Oleh : MUTALIB M.D
LEBIH RM 80 juta telah dibelanjakan
untuk menaiktaraf Skim Bekalan Air di Tenom, tidak termasuk dua kontrak baru Skim
Bekalan Air Luar Bandar (BALB) melalui Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan
Wilayah (KKLW); masing-masing bagi Projek BALB Sistem Retikulasi Tahun
2011/2012 Negeri Sabah Zon 16B, Tenom, Sabah (KKLW.T.98/2011) yang dilaksanakan
Poteck Enterprise Sdn Bhd dengan kos RM10,422,536.00 dan Projek Sistem Bekalan
Air Tenom, Sabah, Fasa 2, (KKLW.T .188/2011 yang dilaksanakan oleh Asli Jati
Engineering Sdn.Bhd. dengan kos RM28,888,888.00, namun isu 'Paip Air Menari
Lansaran' belum juga selesai dan terus menari mengikut rentak Sambulayang dan
alunan Lepa-Lepa.
Kenapakah Perdana Menteri
membiarkan Menteri KKLW yang mendakwa dirinya sebagai 'Golden Eyed Boy' Najib memboros
wang rakyat dalam Projek NKRA dengan melakukan 'Penggubahan Wang Haram'
melalui Projek BALB yang disifatkan sebagai sebagai Projek 'Top-Up' untuk
mengumpul dana pilihanraya bagi Menteri KKLW?
Tiba masanya Najib melakukan
pembersihan dan transformasi politik terutama dua projek ini yang diberikan oleh
Menteri KKLW kepada dua tokoh kontroversi iaitu Senator Chin Su Phin dan Datuk
Peter Anthony melalui kontrak runding harga yang berautonomi; namun gagal menyelesaikan isu
bekalan air di Tenom.
Saksikan VIDEO betapa hebatnya
jampi serapah Menteri KKLW, bukan sahaja Zahida Rafik jatuh hati, malah sehinggakan
'PAIP AIR PUN PANDAI MENARI' ketika masyarakat Murut mula menghitung hari untuk
meneruskan tradisi menyokong BN atau berdiam diri dan membuat keputusan melalui
peti undi!
Kena pastikan setiap projek dibuat dengan baik dan ikut perancangan untuk elak pembaziran dan kesilapan.
ReplyDeleteSiapa kontraktor yang terlibat? Pemilihan kontraktor yang bertanggugjawab amat penting agar projek berjalan dengan lancar.
ReplyDeleteSekiranya masalah tu disebabkan kontraktor maka kerajaan harus mendesak kontraktor tu untuk menyiapkan kerja2 tu secepat yang mungkin
DeleteBukan masalah bekalan elektrik saja yang dihadapi oleh penduduk Tenom malah masalah air juga mereka hadapi sekarang ni. harap masalah ni dapat diselesaikan segera.
ReplyDeletemasalah air kena diselesaikan segera, air bersih amat perlu bagi penduduk.
ReplyDeleteKemudahan seperti air dan elektrik di bahagian pendalaman harus sentiasa diberi perhatian dan harus dipastikan mereka mendapat bekalan air yang mencukupi
ReplyDeleteSelesaikan masalah Air dikawasan Tenom. Ini kerana air merupakan sumber keperluan yang penting untuk seharian.
ReplyDeleteminta Raime Unggi bawa masalah ini ke parlimen.. beliau satu2nya harapan penduduk Tenom untuk membawa masalah mereka keperingkat tertinggi..
ReplyDelete