Friday 27 April 2012

TEH LIPTON SELAMAT




Oleh : NG CHE YEAN

PERSATUAN Teh China berkata teh jenama Lipton adalah selamat untuk diminum. Dalam satu kenyataan, ia berkata ia mendapati kandungan sisa racun perosak di dalam kandungan teh tersebut adalah mematuhi piawaian kebangsaan negara China.

Isu itu timbul berikutan laporan pertubuhan pelindung alam sekitar Greenpeace yang berkata terdapat tahap tidak selamat sisa racun perosal di dalam sesetengah produk Lipton.

Menurutnya, methomyl iaitu racun perosak yang dilarang di China dan 17 lagi sisa racun perosak dikesan di sesetengah produk teh Lipton yang secara rawak dibeli oleh perstuan tersebut.

Syarikat induk Lipton, Unilever juga berkata semua produk teh Lipton adalah selamat. (Bernama)

No comments:

Post a Comment