Oleh : ABDUL RAHIM SABRI
DATUK Bandar Kuala Lumpur,
Tan Sri Ahmad Fuad Ismail memberi amaran kepada Gabungan Pilihan Raya Bersih
dan Adil (BERSIH) dan penyokongnya bahawa tindakan keras akan diambil jika
mereka meneruskan hasrat untuk berhimpun di Dataran Merdeka pada 28 April ini.
Bertegas dengan keputusannya
tidak membenarkan Dataran Merdeka digunakan untuk perhimpunan tersebut, Ahmad
Fuad menegaskan tindakan yang sama akan diambil sepertimana tindakan terhadap
kumpulan mahasiswa anti-PTPTN yang 'berkampung' di tempat yang sama.
"Seperti (mahasiswa)
anti-PTPTN, contoh yang sama juga kita akan ambil jika mereka melanggar
undang-undang. Bila tiba masanya, tindakan akan kita ambil...Untuk menjamin
keselamatan, kita serah kepada polis... Bagilah kita bekerja juga,"
katanya dalam sidang media selepas bertemu dengan delegasi BERSIH di pejabatnya,
kelmarin.
Demo anti-PTPTN menyaksikan
enam aktivis ditahan polis dan ada barangan mereka dirampas oleh Dewan
Bandaraya Kuala Lumpur.
Pertemuan hari ini menemui
jalan buntu apabila kedua-dua pihak gagal mencapai kata sepakat berhubung
lokasi alternatif yang dicadangkan.
BERSIH berkeras mahu tetap
berhimpun di Dataran Merdeka, sebaliknya Ahmad Fuad mencadangkan mereka
mengubahnya ke Stadium Merdeka - yang terletak kira-kira 1km dari situ.
Ditanya sama DBKL akan
menghalang penyokong gabungan itu untuk berhimpun di situ, Ahmad Fuad berkata
adalah menjadi tanggungjawab DBKL untuk menjaga Dataran Merdeka dan ia terikat
undang-undang yang digunapakai sejak 1992.
"Kita akan berpegang
kepada undang-undang yang ada. Dan Akta Perhimpunan Aman yang memberikan
(keizinan berhimpun) di tempat-tempat yang tertentu. Tetapi tempat yang tak
boleh, itu yang (mereka) nak masuk," katanya.
Ditanya sama Dataran Merdeka
akan ditutup pada tarikh tersebut, Ahmad Fuad berkata pihaknya akan berbincang
dengan pihak tertentu termasuk pihak polis berhubung perkara itu kerana khuatir
akan berlakunya "pertembungan" jika perhimpunan itu diteruskan di
situ.
"Kalau berlakunya
konfrantasi... Kita kata ia perhimpunan aman, sedangkan orang lain kata bukan
perhimpunan aman, jadi ada dilema di situ.
"Jika berkaitan dengan
ketenteraman, ia diserahkan kepada polis, kita akan menjaga tempat kita,"
katanya sambil menambah Dataran Merdeka merupakan tempat kedua popular yang
dikunjungi pelancong.
Ahmad Fuad turut membidas
rancangan BERSIH yang didakwanya memberi indikasi akan duduk di atas jalan
sekiranya DBKL tidak memberi keizinan gabungan itu berhimpun di situ.
"Tadi kata perhimpunan
aman... Saya tak fahamlah. Jangan bikin kerja susah (untuk) DBKL. Itu nampak
gayanya tak berapa amanlah," katanya sambil menambah ia bakal menimbulkan
kemarahan orang awam yang mahu menjalankan aktiviti harian mereka.
Sehubungan itu, Ahmad Fuad
mendakwa BERSIH cuba menimbulkan huru-hara kerana tidak mengikut undang-undang
yang telah ditetapkan.
"Siapa yang (cuba)
timbulkan huru-hara... kita beri alternatif, mereka tak beri alternatif,"
katanya. (MKini)
Bagaimana agaknya perhimpunan Bersih 3.0 hari ni?Jadikah di Dataran Merdeka?
ReplyDeleteEsok gerenti keluar sudah isu2 baru ni.
ReplyDeletesekarang psti ramai dah berhimpun di Dataran Merdeka. harap tiada kekecohan berlaku.
ReplyDeleteSemakin dihalang, semakin mereka akan memberontak.
ReplyDeletesemakin dihalang, semakin mereka suka.. mereka lagi suka jika FRU bertempur dengan peserta2 Bersih.. bagi mereka itu isu paling mujarab untuk melakukan rampasan kuasa..
DeleteHarap2 la perhimpunan ini tidak menjadi teruk!
ReplyDeletePerhimpunan aman yang umpama rusuhan..
DeleteSiswah2 jangan mudah terpedaya dan diperalatkan untuk kepentingan politik pihak2 tertentu
ReplyDeleteBERSIH tidak sepatutnya disokong.
ReplyDeletejika pakatan memerintah negara ini, tidak mustahil mereka juga akan menggunakan kuasa mereka bagi menyekat sebarang tindakan pihak lawan yang boleh merosakkan imej mereka atau pentadbiran mereka.. lihat saja bagaimana mereka memecat Hassan Ali, menghina penduduk asli Sarawak dan banyak lagi.. itu belum lagi ada kuasa.. entah apa akan jadi jika mereka ada kuasa sebagai parti pemerintah..
ReplyDelete