Oleh : KURNIAWATI KAMARUDIN
'1MALAYSIA' kini adalah antara slogan paling kerap dan meluas disebut-sebut di seluruh negara dari Sabah hingga Perlis oleh segenap lapisan masyarakat dan kumpulan etnik.
Tahap kesedaran terhadap gagasan cetusan idea Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang bertujuan memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk Malaysia, boleh dikatakan cukup tinggi.
Berdasarkan kajian yang dijalankan, penerimaan masyarakat terhadapnya mencapai tahap 86.3 peratus pada tahun lalu, sekali gus menunjukkan ia mendapat sambutan menggalakkan daripada rakyat.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata statistik itu diperoleh melalui kaji selidik yang dijalankan terhadap 22,541 responden pelbagai kaum di seluruh negara.
Tahap penerimaan masyarakat itu melebihi 1.3 peratus Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan kementerian berkenaan iaitu 85 peratus.
Kajian Penerimaan dan Pengamalan Masyarakat Terhadap Gagasan 1Malaysia 2011 itu dilaksanakan oleh Cawangan Penyelidikan KPKK, Jabatan Penerangan, Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) serta Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN).
Nampaknya konsep 1Malaysia, setelah tiga tahun diperkenalkan oleh kerajaan, kini berada pada landasan kukuh sebagai teras utama memacu negara mencapai status negara maju menjelang 2020.
Tujuan 1Malaysia
Konsep 1Malaysia bertujuan memperkukuh hubungan dan kerjasama antara rakyat pelbagai kaum sebagai senjata utama menghadapi pelbagai ancaman dan cabaran.
Jika dihayati sepenuhnya, 1Malaysia mampu menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih aman, stabil dan maju dalam semua bidang dan disegani seluruh dunia.
Perdana menteri mahukan rakyat Malaysia berdiri, berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia dan mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik.
Konsep 1Malaysia juga menuntut setiap warga dan pemimpin memainkan peranan masing-masing justeru prinsip 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'menjadi panduan.
Namun tidak semudah sebutan, konsep 1Malaysia menuntut rakyat lebih terbuka, berfikir dan bertindak melepasi sempadan kaum dan etnik masing-masing. Sejauh mana gagasan ini akan membawa negara, sememangnya bergantung pada tahap penerimaan dan penghayatannya.
Peranan Media
Untuk menyuburkan lagi semangat 1Malaysia, kerjasama pelbagai pihak terutama media, amat diperlukan kerana ia merupakan agen berganda iaitu agen penyebar maklumat agar ia sampai kepada seluruh masyarakat termasuk penduduk di luar bandar dan pedalaman dan agen perubahan.
Masih banyak ruang untuk mempertingkat keberkesanan dan peranan media terutama media alternatif, dalam menyemai dan memupuk konsep itu dengan lebih agresif, kata Dekan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Abdul Mua'ti@Zamri Ahmad dalam satu temubual dengan Bernama baru-baru ini.
"Satu kajian fakulti ini berhubung peranan media dalam menyampaikan konsep 1Malaysia mendapati masih banyak pendedahan terhadap usaha kerajaan dalam menyampaikan konsep 1Malaysia perlu dibuat bagi memastikan ia diserap sepenuhnya oleh masyarakat," jelas beliau.
Kaji selidik ke atas 500 responden di sekitar Lembah Klang yang menjadi sebahagian daripada tiga fasa dalam kajian itu mendapati penghayatan masyarakat di tahap sederhana.
"Konsep 1Malaysia adalah satu gagasan yang sangat baik kerana matlamatnya jelas untuk menyatupadukan rakyat berbilang kaum, etnik dan agama tanpa ada rasa curiga dan prasangka untuk bersama-sama membangunkan negara," katanya.
Dr Abdul Mua'ti berkata kaji selidik ke atas kumpulan lelaki dan perempuan yang majoriti berumur 26 hingga 35 tahun dari pelbagai latar belakang memperlihatkan tanggapan mereka terhadap konsep 1Malaysia adalah positif.
"Ia melibatkan 50 peratus lelaki dan 49.6 peratus perempuan dengan 48 peratus (Melayu), 36 peratus (Cina), 15 peratus (India) dan 0.6 peratus (kaum lain). Kesimpulannya, lagi tinggi pemahaman tentang konsep ini, lagi mudah untuk masyarakat menerima konsep 1Malaysia", katanya.
Persepsi Yang Positif Di Sabah Dan Sarawak
Ini diperkuatkan lagi hasil kaji selidik yang dilakukan Universiti Malaya (UM) tentang pandangan masyarakat terhadap inisiatif perdana menteri ini, yang menunjukkan mereka semakin memahami hasrat di sebalik konsep 1Malaysia, iaitu untuk mengeratkan perpaduan nasional yang berlandaskan kesaksamaan.
Kaji selidik itu dilakukan Institut Antarabangsa Polisi Awam dan Pengurusan UM ke atas 2,490 responden terdiri daripada 2,032 Melayu, 189 kaum Cina, 123 etnik Bumiputera Sabah dan Sarawak serta 80 kaum India.
Hasil kajian itu menunjukkan persepsi dan penerimaan dalam kalangan masyarakat Bumiputera Sabah dan Sarawak adalah tinggi.
Walaupun jumlah responden yang diambil di Sabah dan Sarawak adalah kecil, namun kefahaman dan penghayatan mereka lebih tinggi.
Kaji selidik itu juga mendapati responden wanita iaitu 83 peratus lebih optimis dan terbuka menerima dan menghayati konsep 1Malaysia berbanding responden lelaki 75 peratus.
Kajian yang dihasilkan UM itu tidak jauh bezanya dengan hasil kaji selidik yang dilakukan UPM yang mendapati responden lelaki mempunyai pengetahuan yang tinggi manakalan golongan wanita lebih positif terhadap 1Malaysia dan beranggapan konsep ini baik untuk negara dalam usaha menyatukan rakyat berbilang kaum.
Dr Abdul Mua'ti berkata dari segi umur, mereka yang berumur 45 tahun ke atas sangat terbuka dan tinggi penerimaan dan penghayatan mereka terhadap konsep 1Malaysia.
"Kumpulan umur ini sanggup menerima secara terbuka konsep ini kerana kemungkinan berkaitan dengan sistem nilai di samping pernah melalui kehidupan pada awal kemerdekaan iaitu selepas peristiwa 13 Mei.
"Keadaan ini menyebabkan pemikiran dan penerimaan mereka terutama dalam memperkatakan hubungan kaum sangat terbuka," katanya.
Beliau berkata bagi menyemai pemahaman dalam kalangan golongan muda, ia perlu dilakukan dengan lebih serius melalui pendedahan luas pelbagai media.
Perbezaan Pemahaman Dalam Kalangan Kaum
Malaysia sebuah negara unik yang mampu mengekalkan keamanan dan kesejahteraan yang didukungi kesatuan tiga kaum utama yang berbeza budaya, kepercayaan dan agama.
Berdasarkan itu, idea yang dicetuskan perdana menteri dengan mengenengahkan gagasan 1Malaysia adalah pendekatan terbaik yang memberi aspirasi dalam membina hubungan kaum dan etnik di negara ini.
Namun begitu Dr Abdul Muati berkata penghayatan dalam kalangan kaum di negara ini berhubung konsep 1Malaysia perlu dipertingkat.
Kedua-dua kajian dari UM dan UPM menunjukkan penerimaan dan penghayatan kaum Melayu lebih positif dan tinggi.
Pelbagaikan Pendedahan Media
Dr Abdul Muati berpendapat penyampaian tentang 1Malaysia melalui saluran televisyen lebih berkesan kepada masyarakat.
Hasil kaji selidik itu mendapati kebanyakan responden mendapat maklumat tentang 1Malaysia melalui berita di televisyen.
"Pengaruhnya (televisyen) kuat namun yang jelas setiap kaum di Malaysia baik Melayu, Cina dan India ada saluran pilihan mereka.
"Selain itu akhbar kita juga mengikut pecahan kaum. Akhbar Melayu, isu kaum Melayu, akhbar Cina isu masyarakat Cina, begitu juga dengan kaum India. Jadi tidak ada titik pertemuan yang membicarakan tentang persoalan orang Malaysia," katanya.
Beliau berkata filem dan drama tempatan juga semakin kurang memaparkan isu perpaduan kaum sedangkan ia adalah cara penyampaian secara kreatif dan halus yang mudah difahami dan terserap dalam hati masyarakat.
Berbanding filem arahan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, isu perpaduan sering diangkat dan mesej dalam filemnya diterima oleh semua kaum seperti filem Sarjan Hasan, Sesudah Subuh dan Gerimis.
"Sekarang ini kita lihat, penerbit Melayu hanya buat cerita Melayu, kalau Cina, buat kisah masyarakat Cina. Cuma akhir-akhir ini baru ada sedikit perubahan seperti pengarah Mamat Khalid dalam filem Estet dan Allahyarham Yasmin Ahmad (Sepet) yang mengenengahkan konsep Malaysia," katanya.
Perlu Lebih Serius
Menyoroti kehidupan yang dilalui pada tahun 70-an, Dr Abdul Muati berkata masyarakat ketika itu lebih sensitif dan menghormati kaum lain tanpa rasa curiga dan prasangka.
"Saya dulu bersekolah di Kolej Sultan Abdul Hamid, Kedah. Kawan baik saya Cina, India dan Siam. Mereka datang ke rumah, tidur baring di rumah. Saya juga pergi ke rumah mereka. Apabila saya datang ke rumahnya, dia tambat anjingnya ke belakang rumah kerana tahu sensitiviti saya.
"Sampai soal makan pun dia tahu mana yang boleh makan atau tidak untuk orang Islam, malah kalau lepas sekolah, ketika saya menunaikan solat, dia tunggu di tangga surau sampai saya habis solat. Tetapi generasi hari ini tidak seperti itu, masing-masing lebih mementingkan diri sendiri kerana tidak tertanam dalam jiwa mereka semangat perpaduan itu sejak kecil.
"Hari ini, kita sering membesarkan isu yang kecil, tidak sensitif dan semakin hilang rasa hormat menghormati," katanya.
Beliau berkata pada tahun 60-an dan 70-an, masyarakat ketika itu lebih toleran di mana tidak membesarkan perbezaan namun berusaha mencarik titik persamaan.
Pemimpin termasuk pembangkang, katanya, perlu lebih serius bercakap dan membicarakan isu perpaduan serta perlu jujur memperkatakannya dengan menggunakan media sebaik-baiknya agar rakyat benar-benar faham.
"Ia perlu diterjemahkan dalam bentuk pelaksanaan kerana kita tidak mahu bercakap tentang 1Malaysia, namun dalam masa yang sama ada pihak yang mahu menjadi juara dalam kalangan bangsanya.
"Begitu juga dengan media yang memperkatakan isu perpaduan, namun dalam masa yang sama mengeluarkan berita dan isu yang bertentangan. Ini akan menyebabkan rakyat keliru dan tidak sampai kepada matlamat dan maksudnya," katanya. (BERNAMA)
Hope that the 1 Malaysia concept can be realized, Najib must lead the way as an example to the people.
ReplyDeleteWalk the talk now: 1 Malaysi, People First, Performance Now!
ReplyDeleteThis effort of dissemination of the1Malaysia concept and philosophy is successfully being conducted by the main stream media, along side with ASTRO.
ReplyDeleteApart from airing news related to 1Malaysia, private advertising enterprise too have created advertisements that centers on this concept.
ReplyDeleteThe efforts too have been solidified with via usage of online social media (facebook), mircro blogging sites (twitter).
ReplyDeleteIn the case of Sabah, Sabahan has been living in this concept long before the of 1Malaysia to some extent it impresses the PM.
ReplyDeleteApart form that, the state government has been very vocal promoting 1Malaysia as well as the spirit of unity in diversity.
ReplyDelete1Malaysia
ReplyDeletekonsep 1Malaysia telah lama dilaksanakan di Sabah dan Sarawak, walaupun Sabah dan sarawak terdapat plbagai kaum, namun mereka hidup bersatu padu.
ReplyDeleteMedia bertanggungjawab untuk salurkan maklumat yang benar dan tepat.
ReplyDeleteMaka mari kita sama-sama menyokong slogan 1 Malaysia untuk semua rakyat di Negara kita ini.
ReplyDeleteslogan ini amat sesuai untuk sebuah negara yang mana masyarakatnya terdiri dari pelbagai bangsa dan agama.. secara jujurnya, pelaksanaan kerajaan setakat ini sangat menepati konsep 1Malaysia..
ReplyDelete