Wednesday, 7 March 2012

DR M DAKWA AMERIKA SOKONG ANWAR JADI PM

BERDASARKAN laporan akhbar dan majalah yang disiarkan di Amerika Syarikat, adalah jelas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat sokongan daripada negara itu untuk menjadi Perdana Menteri, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dalam entri terbarunya di blognya yang bertajuk 'Peperangan Mesir Melawan NGO', Mantan Perdana Menteri itu berkata, apa yang dilakukan oleh Amerika terhadap negara Arab akan dilakukan juga di Malaysia.

"Campur tangan Amerika dalam gerakan bagi menjatuhkan kerajaan negara yang tidak sependapat dengannya amat jelas,” katanya.

Menurut Dr Mahathir dalam usaha mengangkat Anwar menjadi perdana menteri, bantuan dari segi kewangan dan media turut diberi oleh negara itu kepada badan bukan kerajaan (NGO) yang dilihat cenderung menghasut dan memburukkan kerajaan pusat.

“Sudah tentu di Malaysia juga pembiayaan badan-badan NGO dilakukan untuk menjayakan 'Regime Change' (pertukaran pemerintah).

"Mereka kononnya tidak puas hati dengan dasar kerajaan mengenai hak asasi manusia termasuk seksualiti bebas (menghalalkan zina, perkahwinan sejenis, menghapus institusi perkahwinan dan kekeluargaan, dan liwat).

“Sebenarnya tujuan mereka ialah untuk menjayakan hasrat Amerika agar Malaysia dapat menjadi alat mereka," kata Dr Mahathir.

Selain itu, katanya, setelah Anwar menjadi Perdana Menteri, tuntutan 'NGO' berkenaan akan dihalalkan.

Menurut beliau lagi, sebagai penyokong kuat Israel, Amerika akan memujuk Anwar supaya mengadakan hubungan diplomatik dengan negara Yahudi itu.

"Malaysia merdeka. Tetapi apabila kuasa asing dapat menukar kerajaan Malaysia dengan pelbagai cara yang haram, apakah Malaysia akan terus merdeka?” soalnya.

Dr Mahathir berkata terpulang kepada rakyat negara ini menentukan sama ada mereka mahu Malaysia menjadi alat Amerika yang merupakan penyokong kuat Israel dengan menyokong puak yang menerima bantuan dan sokongan berkenaan.

"Tetapi jika kita ingin betul-betul merdeka, tidak dikongkong oleh Amerika dan sekutunya, tolaklah mereka yang sanggup diperalatkan oleh mereka untuk menukar kerajaan," katanya lagi.

8 comments:

  1. Amerika mmg suka jika Anwar jadi PM, kerana mereka boleh gunakan Anwar untuk memasuki negara kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekiranya ada kuasa luar mahu masuk campur mengenai hal negara M'sia pasti suatu hari nanti kita akan dinaugi lagi oleh mereka.

      Delete
    2. M'sia lantang bersuara di persada antarabangsa. Ini mungkin menyebabkan AS tidak berapa gemar dengan kelantangan kerajaan M'sia itu. AS boleh saja gunakan DSAI untuk menentang kerajaan M'sia.

      Delete
  2. Mungkin itu ada kebenarannya. Kerana mungkin Anwar satu bulu dengan AM.

    ReplyDelete
  3. Anwar sering kali keluar dimedia luar ini nampak sekali Anwar disokong oleh pihak luar.

    ReplyDelete
  4. sepanjang perbicaraan kes liwat Anwar, dianggarkan beliau terpaksa menghabiskan hampir rm10 juta untuk mengupah peguam2 handalan.. adakah Anwar sememangnya mempunyai kekayaan seperti itu? atau menggunakan dana awam sebagaimana kerajaan selangor membiayai kos guaman wakil rakyat seri muda?? atau beliau ditaja oleh kuasa asing??

    ReplyDelete
  5. perhimpunan Bersih juga kemungkinan besar didalangi oleh parti politik.. dan persoalannya, dimanakah penganjur Bersih memperolehi dana sehingga mampu menganjurkan perhimpunan itu, malah menular hingga ke luar negara?? benarkah dakwaan bahawa peserta Bersih dibayar??

    ReplyDelete
  6. Tidak mustahil jika ada pihak luar yang menyokong pihak pembangkang di negara ini.

    ReplyDelete