Tuesday 5 October 2010

SHAFIE KHIANATI BN, LULUS PROJEK KEPADA PKR?




Oleh: SAKINUL BANDAHALA

DALAM keghairahannya untuk memandulkan kuasa Ketua Menteri Sabah sekarang dan seterusnya merampas kuasa, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohad Shafie Apdal sanggup melakukan apa sahaja termasuk membiayai pembangkang membuat laporan terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Hong Kong (ICAC) dengan meluluskan projek kepada Ketua Angkatan Muda PKR Semporna.

Aktivis Masyarakat, Abdullahsani Haji Abdul Salleh yang sebelum ini membuat pendedahan awal kepada Sabahkini.net pada 2 Oktober 2010 yang bertajuk ‘Pemimpin BN Biayai Pembangkang’ telah menyerahkan salinan surat daripada kontraktor yang mempunyai nota bidai Shafie.

“Kita mintalah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak berdiam diri dan mengambil tindakan tegas terhadap Shafie yang telah menyalahguna kuasa beliau meluluskan projek kepada anak saudaranya, Mohd Ramzan Abdul Wahab, Ketua Angkatan Muda PKR (ketika itu) sebagai balasan kos membiayai mereka membuat laporan terhadap ICAC berhubung Skandal Penggubahan Wang Haram di Hong Kong tahun lalu yang kononnya melibatkan Ketua Menteri Sabah,” kata Abdullahsani yang mendedahkan kelulusan projek tersebut kepada anak saudaranya mempunyai agenda tersendiri.

Kata Abdullahsani, walaupun nota bidai Shafie di atas surat yang ditandatangani anak saudaranya, selaku Pengurus Projek, bertarikh 22 Jun 2010, namun projek tersebut telah diberikan kepada syarikat berkenaan melalui tender terhad setelah Shafie mengarahkan Dato’ Yusof Doha melalui nota bidai yang berbunyi; "Sila ambil tindakan setuju tender terhad."

Syarikat Pembinaan Hikmat Cemerlang Sdn Bhd yang beralamat di Lot 10001, Blok (A) (7-0), Tingkat Bawah, Lorong Canai 1, Chanyai Villa Likas, Batu 4.5, Jalan Tuaran yang bertajuk Memohon Ke Arah Kelulusan Bagi Melaksanakan Projek Jalan Siampak-Lambidan, Kuala Penyu, Sabah, Sejauh 4.4 Km di Bawah NKRA (JALB) KKLW, secara Tender Terhad.

“Siapa tidak kenal siapa Ramzan yang tidak mempunyai sebarang pekerjaan dan perniagaan? Bagaimana dia boleh terbang ke Hong Kong bersama Ketua Angkatan Muda PKR Pusat, Shamsul Iskandar Mohd Akin pada 1 Oktober 2009 untuk membuat laporan terhadap ICAC terhadap Michael Chia Tien Foh berdasarkan laporan awal Sabahkini.net sedangkan dalam masa yang sama kes berkenaan ditangani SPRM,” dakwa Abdullahsani yang meyakini Ramzan dan Shamsul dibiayai melalui projek tersebut



Kata Abdullahsani, Shamsul telah mengaku Ramzan terbang bersamanya ke Hong Kong pada 1 Oktober 2009 untuk membuat laporan terhadap ICAC dan boleh disemak melalui blognya http://shamsuliskandar.wordpress.com



MAKAN ANGIN...Gambar Ramzan semasa makan angin ke Hong Kong atas tajaan Shafie?

“Kita bukannya mempersoalkan berita Sabahkini.net yang memuatkan semua Skandal Penggubahan Wang Haram Michael Chia, tetapi kita persoalkan kenapa Shafie sebagai Menteri dan Naib Presiden UMNO boleh meluluskan projek kepada anak saudaranya yang ketia itu menjadi Ketua Angkatan Muda PKR Semporna. Jika Shafie berada di pihak pembangkang sudah pasti kes ini jadi sebaliknya,” ujar Abdullahsani yang menjelaskan ‘rampasan kuasa’ yang dirancang Shafie belum menjadi kenyataan .

Memang menjadi helah Shafie setelah ada tanda-tanda Kes Hong Kong dibicarakan, barulah beliau memberikan imbalan kepada anak saudaranya dalam bentuk projek menggunakan kaedah NKRA.

Persoalannya, kata Abdullahsani ialah siapa yang memberikan pendahuluan untuk kos selama empat hari mereka berada di Hong Kong dan siapa yang mendalangi mereka?

5 comments:

  1. Bukan apa yang pelik sangat jika Shafie berbuat begitu. Bukan pertama kali Shafie luluskan projek kepada kroni, penyokong dan saudara-mara sendiri.

    ReplyDelete
  2. Shafie hanya memberikan projek2 kepada kroninya sahaja, tp dia harus sedar bahawa kroni yang dia berikan projek adalah dari pihak pembangkang. tindakan Shafie ini mmg tak wajar.

    ReplyDelete
  3. Sudah jelas banyak sangat 'hal-hal dalaman' yang Shafie buat. Rakyat tahu-tahu sajalah apa mau bikin PRU nanti.

    ReplyDelete
  4. bagitau pengundi.. ini lah contoh pemimpin, jangan kan ahli parti sendiri .. malah anggota parti pembangkang pun Datuk Seri Shafiee bantu.. Bantu-membantu tu amalan mulia .. tak kira agama, bangsa & usia

    ReplyDelete
  5. Betulkah Shafie meluluskan projek kepada PKR?

    ReplyDelete