Oleh : LEVEN WOON
KERAJAAN secara sistematik
menghilangkan kerakyatan masyarakat India dengan menggolongkan mereka sebagai
orang asing, dakwa Naib Presiden PKR N Surendran.
Seramai 300,000 masyarakat
India didakwa tidak mempunyai kad pengenalan biru MyKad, surat beranak atau
kedua-duanya sekali, dakwa Surendran dalam sidang media di Petaling Jaya.
Mengetengahkan permohonan
seorang wanita Periakkah Nagan pada 2011, Surendran mendakwa, Jabatan
Perkhidmatan Negara (JPN) menafikan pengelasannya bawah Perkara 16 Perlembagaan
Persekutuan.
Dalam kes lain, dakwa
Surendan lagi, permohonan Vasantha Lakshimi Gengalingam dinafikan MyKad biru
bawah Perkara 19 atas dakwaan gagal hadir sesi wawancara.
"Jika kamu lahir di
Malaysia dan bukan warganegara negara lain, kamu sepatutnya dikategorikan bawah
Perkara 14 (berkaitan permohonan kerakyatan)
"Tiada alasan apa pun
untuk mengelaskan mereka ini bawah Perkara 16 atau 19... jangan beritahu saya
(pegawai kerajaan) tidak membaca Perlembagaan Persekutuan," kata
Surendran.
Perkara 14 berkaitan
kewarganegaraan melalui kuasa undang-undang dan Perkara 16 pula mengenai
kewarganegaraan melalui pendaftaran bagi orang yang dilahirkan di persekutuan
sebelum hari kemerdekaan.
jumlah warga India yang masuk bekerja di negara ini bukannya sedikit.. kehadiran mereka di negara ini bukan senang untuk dibezakan memandangkan Malaysia juga mempunyai warga tempatan India.. oleh itu memang wajarlah pihak JPN tidak sewenang2nya memberikan kewarganegaraan kepada kaum India melainkan ada bukti2 kukuh yang menunjukkan mereka warga tempatan India di negara ini..
ReplyDeletekesian JPN.. kalau dia bagi kewarganegaraan kepada 300000 India di negara ini, kena tuduh bagi kerakyatan kepada warga asing.. bila tidak diberikan kewarganegaraan, kena tuduh tidak rujuk undang2 pula.. susah la PKR ni.. Parti Kelirukan Rakyat..
ReplyDeleteRamai juga India di negara ni yang tiada kad pengenalan/surat beranak tapi ada juga pula yang dapat dokumen2 tu melalui pintu belakang.
ReplyDeletekerana ini identiti sebenar mereka kena dipastikan.
DeleteSeramai2 PATI di negara ni, Indon dengan Filipin jugalah yang tetap bikin panas.
ReplyDeleteKalau memang mereka bukan tempatan, bagaimana??
ReplyDeleteKena siasat asal usul mereka sebelum memberi mereka ic. Sekarang ni banyak yang suka ambil kesempatan.
ReplyDeleteBetul tu. Siasat dahulu sebelum bagi IC
DeleteBangsa India sebolehnya harus ada mykad supaya tidak wujud masalah2 seperti tu, memandangkan negara kita mempunyai ramai kemasukan buruh asing.
ReplyDeleteMengenai perkara ini mungkin ada sebab berlaku. Yang penting pastikan ada dokumen lain yang menyokong bahawa mereka itu bukan warga asing.
ReplyDelete