Oleh : MUTALIB M.D
AGITASI politik semasa meletakkan Barisan Nasional semakin cemas ekoran rakyat Sabah hampir sepakat dengan nada yang sama menuntut penubuhan Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) yang telah dinafikan sejak kad pengenalan projek dikeluarkan di Sabah pada 1973 oleh Allahyarham Tun Mustapha!
Tanpa merit, tidak ada yang berani melakukan sesuatu untuk mengheret Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan dalang di sebalik semua kegiatan haram mengklonkan pendatang asing tanpa izin (PATI) sebagai Warganegara Malaysia melalui pemberian kad pengenalan biru.
Kejayaan Tun Mustapha dan rakan sekutunya di Semenanjung Malaysia, dengan usaha bersungguh-sungguh Pitting Ali, telah berjaya meramaikan rakyat Sabah; sekalipun dalam skala yang masih kecil.
Setelah Tun Mustapha tumpas kepada 'Berjaya', Harris Salleh yang menyedari senario politik ketika itu bagaikan telur di hujung tanduk telah mengambil langkah tegas mengubah lanskap politik dan menyusun semula demografi Sabah agar bumiputera Islam menjadi penentu masa hadapan politik Sabah.
Dengan pandangan jitu, Harris meyakini bahawa Kerajaan Persekutuan boleh mendaftar mana-mana pendatang dalam masa tiga minit, tiga jam, tiga bulan atau tiga tahun. Tidak ada undang-undang yang menetapkan tempoh dan jika Kerajaan Persekutuan ingin mengubah corak mengundi di Sabah untuk selamanya, maka ia boleh dilakukan semudah menandatangani dokumen.
Pengakuan Mantan Ketua Daerah Sandakan, Hassnar M.P Ebrahim bahawa Harris telah menyuruhnya menemui Megat Junid Megat Ayub (Allahyarham) dan menjalankan Projek Sulit secara 'Open Secret' tidak boleh dipandang ringan.
Kata Hassnar, beliau kini insaf kerana telah menjadi hamba abdi kepada pemimpin politik yang kononnya memperjuangkan nasib dan masa hadapan bangsa Melayu; sebaliknya menjadi petualang negara bertopengkan kuasa dan membelakangkan undang-undang dan perlembagaan negara; begitu mengesankan.
Sejak daripada itu, amalan merekrut PATI diteruskan pemimpin politik dengan subahat Menteri Dalam Negeri dan Perdana Menteri; termasuk UMNO, sebelum merampas kuasa daripada PBS melalui 'OPS Gembleng' dan kini 'Ops Palau'.
Sikap rakyat Sabah seperti api di tanah gambut tidak banyak membantu sehingga saya terpaksa berjuang berseorangan mengumpul dana, bukti dan menulis buku IC PALSU Merampas Hak Rakyat Sabah; Pengundi Untuk Disewa; IC PROJEK Agenda Tersembunyi Mahathir dan 007-Lelaki Malaysia Terakhir sebagai usaha terakhir saya sebelum kembali kerahmatullah.
Ketakutan mereka yang amat sangat kepada Kerajaan Persekutuan, termasuk kepada Ketua Menteri, Perdana Menteri serta PDRM menyebabkan mereka tidak berani bertindak mempertahankan maruah ibu pertiwi yang tercemar oleh kerakyatan segera atas motif politik; termasuklah 15 Pegawai JPN dan 25orang awam yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri pada 1995.
Hasil percambahan fikiran 'Think Tank' ketika itu, cucu cicit pahlawan Sabah yang terkenal sebagai 'Pemotong Kepala' (Pengait) sebelum merdeka; tidak berani tampil untuk melaksanakan 'visi' memberi pengajaran kepada 'Pengundi Hantu' pada pilihanraya umum 1999.
Ketika itu, satu kumpulan belia keturunan 'Pejuang Sabah' mencapai kata sepakat untuk menangkap beberapa orang 'Pengundi Hantu' iaitu warga asing yang mendapat kad pengenalan projek; mencungkil mata mereka, mengerat ibu jari dan menggantung 'Pengundi Hantu' di tiang elektrik atau di jejantas Segama; sekadar untuk menakutkan mereka agar tidak keluar membuang undi.
Tetapi entah di mana silapnya, kesemua yang bersumpah untuk melakukan 'Tugas Murni' tersebut dilaporkan hilang tanpa jejak sehingga kini. Sekalipun kelihatan agak 'brutal dan barbarian', apakah mereka ada pilihan ketika itu kerana PATI yang menjadi pengundi hantu dilindungi PDRM?
Tindakan mereka jika menjadi kenyataan, lebih mulia daripada arahan Mantan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Maulana Babjee yang memberikan senjata kepada Hassnar Ebrahim dan mengarahkan beliau membunuh beberapa orang Kadazandusun agar menimbulkan 'Mageran' ketika berlaku 'Rusuhan 1986'.
Namun semuanya kini hanya tinggal sejarah kerana semua PATI yang berkampung di Masjid Negeri Sembulan pada 1986 dan anak beranak mereka kini telah memiliki Mykad dan menjadi Pegawai Kerajaan dan memiliki kerakyatan Sabah secara sah sekalipun melalui pintu belakang.
Pemimpin Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini bermain wayang dengan menggesa Kerajaan Pusat menubuhkan RCI bagi menyiasat isu pendatang asing tanpa izin (PATI) yang diberikan hak kewarganegaraan; itupun setelah khuatir dengan peningkatan mendadak pengundi dari kalangan PATI.
"Ini bukan isu Sabah (Projek IC), sebaliknya ini adalah isu negara keseluruhannya," katanya dalam satu sidang media di Ibu pejabat PKR setelah Perdana Menteri Bangladesh, Sheik Hasina Wajed membuat kenyataan mengejutkan apabila mendakwa rakyat negara itu yang bekerja di Malaysia diberi kerakyatan mudah jika mengundi Umno-BN.
Kenyataan itu dipetik dari www.ngoab.gov.bd iaitu laman rasmi Hal Ehwal badan bukan kerajaan (NGO) Jabatan Perdana Menteri negara itu. Bagaimanapun pendedahan itu dipadamselepas 24 jam disiarkan.
Anwar mendesak Kerajaan agar memandang serius isu kerakyatan songsang tersebut dan bukannya menjadikan ia sebagai suatu agenda politik sempit, kerana masalah ini adalah masalah yang melibatkan kepentingan seluruh negara.
"Oleh yang demikian status kewarganegaraan pendatang asing ini harus disahkan sama ada mereka layak atau tidak mengundi sebelum pilihanraya umum akan datang," jelas Anwar yang bagaikan Harimau menyimpan kuku kerana mustahil beliau tidak terlibat kerana beliau pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Kabinet.
VIDEOKLIP ANWAR DESAK PENUBUHAN RCI
Dalam temuramah wartawan Malaysiakini, Kow Gah Chie, Mantan Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada 9 Disember 2011, beliau menafikan penglibatannya dalam 'Projek IC' yang didakwa sebagai 'Operasi Rahsia' pada tahun 1990-an untuk memberi kad pengenalan kepada warga asing untuk mengundi Barisan Nasional (BN).
Mahathir bertegas bahawa namanya telah digunakan dalam operasi tersebut, tetapi tidak menafikan menyedari kewujudannya.
Dr Mahathir berkata, ramai orang yang menggunakan namanya, dan "itu tidak bermakna saya bersetuju (dengan program itu)."
Katanya, beliau tidak dapat menghalang mereka daripada menyalahgunakan namanya.
Dr Mahathir mempertahankan dasar kerajaan untuk membenarkan rakyat asing yang tinggal di sini selama lebih satu dekad, fasih dalam Bahasa Malaysia dan telah menunjukkan kesetiaan kepada negara memohon kewarganegaraan.
Diminta mengulas mengenai cadangan menubuhkan RCI untuk menyiasat 'Projek IC', Dr Mahathir nampak terkejut dan berkata dia tidak tahu mengenai projek tersebut.
Ditanya sama ada beliau mengalu-alukan penubuhan RCI untuk membersihkan namanya, Dr Mahathir menjawab bahawa beliau tidak peduli (sama ada namanya) dibersihkan atau tidak. Baginya, isu tersebut langsung tidak relevan.
Persoalannya, apalah yang dapat kita sandarkan kepada RCI yang masih jauh berliku jika rakyat Sabah masih bingung dengan apa yang mereka mahukan daripada RCI; saling tak tumpah seperti 'Mahkamah Kangaroo' kerana tidak mungkin Kerajaan Persekutuan dapat mencabut kerakyatan PATI yang sudah diberi kerakyatan songsang; apatah lagi mereka adalah 'Fixed Deposit' yang dibanggakan selama ini.
Sekalipun RCI adalah mercutanda kejayaan saya dan sepatutnya diraikan bersama rakyat Sabah yang lain; tetapi tanpa 'Political Will', hanya impian kosong kerana saya sendiripun buntu. Apa yang dapat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib lakukan untuk mengatasi masalah yang ditinggalkan pemimpin terdahulu termasuk Mahathir dan Pak Lah?
Najib bagaikan orang mabuk kepayang, ditelan pahit, dibuang sayang. Diluah mati emak, ditelan mati bapa. Begitu ramai Pengarah, Pegawai Kanan Kerajaan yang menguatkuasa undang-undang; malah sudah ada ADUN di Sabah, iaitu Adun Sebatik, Abul Muis Picho adalah pemegang MyKad songsang; malah ada yang menyambut hari lahir pada 30 Februari!
Mencabut kerakyatan mereka? Mustahil kerana dalam kes Salman Majid yang mengaku lahir di Pakistan telah dilepas dan bebaskan tanpa syarat oleh Mahkamah kerana memiliki MyKad berasaskan IC Projek; apatah lagi Harris tampil sebagai saksi memberi keterangan yang berpihak kepada Salman Majid.
Menghantar mereka balik ke negara asal? Lagi mustahil kerana mereka tidak memiliki kerakyatan negara asal mereka; sama ada telah dibuang atau mereka lahir di Sabah, ketika ibu bapa mereka tidak mempunyai apa-apa melainkan kemaluan yang digunakan untuk memproses mereka.
Menyumbat mereka ke dalam penjara? Mana ada penjara yang mampu menampung lebih 1.6 juta PATI di Sabah?
Mengumpul mereka di sebuah pulau atau padang dan melakukan Jabidah atau Hollocaust seperti yang dilakukan oleh Hitler terhadap enam juta masyarakat Yahudi? Tambah mustahil kerana bukan sahaja akan dibantah oleh masyarakat dunia, malah oleh Menteri dan PDRM sendiri kerana ramai di antara mereka mempunyai isteri dan gundik yang terdiri daripada PATI yang mendapat MyKad songsang ini.
Menghukum mereka menurut undang-undang? Undang-undang apa yang boleh menghukum mereka? Undang-undang Imigresen atau Akta Pendaftaran Negara? Tidak mungkin kerana mengikut rekod JPN, MyKad mereka ada sah menurut undang-undang.
Menurut Pemikir Peranchis, Alexis de Tocqueville, hanya ada satu undang-undang sejagat yang disepakati oleh sebilangan besar manusia. Undang-undang itu adalah keadilan. Keadilan merupakan batu penjuru bagi undang-undang setiap negara.
Tetapi keadilan yang macam mana kita mahu tuntut, sedangkan kita terus berbalah dan membuat tafsiran masing-masing; apatah lagi Ahli Falsafah Greek, Aristotle pernah berkata; "betapakah banyaknya perbalahan yang mungkin telah dapat dipendekkan menjadi satu paragraf, kalaulah yang berbalah itu telah berani untuk menerangkan syarat-syarat mereka."
Walaupun saya percaya esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlaku pada hari ini, tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang terjadi pada hari esok.
Tetapi apakah rakyat Sabah, termasuk ahli politik mahu Najib lakukan terhadap 'Warga Penyu' atau 'Warga Pra-Matang' atau 'Warga Mi Segera' ini?
RCI memang sedap pada nama, tetapi apa kesudahan dan hasil yang diperolehi daripadaRCI yang bakal menelan belanja jutaan ringgit; sedangkan Projek 6P masih tertunda dan belum tahu bila kerajaan Persekutuan akan menggempur PATI yang degil mendaftarkan diri mereka untuk dihantar balik atau diberi dokumen melalui kedutaan masing-masing.
Mengharapkan Najib melakukan silap mata dengan menekan butang 'delete' kepada data Alis di JPN untuk memadamkan semua data 'IC Projek' umpama mengharapkan Yayasan Sabah memberikan saham kepada 3.2 juta rakyat sabah (termasuk pemegang IC Projek) atau mengimpikan Saham Amanah Sabah membayar dividen kepada pelabur?
Hadirnya RCI kelak akan menjadi saling tak tumpah seperti SUHAKAM yang fungsinya hanya menjinakkan 'Anjing Liar' sebelum menambat anjing itu dengan tali janji yang tidak berkesudahan; malah terus hilang kegarangan kerana tertambat pada tiang kuasa.
Saya tidak boleh mengharapkan Najib menunjukkan binatang buruannya, tetapi sekadar menunjukkan kepala 'Rusa' sedangkan tanpa saya sedari bahawa rusa yang ditunjukkan itu berbadankan khinzir?
Sehubungan itu, saya mengharapkan agar cerdik pandai, pejuang Sabah, Peguam dan warga Sabah yang prihatin memberikan cadangan atau buah fikiran kerana saya yakin akan dipanggil mengadap RCI sebaik sahaja ditubuhkan secara rasmi pada sidang parlimen akan datang.
Akhir sekali, tanpa 'Political Will' bak kata Shakespeare; "Hendak menjadi ataupun tidak, itulah persoalannya. Apa lebih muliakah di fikiran untuk menderitai segala ali-ali dan damak dari nasib yang mengerikan atau untuk mengangkat senjata menghadapi selaut kemelut; dan dengan menentang atau mengakhirinya? Untuk mati, untuk tidur dan tidak mungkin lagi. Jesteru dalam tidur maut itu, impian apakah yang boleh datang?"
penubuhan RCI nanti diharap dapat dilaksanakan dengan jayanya dan bebas dari sebarang manipulasi.
ReplyDeleteWe will have to wait for the PM to make an official announcement regarding the set up of RCI in sabah. Lets just hope that the proposal will be approved.
DeletePerlaksanaan RCI masih lagi belum dipastikan bila akan dilaksankan. Namun klu cuma diberikan selepas considerations mengenai RCI ini tamat.
ReplyDeleteRCI pasti akan ditubuhkan setelah perbincangan mengenainya selesai. kita tunggu sahaja.
ReplyDeleteAt least at this point of time, the RCI for the illegal immigrant is at its finalizing phase.
ReplyDeleteOnce the term of reference is completed, hopefully the PM will announce it at earnest
ReplyDeleteHuman themselves complicate the problem.
ReplyDeletepara pemilik projek IC tidak akan sekali2 mengatakan bahawa IC mereka adalah palsu atau berstatus projek IC.. jika ditanya, mereka akan cakap bahawa IC mereka dikeluarkan oleh kerajaan dan pemimpin negara.. sama juga dengan pencuri.. mereka tidak akan mengaku yang mereka mencuri..
ReplyDeletesaya tidak heran jika sehingga hari ini masih wujud sindiket yang memberikan kad pengenalan kepada warga asing sebagaimana yang berlaku di Tawau.. sindiket ini sentiasa berada dalam keadaan selamat kerana semua pihak akan menuding jari kepada kerajaan, bukannya sindiket2 ini..
ReplyDelete