Sabahkinitv Production

Loading...

Wednesday, March 7, 2012

RAMAI 'JUTAWAN' DI LAHAD DATU?

Oleh : MUTALIB M.D

KEJAYAAN Polis Diraja Malaysia memberkas 'Jutawan' Lubnan, Elie Youssef Najem yang memiliki wang palsu Amerika bernilai USD1 juta (denominasi USD100,000) tidak membimbangkan ramai 'Jutawan' di Lahad Datu daripada terus menipu dengan menjual wang palsu tersebut secara terbuka.

Siasatan Sabahkini.net mendapati ramai 'Jutawan' di Lahad Datu memiliki antara 200 hingga 300 keping wang palsu Amerika bagi denominasi USD100,000 yang didakwa dibeli daripada penyeludup dan pengurup wang haram daripada Filipina dengan harga antara RM100 hingga RM500 sekeping setelah 'agen' mereka di bank perdagangan Lahad Datu mengesahkan wang tersebut adalah tulen.

Bagaimanapun, mereka tidak dapat menukar wang tersebut di Pengurup Wang atau Bank Perdagangan kerana agen mendakwa hanya boleh ditukar di Bank Negara Malaysia atau di Singapura atau Amerika.

Namun setelah mendapati diri mereka tertipu, mereka tidak berani membuat laporan polis kerana menyedari memiliki wang palsu adalah satu kesalahan jenayah di Malaysia.

Ramai di antara mangsa kerugian antara RM20,000 sehingga RM50,000 setelah terpedaya dengan penipuan kumpulan sindiket yang semakin galak memperdaya mangsa, setelah ramai di antara pembeli berjaya menukar di pasaran gelap dengan harga antara RM1,000 hingga RM5,000 sekeping.

"Nasib saya hanya beli sepuluh keping sahaja, jika tidak habis wang simpanan saya," ujar Hamizin Jamal sambil menyerahkan dua keping wang palsu berkenaan untuk meminta bantuan menukar wang tersebut di Bank Negara Malaysia sebagaimana disarankan agen.

Setelah menemui Sabahkini.net, barulah Hamizin sedang bahawa wang berkenaan palsu setelah dimaklumkan bahawa nilai paling tinggi wang kertas dolar Amerika Syarikat sekarang ialah US$100 dan bukannya USD100,000.

"Rupa-rupanya saya macam beli wang mayat iaitu yang digunakan ketika pengkebumian orang mati kerana tidak laku lagi, sekalipun pernah digunakan sekitar tahun 1934,” kata Hamizin yang tidak dapat menahan ketawa, namun meminta agar gambarnya tidak disiarkan kerana bimbang dicederakan samseng yang diupah agen atau sindiket berkenaan.

Menurut Undang-Undang, pemilik wang palsu boleh didakwa mengikut Seksyen 489 (C) Akta Tatacara Jenayah dan jika didapati bersalah, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara hingga 10 tahun dan denda.

8 comments:

  1. Hopefully the people will be not be fooled by these fake money.

    ReplyDelete
  2. lain kali jgn mudah terpedaya, kegiatan wang palsu kena dibanteras.

    ReplyDelete
  3. Mereka yang terlibat dengan wang palsu perlu ditangkap dan dijatuhkan hukuman sewajarnya.

    ReplyDelete
  4. jangan mudah terpedaya dengan pertukaran gelap.

    ReplyDelete
  5. selidik sebelum percaya dengan apa yang diberikan..

    ReplyDelete
  6. kenapa pembeli wang palsu ini tidak terfikir yang penjual wang palsu ini sebenarnya boleh mendapatkan kekayaan pada bila2 masa memandangkan beliau mempunyai wang palsu sebanyak itu?? kenapa perlu dia jual sekiranya benar wang itu boleh ditukar??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ketamakan boleh "membutakan" seseorang individu itu.

      Delete
  7. Dua jenis orang tamak, yang licik selalu untung..yang lurus selalu rugi.

    ReplyDelete