GABUNGAN Mahasiswa Islam
Se-Malaysia (GAMIS) Negeri Sabah hari ini menyeru kepada semua mahasiswa dan
anak muda Sabah untuk turun ke himpunan Bangkit 2.0 dan Bersih 3.0 yang akan
diadakan hari ini di Padang Merdeka, Kota Kinabalu.
Pengerusinya, Asmi Basri
berkata, pihak GAMIS Sabah akan menggerakkan semua mahasiswa dari setiap kampus
utama dan anak muda di negeri ini bagi menyatakan pendirian mereka terhadap isu
yang diperjuangkan kedua-dua belah pihak yang terlibat.
“Saya menyeru seluruh anak
muda Sabah untuk turun bersama menyokong perhimpunan BERSIH dan TABAH di Padang
Merdeka pada hari sabtu ini.
“Kami di peringkat GAMIS
Sabah sedaya upaya untuk memobilisasi mahasiswa/i dari setiap kampus utama di
Sabah untuk turun menyatakan pendirian konkrit ke atas isu yang diperjuangkan
oleh kedua-dua pergerakan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut beliau, pihak GAMIS
berpendirian sama terhadap usaha positif ini memandangkan tuntutan Bersih dan
Bangkit yang di perjuangkan oleh Tabah merupakan perjuangan menuntut hak dan
keadilan rakyat yang tertindas oleh pemerintah sendiri.
“Kita turun atas dasar kita
mahukan perubahan positif dalam negara seperti yang termaktub dalam tuntutan
BERSIH dan bersama-sama rakyat Sabah bagi mendepani isu tanah adat yang kian
meruncing.
“Kami berpendirian bahawa
pemerintah perlu lebih bersifat demokratik dan mempunyai political will yang
utuh dalam menangani setiap isu rakyat,” ujarnya.
No comments:
Post a Comment