaitu Siti Zainab Tavura dan Aminah Tenjol masing-masing memberikan sumbangan peribadi berupa wang tunai kepada taman tersebut.

Sementara itu, Ahmat Santiri yang mewakili Taman Didikan Kanak-Kanak Orang Kelainan Upaya (OKU) dan bagi pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat Sandakan mengucapkan jutaan terima kasih kepada PERKIP IPD atas kesudian dan keprihatinan mereka terhadap golongan ini.

Beliau berharap, semoga sempena bulan Ramadan Almubarak yang pernuh berkat ini, PERKIP akan mencapai kejayaan dalam meneruskan misi dan visi dalam melaksanakan aktiviti-aktivitinya untuk masyarakat dan juga bangsa, agama dan negara.

No comments:

Post a Comment