Tuesday 15 November 2011

JANGAN PERCAYA BERITA ARUS PERDANA.



Oleh : KRANGKANG BATRUSI

TIMBALAN Pesuruhjaya PAS Negeri Sabah, Hj Hamzah Abdullah mengingatkan orang ramai agar jangan bergantung harap kepada sumber berita arus perdana untuk mendapatkan maklumat yang belum tentu kesahihannya.

“Jangan percaya bulat-bulat kepada berita yang dipaparkan oleh TV1, TV2, TV3 dan seumpamanya kerana apa yang mereka paparkan belum tentu benar. Lebih-lebih lagi jika ia melibatkan berita tentang Pakatan Rakyat. Lebih banyak fitnah daripada kebenaran,” demikian tegas beliau dalam ucapan merasmikan Majlis Konvokesyen PASTI Zon Sandakan kali ke 22.

“Sesiapa yang ada talian internet, cuba buka portal berita online seperti Harakahdaily, Malaysiakini, Sabahkini.net dan lain-lain untuk membaca berita yang lebih telus di situ,” cadang Hamzah.

“Anak-anak kita yang sudah melangkah ke menara gading lebih celik tentang berita mana yang benar dan patut diambil sebagai sumber sahih. Tanyalah mereka, pasti mereka akan memberikan cadangan yang sama,” kata Hamzah lagi.

Dalam ucapan yang sama, Hamzah juga meyakinkan ibu bapa untuk terus menyokong PAS melalui wadah PASTI. Tidak ada yang perlu ditakutkan untuk menyokong PAS kata beliau yang juga merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan Batu Sapi.

No comments:

Post a Comment