Tuesday, 5 October 2010

JANJI PALSU ADUN TANJUNG BATU?



SETELAH lapan bulan, namun belum ada sebarang tanda-tanda kerajaan akan membayar gantirugi kepada para peneroka di Kg Iban, Landau, Ulu Merotai, Tawau yang dimusnahkan atas alasan termasuk di dalam hutan simpan oleh kontraktor yang dilantik Jabatan Perhutanan Sabah.

“Sedang pihak kerajaan melalui wakil rakyat yang mewakili DUN masing-masing memberi perlbagai janji berkenaan permasalahan tanah tersebut; dalam masa yang sama, penduduk kampung diberi notis pemberitahuan yang bertarikh pada 24 Ogos 2010,” ujar Pengerusi DAP Merotai, Robert Penggai setelah mendengar rintihan penduduk kampung yang menghubungi beliau.

Kata Robert, antara isi kandungan surat tersebut ialah arahan untuk mengosongkan serta membongkar rumah-rumah yang berada di dalam kawasan hutan simpan Ulu Kalumpang selewat-lewatnya pada atau sebelum 31 Oktober 2010.

“Selepas tarikh tersebut, hutan simpan tersebut akan ditutup sepenuhnya dan penduduk dilarang memasuki kawasan hutan simpan, manakala rumah yang masih tinggal akan dirobohkan oleh Jabatan Perhutanan Sabah,” kata Robert yang kecewa kerana penduduk kampung dipermainkan wakil rakyat yang mewakili mereka.

Sehubungan itu, Robert mencabar Adun Tanjung Batu, Datuk Hamisah Samad atau pemimpin UMNO lain untuk mengeluarkan kenyataan bertulis yang menyatakan bahawa penduduk Kg. Iban Landau, Ulu Merotai akan mendapat tanah perkebunan mereka semula.

Sekiranya ini benar-benar akan berlaku maka slogan ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan,’ bukanlah satu slogan yang hanya digunapakai oleh Adun sebagai kiasan sahaja tetapi benar-benar diamati.

Namun demikian seperti kata pepatah ‘Indah khabar dari rupa’ sangat tepat diajukan kepada Adun berkenaan kerana belum ada bukti bertulis ‘hitam-putih’ daripada Adun sendiri; sedangkan Jabatan Perhutanan Sabah telah mengeluarkan notis pemberitahuan ‘hitam-putih’ bagi menyatakan tindakan yang selanjutnya akan dijalankan.

Jadi adalah wajar bagi penduduk kampung melihat notis ‘hitam-putih’ Jabatan Perhutanan Sabah sebagai sahih dan benar berbanding dengan janji-janji kosong ‘berwarna’ Adun berkenaan.

Tindakan Adun berkenaan yang hanya berdiam diri serta hanya berjumpa dengan segelintir pemimpin kampung sahaja tanpa mengadakan sesi dialog dengan mereka hanya akan memakan diri kerana ‘permainan tarik-tali’ dengan kepercayaan pengundi yang telah memberi amanah kepadanyadengan menjanjikan sesuatu yang belum nyata tercapai. Tepuk dada, tanya selera.

No comments:

Post a Comment