Wednesday 11 April 2012

40 SERTAI KEMBARA UJIAN LENCANA PENGAKAP


PENJELASAN...Kelihatan Musfadlee berdiri (depan kiri) sedang memberikan penjelasan kepada para pelajar yang menyertai program tersebut.

Oleh : JAAFAR ABDUL WAHID

SERAMAI empat puluh orang pelajar dari SK Tambulion dan SK Piasau yang terdiri dari kumpulan Pengakap Kanak-Kanak Daerah Kadamaian telah mengikuti Program Kembara dan Ujian Lencana Pengakap Kanak-Kanak yang telah diadakan di SK Piasau, Kota Belud baru-baru ini

Acara yang dimulakan dengan murid dari Sk Tambulion menuju ke SK Piasau dengan berjalan kaki sejauh 10km yang mana acara berjalan kaki ini adalah aktiviti yang sangat sinonim dengan aktiviti Pengakap sekitar Daerah Kadamaian.

Berucap semasa melancarkan program tersebut Pesuruhjaya Pengakap Daerah Kota Belud, Mirza Affendy berkata, murid-murid seawal peringkat sekolah rendah jika didedahkan dengan aktiviti positif seumpama ini dapat mencegah generasi muda masa kini dari terjebak dengan gejala-gejala yang tidak sihat.

Katanya, pengalaman yang diperolehi oleh pelajar sekolah yang menyertai program kembara tersebut dapat mendidik pelajar untuk berdikari tanpa sebarang masalah pada masa akan datang

"Ia juga dapat memberikan semangat kepada mereka (pelajar ) agar mereka terus berusaha untuk memajukan diri dari semasa ke semasa sekaligus dapat membina satu generasi yang berjiwa kental dalam apa jua situasi," katanya

Sepanjang program tersebut para peserta diberikan ujian antaranya memasak alam rimba, ujian beberapa lencana berkaitan termasuk kursus pendek laung agung yang dibimbing dan dikawal selia oleh Penolong Pesuruhjaya Daerah iaitu Musfadlee Bin Bundah.

KENANGAN... Mirza Affendy dan Musfadlee merakamkan gambar kenangan bersama para peserta yang menyertai program tersebut.

Dalam pada itu, Musfadlee berharap program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang agar aktiviti berpengakap ini tidak pupus ditelan zaman.

Sambil melahirkan penghargaan dan terima kasih Persatuan Pengakap Daerah Kota Belud, Guru Besar SK Tambulion Apin Sigat dan Guru Besar SK Piasau, Biteh @ Betty Linggin atas komitmen yang begitu tinggi yang diberikan sehingga program tersebut dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Musfadlee berharap lebih banyak sekolah di daerah tersebut dapat menlaksanakan program seumpama ini.

"Kita akan sedia membantu dan memberikan sokongan terhadap perlaksanaan program seumpama ini dan kita akan menerima sebarang cadangan orang ramai atau ibubapa mereka boleh berhubung terus dengan Pesuruhjaya Pengakap Daerah Kota Belud di talian 016-8236233," jelas Musfadlee lagi.

No comments:

Post a Comment