Wednesday 14 March 2012

PERHEBAT PROGRAM TURUN PADANG


1MALAYSIA....Musa (tengah) bersama menteri yang lain menunjukkan simbol 1Malaysia di majlis perhimpunan itu.

Oleh : YAP SIONG

KETUA Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Aman mahu ketua jabatan kerajaan negeri dan persekutuan di Sabah memperbanyakkan program ‘turun padang’ bagi menjelaskan secara langsung kepada rakyat mengenai usaha kerajaan membela nasib mereka.

Beliau berkata selain wakil rakyat, ketua jabatan yang mewakili penjawat awam harus turut melibatkan diri dalam program bersemuka dengan rakyat bagi memastikan segala perancangan kerajaan dilaksana sebaik mungkin.

“Saya minta ketua jabatan dan pegawai kanan turun padang melihat anak buah serta pegawai mereka bekerja, tahu masalah rakyat dan cara untuk menanganinya,” katanya ketika menyampaikan amanat pada Majlis Perhimpunan Perdana Angota Perkhidmatan Awam Negeri dan Persekutuan di Kota Kinabalu, kelmarin.

Musa yang juga Menteri Kewangan berkata penjawat awam di Sabah yang kini menjangkau 120,000 orang, harus bijak memainkan peranan sebagai pemudah cara dan fasilitator dalam melaksanakan program bersama rkayat selain menjadi pelaksana dasar dan agenda pembangunan negara.

“Mereka (penjawat awam) juga bertanggungjawab menjelaskan kepada rakyat apa juga isu, tindakan, keputusan kerajaan berkaitan sesuatu perkara bagi membantu kerajaan menangani parti pembangkang yang sentiasa memutar-belitkan rakyat,” katanya.

Musa menegaskan penjawat awam khususnya berpangkat tinggi perlu turun padang untuk melihat kerja-kerja yang dilakukan anak buah mereka.

Beliau berkata kerajaan mempunyai ekspektasi yang tinggi terhadap kakitangan awam dan rakyat meletakkan harapan tinggi dalam meningkatkan kualiti serta memperbaiki sistem penyampaian awam di jabatan dan agensi masing-masing.

“Perhimpunan yang diadakan ini merupakan satu tanda positif yang mana kerjasama diadakan di antara kerajaan negeri dan persekutuan sememangnya erat.

“Ini juga antara faktor yang menyumbang ekonomi dan kesejahteraan negeri. Sabah tidak akan mencapai kemajuan tanpa sumbangan daripada penjawat awam,” katanya.

Tambahnya, kerajaan sentiasa menghargai sumbangan penjawat awam dengan menjayakan pelbagai dasar dan program pembangunan untuk kebaikan rakyat.

Dalam pada itu, beliau juga meminta penjawat awam negeri dan Persekutuan supaya bekerja sebagai satu pasukan yang mantap dan kukuh.

Katanya, kerjasama yang diwujudkan itu membolehkan kerajaan menjayakan matlamat memajukan negeri, menjayakan dasar serta program untuk meningkatkan taraf hidup rakyat.

Katanya, adalah penting untuk mengadakan perbincangan dan interaksi di antara kakitangan awam negeri dan persekutuan bagi memastikan agenda pembangunan berjalan lancar serta memberikan impak positif kepada golongan sasar.

“Kita ada banyak jawatankuasa, mesyuarat, platform antara negeri dan persekutuan. Saya juga kerap berbincang dengan Setiausaha Kerajaan Negeri dan Setiausaha Persekutuan, begitu juga dengan ketua-ketua jabatan berkaitan dari masa ke semasa.

“Ketika ini saya amat berpuas hati dengan semangat kerjasama antara penjawat awam dengan kerajaan negeri (anggota pentadbiran). Kerjasama, sokongan dan komitmen padu diberikan kakitangan awam yang membolehkan banyak dasar dan agenda pembangunan dilaksanakan.

“Usaha ini perlu diteruskan, ditingkatkan dan ditambah baik berdasarkan keperluan dan cabaran semasa,” katanya. (Utusan Borneo)

22 comments:

  1. It has always been the leaders responsibility to go down to the ground to see the hardship of the grassroot, so that they may help them resolve their problems.

    ReplyDelete
    Replies
    1. A lot of WR not practise that only when PRu around the corner.

      Delete
  2. Hope that all civil servants will take the CM's advice to heart and cooperate with the state governments to improve developments in Sabah.

    ReplyDelete
  3. my affirmation to the CM for this initiative. All Civil servants do take note.

    ReplyDelete
  4. As of now there are many online alternative media that has twisted the facts, to some extent being selective in the information that they choose to relay to the netizens.

    ReplyDelete
  5. Among the activities that can be conducted to met this objective is by organizing a 'meet the client' day. That way all the efforts that the government has done to the people can be disseminated.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hari bertemu pelanggan satu inisiatif yang baik.

      Delete
    2. Semoga kempen ini mencapai matlamatnya.

      Delete
  6. The civil servants the implementers of the government policies. Therefore they too play a role in the dissemination process. They too are held accountable for the outcome of these projects as well as policies. Therefore assessment of the work that has been done.

    ReplyDelete
  7. Hopefully the cooperation between department will intensify to ensure all projects and policies that has been conduced are at top performance.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu seharusnya menjadi visi dan misi mereka.

      Delete
  8. Setuju sangat2. Pemimpin harus sentiasa rajin turun padang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang tepat.Jangan harap makan gaji buta saja.

      Delete
  9. turunlah padang selalu dan lihat keadaan rakyat. dgn ini baru hubungan dgn rakyat akan makin erat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul!Kalau nak bina hubungan baik harus ada pengorbanan.

      Delete
  10. Seharusnya kakitangan kerajaan harus bijak dalam mempertingkatkan hubungan dengan rakyat.

    ReplyDelete
  11. Penjawat awam harus tampilkan imej yang positif kerana mereka membawa imej kerajaan.

    ReplyDelete
  12. Masalah boleh dikesan dengan mata sendiri.

    ReplyDelete
  13. Musa menegaskan penjawat awam khususnya berpangkat tinggi perlu turun padang untuk melihat kerja-kerja yang dilakukan anak buah mereka.

    Indeed right because the are representing BN and the people.

    ReplyDelete
  14. Cuma aktiviti turun padang ini dapat mendengar masalah rakyat. Dilihat juga dengan mata sendiri. Berkemungkinan repot kaki tangan tidak tepat dan dimanipulasikan.

    ReplyDelete
  15. Teruskan...Datuk Musa sememangnya seorang pemimpin yang boleh membantu membangunkan Sabah dan pada masa yang sama juga beliau akan cuba menyelesaikan masalah yang dihadapi di Negeri tersebut.

    ReplyDelete
  16. sebab itu jika kakitangan awam menjadi penyokong kuat pembangkang, pasti segala dasar serta agenda pembangunan negara oleh kerajaan akan gagal.. usaha membantu rakyat juga akan gagal kerana penjawat2 awam ini berpotensi mensabotaj program2 kerajaan untuk memberikan kelebihan kepada pembangkang..

    ReplyDelete